Kehamilan

Bolehkah UPT Positif Tapi Sebenarnya Tidak Hamil? Jangan Gembira Dulu Sebelum Ia Disahkan

Share

Urine pregnancy test atau UPT ialah satu ujian kehamilan yang boleh dilakukan oleh ibu untuk memeriksa sama ada diri sendiri sebelum disahkan dengan oleh doktor di klinik.

UPT positif dan negatif tentu memberikan kesan emosi kepada si ibu. Sama ada sedang mengharapkan kehamilan atau masih sedang merancang tidak mahu hamil. Dr Zubaidi Haji Ahmad menerangkan bahawa tidak mustahil bagi ibu untuk mendapati ujian UPT positif walau pun hakikatnya dia tidak berbadan dua. Jika merasakan hamil melebihi 6 minggu, ujian imbasan ultrasound adalah terbaik untuk mengesahkannya.

Berikut ialah perkongsian beliau;

Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya.

“Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia…”

Ya puan. Apa masalahnya?

“Saya sedih doktor. Ujian UPT saya pagi tadi POSITIF. Saya tidak sangka yang saya hamil”

Perbualan kami panjang. Sepatutnya kerunsingan ini dikongsikan bersama suami. Fikir apa yang harus dilakukan. Sama-sama berjumpa doktor. Minta nasihat.

Kerisauan ini bukan patutnya dihadapi sendirian oleh isteri.

Di akhir perbualan, beliau mahu tahu bagaimana menggugurkan kehamilan.

Saya mengucap panjang dalam hati. Tak mahu dia berkecil hati dan mengatakan saya tak empati.

UPT BUKAN PENGESAHAN, HANYA ULTRASOUND YANG BOLEH SAHKAN

“Begini puan. Puan harus berjumpa doktor dulu. Paling baik bersama suami. Bincang dengan suami dan doktor bagaimana nak buat.”

“Yang penting ialah pastikan atau confirmkan kehamilan puan”

“Bolehkah UPT positif tapi saya tidak hamil?”

“Ya ia boleh berjadi. Puan harus buat pemeriksaan ultrasound jika kehamilan puan sudah memasuki 6 minggu. Pemeriksaan UPT hanya ujian saringan. Ia bukan pengesahan. Ia harus dipastikan dengan pemeriksaan ultrasound.”

Banyak pemeriksaan UPT POSITIF tetapi wanita itu tidak hamil. Sementara itu ada pemeriksaan UPT NEGATIF TETAPI wanita itu hamil.

Oleh setiap ujian UPT yang dilakukan sendiri haruslah dirujukkan kepada doktor kerana ada kalanya ujian ini mengelirukan.

Ada beberapa keadaan di mana ujian UPT positif padahal wanita itu tidak hamil.

#1: Pertama, apabila alat ujian UPT telah tamat tempoh atau disimpan di tempat yang panas. Oleh itu sebelum melakukan ujian ini, perhatikan tarikh luputnya. Kadang kala kita simpan alat itu terlalu lama dan terlupa ia telah pun mencapai tarikh luput. Malah ada yang disimpan di tempat yang panas sehingga merosakkannya.

#2: Kedua, keadaan di mana telah mengalami keguguran dan menyangka darah yang keluar itu adalah darah haid. Padahal darah yang keluar adalah darah keguguran. Dalam kes ini ujian UPT mungkin masih menunjukkan tanda positif, tetapi kehamilan telah berakhir.

Saya percaya melakukan ujian UPT selepas beberapa hari, ujian UPT akan bertukar menjadi negatif.

#3: Ketiga, apabila seorang wanita yang sedang dalam rawatan kesuburan dan diberikan suntikan kesuburan. Ramai yang tidak sabar untuk mengetahui sama ada beliau hamil atau tidak selepas beberapa hari bersama suami.

Ujian UPT akan menunjukkan keputusan positif, pada wanita itu tidak hamil.

#4: Keempat, apabila seorang wanita mengalami beberapa penyakit seperti ovarian cyst dan kanser ovari. Tidak semua semua kes ovarian cyst yang menunjukkan ujian UPT positif. Jadi ujian UPT bukanlah saringan untuk ovarian cyst.

Ujian UPT juga mungkin positif bagi wanita yang mengalami kanser ovari yang advanced bila sel-sel kanser telah mereka ke bahagian lain.

Jadi apa yang perlu dilakukan bila ‘mendapati berita gembira apabila ujian UPT yang dilakukan sendiri memberikan keputusan positif’?

BILA SESUAI BUAT UJIAN KEHAMILAN DI RUMAH?

Jika ujian UPT dilakukan terlalu awal, belum cukup (6 minggu), sebaiknya melakukan semula selepas dua minggu kemudian.

Jika ujian itu telah dilakukan selepas 6 minggu, elok buat pemeriksaan doktor bagi melakukan ujian pemeriksaan ultrasound.

Jadi jangan terlalu gembira sebelum pengesahan dilakukan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj  Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)

 

Published by
Azma ML