Bonda Rozita Kongsi Resipi Asam Rebus Ikan Gelama Yang Boleh Kuruskan Badan. Cara Buat Pun Senang!

Share

Bonda Rozita Ibrahim memang suka memasak makanan yang berkhasiat. Pengasas produk Jamu Ratu Malaya ini juga tidak lokek berkongsi resipi masakannya. Kebanyakkan bahan-bahan semula jadi seperti serai, daun-daun herba diambil di kebun rumahnya sahaja. Senang betul kalau ada tanaman sendiri, boleh ambil bila perlu.

Bonda suka mencuba resipi baru dan suka mengubah suai rasa. Jika pewarna makanan  dapat ditukar, beliau akan cuba menukarkan pewarna dengan herba.

Resipi bonda sememangnya berkhasiat dan jika dapat diamalkan badan akan kekal cantik dan sihat sepanjang usia. Bonda juga berkongsi amalan menjaga kesihatan kepada generasi muda supaya dapat diamalkan. Ikuti Perkongsian masakan Bonda Rozita di Instagramnya;

Bahan-bahan (Asam Rebus Ikan Gelama)

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serai
Asam Jawa
Garam
Air
Ikan Gelama (dipotong dua)
Pati Ayam atau Serbuk Perasa

Cara Penyediaan

Bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk. Selepas itu masukan kedalam periuk, masuk kan asam jawa, masuk kan garam. Biar menggelegak. Selepas itu baru masukkan ikan kedalam. Ikan perlu dimasukkan diakhir sekali supaya tak hancur. Bila air nampak berkurang, boleh tambah air. Selepas siap, boleh sejukkan.

Masak singgang asam rebus ikan gelama bagus untuk memanaskan badan, dapat menguruskan badan dan yang paling penting dapat melancarkan peredaran darah. Ibu berpantang juga akan rasa lebih segar dalam tempoh berpantang.

Netizen turut memuji masakan bonda, nampak sedap, berkhasiat dan menyelerakan. Bonda juga turut membalas komen-komen pengikutnya di instagram. Peramah betul bonda sempat melayan pengikutnya. 

Kenapa bonda suka pakai ikan gelama?

Sesuai untuk orang yang nak amalkan diet

Air tangan yang susah nak cari

Guna ikan merah pun sedap

Sumber: Instagram Bonda Rozita

Published by
NuFa