Memang banyak kerenah bila nak mandikan anak ni, dari nak kejut bangun tidur sampai nak sarung baju di badan ada sahaja kerenah dia.. tak lekang mulut ucap astaghfirullahalazim..
Istighfar itulah yang akan kuatkan naluri TANGGUNGJAWAB & CINTA pada anak isteri.
Akibat dari jarang bermesra, jarang mandikan, jarang ada family time membuatkan bonding anak ayah makin lama makin lerai. Sebab itulah asal anak buat perangai sikit je ayah dah menengking, naik tangan, cop anak nakal. Berikut antara perkongsian dari seorang ayah, Mohd Fhais yang suka berkongsikan tip keibubapaan.
Bila bonding tiada, KESEFAHAMAN itu memang tak wujud.
Anak nampak ayah garang, bengis, jahat..
Ayah pula nampak anak nakal, degil, tak dengar cakap..
Rajinkan lah diri mandi anak supaya tertanam benih tanggungjawab dalam diri bila melihat sendiri perubahan anak yang dulu kecil sekarang dah besar. Dari rendah sekarang dah tinggi, dari peha nipis sekarang dah sama besar tangan kita, dari rambut pendek sekarang dah panjang, kalau dulu mandi dalam besen sekarang besen pun dah tak muat.
Bila dah tertanam benih tanggungjawab ini baru kita sedar bahawa banyak perkara yang kita belum buat, banyak pengorbanan yang kita abaikan dan banyak lagi keperluan yang kita perlu disediakan.
Selepas ini confirm bila anak buat perangai kita tak cakap dah nakal tapi kita akan nampak potensi sebenar mereka.
Ibu bapa tak perlu serius sangat, baru selalu di rindui anak-anak.
Selain dari itu masa mandi lah kita sebagai parent boleh tengok-tengok badan anak kalau ada lebam, luka, contengan atau perubahan pada anak supaya kita lebih alert dengan penderaan atau buli. Tak boleh ambil sikap lepas tangan bila berkaitan anak ni.
Ye betul, kita bayar mahal kat pengasuh, taska dan sekolah untuk mereka mendidik anak kita jadi manusia tapi harga untuk mengandungkan dia 9 bulan 10 hari tiada siapa boleh bayar, ada yang sanggup bayar berpuluh ribu semata-mata nak anak.
Tiada harta atau duit yang dapat gantikan penat, sengsara, berat badan, nafsu makan dan lenguh bahu masa isteri mengandungkan anak kita.
Hargailah anak isteri kita, baru rezeki kita di hargai..
Tak pernah ada rasa malu mandikan anak perempuan. Asalkan tahu batas dan hadnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI