Orang tua-tua selalu cakap kalau bayi mengalami masalah kembung perut, elok diurut bahagian tersebut. Benarkah urutan boleh rawat kembung perut bayi?
Pakar Kanak-Kanak, Dr Foo Chee Hoe memberikan penjelasan tentang masalah kembung perut di kalangan bayi.
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan.
Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen ( usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Adakah kembung perut normal ?
Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu.
Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang, dan bayi membesar dan menyusu dengan baik. Sekiranya demikian, ibu-bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.
Sebab-sebab perut kembung
1) Cara menyusu dengan botol yang tidak betul – terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai ( terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan ( burp the baby ) selepas menyusu.
2) Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut
Ads
3) Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas
Adakah urutan berkesan?
Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.
Masalah serius yang perlu dipertimbangkan
Namun, apabila berhadapan dengan bayi yang kembung perut, kita perlu memastikan ia bukan kerana disebabkan oleh masalah yang serius.
Walaupun abdomen(perut) bayi adalah kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut. Sekiranya rasa sangat kembung dan keras, ini kemungkinan besar menunjukkan masalah usus.
Pemeriksaan doktor yang teliti adalah penting untuk mengesan masalah-masalah seperti
Masalah usus tersumbat/terbelit ( intestinal obstruction ). Bayi juga muntah selalu,dan tidak buang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama
2. Masalah usus besar yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana masalah saraf (Hirschprung’s disease) – bayi juga sembelit dalam masalah ini
3. Alahan susu – sekiranya bayi adalah alahan kepada protein susu lembu ataupun laktosa (cow’s milk protein allergy / lactose intolerance), ia boleh menyebabkan kembung perut dan cirit-birit. Berat bayi juga tidak naik dan mengalami dehidrasi. Susu yang berdasarkan formula khas yang sesuai perlu dicari.
Ads
4. Masalah organ lain seperti hati yang bengkak, limpa yang bengkak, masalah buah pinggang, dan saluran air kencing boleh menyebabkan abdomen kelihatan kembung.
Cara-cara lain yang membantu semasa ‘colic’
1) Mendukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate)
2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu
3) Cara alternatif/tradisional – sapu minyak ‘essential oil’. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk ‘colic’.
Ads
4) Cuba tukar formula susu sekiranya syaki ada alahan susu
Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar.
Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius.
Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.
Sensori sentuhan adalah antara deria yang paling awal berkembang pada manusia. Sentuhan dapat menyampaikan seribu satu maklumat. Kanak-kanak akan berkembangan dengan baik bila mendapat sentuhan dan belaian yang mencukupi.
Urutan adalah terapi sentuhan yang telah wujud di seluruh dunia dari zaman dahulu kala. Baru dalam 10-15 tahun kebelakangan ini saja, terapi urutan mula digunakan di hospital untuk merangsang bayi di NICU dengan masalah perkembangan atau masalah otak dan saraf (neuro).
Kini semakin ramai ibu bapa bertindak proaktif dan mengamalkan urutan paediatrik sebagai rutin di rumah untuk meransang perkembangan anak yang berlaku secara berperingkat.
Pada tahun pertama (umur 0-1 tahun), 4 perkembangan penting (milestones) akan mula timbul:
1. Kebolehan anak relax kan diri sendiri (berhenti menangis bila keperluan dipenuhi, tenang)
2. Kebolehan anak mengawal orientasi dan perhatian (eye contact dan fokus pada muka)
3. Kebolehan anak mengawal kitaran tidur dan berjaga (berjaga masa siang dan tidur waktu malam)
4. Kebolehan anak mengawal sistem pencernaan (buang air secara konsisten)
Keempat-empat milestones di atas berkait dengan sistem dalamannya. Terapi urutan oleh ibu bapa dapat merangsang perkembangan ini melalui pengaktifan sistem saraf dan fungsi otak secara berulang-ulang. Apabila anak sudah dapat mengawal sistem dalamannya, barulah dia boleh berinteraksi dengan persekitarannya.
Milestone ke 5, iaitu kebolehan anak mengawal tingkah laku serta emosi berdasarkan isyarat yang diterima dari persekitarannya (social cues), akan mula muncul dalam tahun ketiga. Namun ia hanya akan muncul bila milestones 1-4 sudah dicapai.
Inilah sebab kenapa penting untuk ibu bapa tahu dan peka tentang milestone yang patut dicapai oleh anak dan bila. Gunakannya sebagai guideline untuk memantau perkembangan anak. Sekiranya lewat lebih dari 6 bulan, sila bawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan.
Umur 0-3 adalah fasa perkembangan otak anak yang paling pesat. Inilah masa paling mudah dan cepat untuk merangsang otak anak. Jangan ‘biar dan tunggu’ sampai terlambat.
Anak picky eaters bila ibu bapa lakukan kesilapan ini, kalau pernah buat, segera hentikan. Anak yang memilih-milih makanan atau dikenali sebagai ‘picky eaters’ seringkali menjadi masalah kepada ramai ibu bapa.
Anak Picky Eaters Bila Ibu Bapa Lakukan Kesilapan Ini
Kecenderungan untuk menolak makanan tertentu atau mempunyai pilihan makanan yang sangat terhad boleh menjadi sumber kebimbangan. Hal ini kerana ia sangat berkaitan dengan nutrisi dan perkembangan anak.
Picky eating biasanya didefinisikan sebagai penolakan untuk makan makanan tertentu atau keengganan untuk mencuba makanan baru. Walaupun kebanyakan kanak-kanak melalui fasa ini pada satu titik dalam perkembangan mereka, bagi sesetengah, kebiasaan ini boleh berterusan atau menjadi lebih serius.
Kebenaran ini mesti disampaikan walaupun pahit. Saya tahu ramai akan susah nak terima. Tapi tujuan post ini adalah bukan untuk menyalahkan dan menunding jari pada ibu bapa. Bahkan untuk sama-sama belajar memperbaiki diri dan bantu anak atasi picky eaters.
Most of the time, kanak-kanak bukan dilahirkan picky eaters. Mereka tiada masalah apa-apa tapi disebabkan oleh cara ibu bapa mengendalikan anak-anak pada waktu makan menyebabkan anak jadi picky eaters.
1️⃣ Menggunakan makanan sebagai hadiah dan hukuman. Beri anak aiskrim sebagai upah kalau habiskan makanan akan buat anak bertambah tak makan. Paksa, ugut, menengking anak untuk makan juga sangat tidak membantu!
2️⃣ Tidak menunjukkan contoh yang baik ketika makan. Parents tak tunjuk healthy eating habit tapi nak anak makan tanpa gula dan garam. Buah tak makan, sayur susah telan, macam mana anak nak ikut. Ibu bapa kena mulakan dulu.
3️⃣ Tidak variety kan makanan anak. Hanya beri makanan anak suka sahaja sebab sudah give up anak tak nak yang lain. Key untuk anak suka sesuatu makanan adalah exposure exposure exposure.
4️⃣ Ada snek di rumah. Kalau di rumah ada keropok, jajan, sweets, icecream lah, memang susah nak makan proper. Anak akan ada tendency kenyang dengan snek begini. Bukan tak boleh langsung tapi sesekali sahaja dan beli on usage basis. Tiada stok makanan begini di rumah.
5️⃣ Pressure anak waktu makan. Merenung anak, paksa anak makan, asyik suruh makan je. Bila pressure tinggi, anak pun tak selera nak makan.
But dont worry, picky eating disebabkan oleh faktor begini mudah nak reverse kan dengan mengubah approach dan behaviour ketika waktu makan.
Baru nak lelap mata, anak bangun dan ajak main. Masa ni nak marah ke nak layan sama banyak. Ibu bapa dah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa la juga layan hingga anak tidur semula.
Bila dah macam ni, bangun pagi nak pergi kerja pun dah tak ada semangat. Nak tak nak anak juga yang dipersalahkan.
Nak pastikan rutin tidur anak tetap sejak dari dalam pantang, perkongsian dari Noraida Mansor boleh dipraktikkan.
Ini tip utama dari Tok Wan ANH sebelum Eda bersalinkan Adni lagi. Pesan dia, JANGAN bermain/agah keterlaluan dengan baby bawah umur 3 bulan.
Baby bawah 3 bulan kena jaga rutin tidur dia. Kena fahamkan dia, siang berjaga boleh bermain dan malam untuk tidur.
Selalu tak, anak-anak terjaga jam 12 malam ke pagi dan apa yang kita rasa nak buat?
Suka tengok anak buka mata ni? Segar bugar mata dia ni. Tadi tidur je kan.
Selalunya, kita fikir ohh marilah kita bergelak tawa riang wahai anak. Geram ni nak tengok anak gelak-gelak mengekekek, sengih-sengih ni. Walaupun umurnya baru 10 hari masa tu.
Kesannya, bila tiap kali terjaga lepas jam 12 pagi, anak-anak cari kita nak main-main, nak gelak-gelak. Sampai lepas pantang itu dah jadi rutin dia! Maka bermata panda la mak ayahnya. Bila kita tak larat layan, anak mula tantrum. Parah.
Jadi, apa Tok Wan tekankan kat sini, malam-malam tu tak perlu layan anak beria. Dah susukan, dah tukar pampers, zikir sikit-sikit, cakap sikit-sikit bagi dia tidur balik. Bilik kena suasana sedia untuk tidur.
Mudah je kan tip ni. Tapi impak dia besar. Mak ayah memang kena sabar. Siapa tak suka tengok baby comel sengih-sengih nampak gusi oiiii..geram yang amat! hehehe.
Tapi, kena sabar. Tunggu dia besar sikit.
Ini ada perkongsian dari kawan juga yang amalkan rutin macam Eda amalkan.
Ini hanyalah perkongsian peribadi. Alhamdulillah jika memberi manfaat.
Oh ye, kalau baby bangun terjaga pagi sangat tu dan mak nak pass pada ayah pesan juga ye kat ayah tu tak payah agah beria. Penting ni! Nanti anak dah mula akal asyik nak main, ayah berdengkur berlingkar mak kena bersengkang mata. No no no. Tak mahu tak mahu macam ni ok.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.