Bonda Rozita Ibrahim memang suka memasak makanan yang berkhasiat. Pengasas produk Jamu Ratu Malaya ini juga tidak lokek berkongsi resipi masakannya. Kebanyakkan bahan-bahan semula jadi seperti serai, daun-daun herba diambil di kebun rumahnya sahaja. Senang betul kalau ada tanaman sendiri, boleh ambil bila perlu.
Bonda suka mencuba resipi baru dan suka mengubah suai rasa. Jika pewarna makanan dapat ditukar, beliau akan cuba menukarkan pewarna dengan herba.
Resipi bonda sememangnya berkhasiat dan jika dapat diamalkan badan akan kekal cantik dan sihat sepanjang usia. Bonda juga berkongsi amalan menjaga kesihatan kepada generasi muda supaya dapat diamalkan. Ikuti Perkongsian masakan Bonda Rozita di Instagramnya;
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serai
Asam Jawa
Garam
Air
Ikan Gelama (dipotong dua)
Pati Ayam atau Serbuk Perasa
IKLAN
Cara Penyediaan
Bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk. Selepas itu masukan kedalam periuk, masuk kan asam jawa, masuk kan garam. Biar menggelegak. Selepas itu baru masukkan ikan kedalam. Ikan perlu dimasukkan diakhir sekali supaya tak hancur. Bila air nampak berkurang, boleh tambah air. Selepas siap, boleh sejukkan.
Masak singgang asam rebus ikan gelama bagus untuk memanaskan badan, dapat menguruskan badan dan yang paling penting dapat melancarkan peredaran darah. Ibu berpantang juga akan rasa lebih segar dalam tempoh berpantang.
Netizen turut memuji masakan bonda, nampak sedap, berkhasiat dan menyelerakan. Bonda juga turut membalas komen-komen pengikutnya di instagram. Peramah betul bonda sempat melayan pengikutnya.
Kek marble antara kek pilihan yang menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang lembut. Berbanding kek moden yang pelbagai jenis, kek ini tak cepat muak berbanding dengan kek aising yang pelbagai corak.
Bagi memberi pilihan untuk anda, Resipi Cikgu Azlina ini boleh anda cuba kerana ia cukup gebu dan mudah sangat-sangat untuk membuatnya.
Bahan asasnya sama, cuma bagi resipi Kek Marble Yogurt Paddle Pop ini ia menggunakan yogurt asli sebagai bahan utamanya.
Marble Yogurt Paddle Pop Viral
6 biji telur gred b
1 cawan gula castor 170-180g
1 sudu besar ovalate
2 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar yogurt asli tak kisah jenama apa
Ok jangan lupa, tambah tepung self rising 2 cawan (200g) dalam tu dan 5 sudu besar susu pekat. Dalam resepi ni tak menggunakan susu segar dalam adunan ya sebab dah di ganti dengan yogurt.
Mana-mana yang suka rasa lebih bersusu boleh kurangkan sikit tepung 170 gram plus 30 gram susu tepung
Ok putar 3 minit slow. Kemudian naikkan hight speed sampai gebu macam gambar di atas. Angkat kepala mixer adunan tak jatuh ke bawah maka adunan kamu perfect.
Butter atau majerin tu cairkan awal-awal ya. Dah cair baru sukat 160 gram dalam 1 cawan lebih sikit je. Dan kalau majerin atau butter tu suam lagi bagus kek lagi moist
Ni contoh colour mak guna. Kalau nak guna jenama lain pun boleh je.
Ok guna loyang 9×9. Adunan dituang bertindan antara satu sama lain di tengah-tengah sampai habis hentak kan sikit. Permukaan dia cuma lorek-lorek biasa je. Suhu oven set dulu 170 panaskan 5 minit.
Turunkan 150 darjah set masa 45-50 minit, masukkan loyang tadi dan letak tgkat rak bawah sekali dan tunggu sampai masak.
Kalau lepas 40 minit jangan buka oven goyangkan pintu oven je tengok tengah-tengah adunan kek tu kalau masih bergoyang teruskan membakar. Jangan cocok tengah-tengah kek tu awal-awal mendap tengah kek nanti. Dah masak terbalik kan atas redai dan tunggu 2-3 jam untuk corak atas dia. Siap!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak pastinya orang yang cukup terpukau saat dihidangkan dengan kek, apa lagi dengan warna yang cantik. Kek pandan gula melaka kurang manis ini pilihan tepat buat anak. Kurang manis tapi sedap.
Resipi Kek Pandan Gula Melaka dengan buttercream padu ini dikongsikan oleh Ariana Rose Ahmad. Menariknya, langkah demi langkah turut dikongsikan secara terperinci agar anda yang baru hendak mencuba tidak tersilap langkah. Jadi jangan bimbang, pasti menjadi!
Hari ni Ariana nak share resepi Kek Pandan Gula Melaka. Kek ni tak terlampau manis dan bila dah makan sedap.
Resepi Kek Pandan Gula Melaka
Bahan Kek
5 biji telur gred B
3/4 cawan @ 135g gula halus
2 cawan @ 220g tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1sk cream off tartar
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk emulco pandan coconut
2sk pewarna hijau apple
5 sudu besar minyak masak
Bahan Syrup gula melaka:
2 keping kecil @ 90g nisan atau gula melaka
2 helai daun pandan
1/2 cawan @ 100ml air
1 sudu besar tepung jagung
Bahan Buttercream:
300g butter (sejukkan dalam peti ais 20 minit)
5 biji telur putih sahaja (gred B)
90g gula kastor
1sk esen vanila
2 sudu besar syrup gula melaka
Untuk buat kek, mula-mula masukkan telur, gula, ovallete, pewarna hijau dan emulco pandan. Mix hingga sebati dan bertukar warna hijau cerah sedikit tapi masih cair.
Lepas tu masukkan dan ayak tepung gandum, soda bikarbonat, cream off tartar & baking powder. Mix lagi hingga sebati sahaja. Tak perlu mix lama.
Bila dah sebati masukkan pula minyak masak. Warna nmpak terang sebab cahaya. Kacau laju dengan menggunakan spatula sahaja.
Ambil loyang 8 inci dan lapik dengan baking paper. Tuang kesemua adunan. Hentak-hentak loyang supaya takda angin dalam adunan.
Panaskan oven dan bakar dengn suhu 160°c selama 30 minit (api atas bawah) tapi bergantung pada oven masing-masing juga.
Cara buat syrap gula melaka
Sementara tunggu kek masak, buat syrup gula melaka pula. Masukkan gula melaka @ nisan bersama air dan daun pandan. Masak hingga hingga cair. Jika guna nisan@ gula melaka yang kurang manis boleh tambah sedikit nisan @ gula melaka.
Bila dah cair masukkan tepung jagung supaya syrup ni lagi pekat. Kacau sebati.
Bila dah masak tapis dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk lagi pekat.
Tanggalkan baking paper dan Lepas 10- 15 minit baru terbalikkan semula pada kedudukan asal. Biarkan kek sejuk dulu.
Cara buat buttercream
Untuk buat buttercream, telur putih dan gula kastor ni kena pukul hingga gula cair dengan cara double boil.
Bahagian ni kena betul-betul teliti. Suhu air mesti tidak melebihi 60°c. Jika air kat bawah tu terlampau panas, telur akan masak. Cara lebih mudah , sentuh sikit dengan jari (hati-hati), jika air tak panas sangat, boleh pukul laju-laju hingga gula hancur. Gula dah hancur terus stop.
Lepas tu, letak dalam bekas dan mix hingga jadi merigue atau bahasa lebih mudah, adunan tu jadi warna putih dan bila di terbalikkan adunan tak jatuh.
Sampai jadi macam ni.
Masukkan pula butter sikit demi sedikit. Mix hingga jadi licin. Jika nampak macam berketul, teruskan mix hingga lah licin. Bila dah licin masukkan pula esen vanila dan syrup gula melaka.
Mix hingga sebati. Bila dah siap sejukkan sekejap dalam peti ais selama 10-15 minit bagi buttercream tak mudah cair. Jika lepas keluarkan buttercream dan nampak ada wap dari syrup gula melaka, mix je sekejap bagi sebati.
Lepas tu potong kek kepada 2 bahagian. Bahagian atas pun potong sikit supaya permukaan sekata dan tiada benjolan. Letak syrup gula melaka dan rata kan. Nak letak semua keliling kek pun boleh.
Letak pulak buttercream. Ratakan hingga licin. Ambil kek bahagian atas dan letak kat atas buttercream.
Tuang atau sapu sekali lagi syrup gula melaka atas kek dan barulah letak pula buttercream. Untuk lebih kemas, potong nipis bahagian tepi. Kalau taknak potong dan nak sapu buttercream pun boleh.
Potong pada 16 bahagian atau ikut size yang kita nak. Buat pula bunga menggunakan buttercream. Nak guna acuan macam mana pun boleh je. Titis pula syrup gula melaka dan letak daun pandan.
Siap!
Tips : Kek kekal lembut
Kalau nak simpan dalam peti ais, letak dalam bekas tertutup. Lembutnya macam baru siap bakar. Kalau nak simpan macam tu pun boleh tapi pastikan tak bercampur dengan benda yang berbau.
Tips : Untuk buttercream, kalau lepas dah masukkan butter dan lepas dah mix adunan jadi cair, masukkan dalam peti ais selama 20 minit. Lepas dah keluarkan dari peti ais, terus mix hingga jadi licin.
Bosan dengan menu yang sama, ada baiknya mama berkreatif dengan bahan yang ada untuk sajian anak-anak dan keluarga. Salah satu resipi comel tetapi sihat dan mengenyangkan buat seisi keluarga untuk minum petang adalah Kuih Buah Rotan yang dihasilkan oleh Puan Farisha Sofea ini.
Resipi kuih dengan penggunaan tepung pulut, santan dan gula ini buat kuih rasa kenyal, lemak manis dan rangup di luar. Sedapnya di makan ketika waktu panas. Terbaik.
KUIH BUAH ROTAN
Bahan Bahan :
Bahan A :
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sk garam halus
Bahan B :
1 1/2 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
Sedikit air kapur
Bahan Lain :
Minyak untuk menggoreng
Biji bijan secukupnya
Satukan ke semua Bahan A di dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga gula larut. Sejukkan seketika.
Di dalam bekas lain , satukan pula Bahan B dan kacau rata. Tuangkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
Sapukan minyak di telapak tangan, ambil sedikit doh dan bulatkan.
Kemudian golekkan doh ke dalam bijan sehingga bersalut rata. Ulang sehingga habis.
Sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana. Setelah siap, gorengkan sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Siap , sedia dihidang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!