Keibubapaan

‘Bonding’ Dengan Anak Selitkan Adab, Baru Anak Membesar Jadi Cemerlang, Semuanya Bermula Dari Rumah!

Share

Didikan asas anak-anak kita sememangnya bermula dari rumah. Di rumahlah anak di didik dengan adab, rasa belas kasihan, emosi dan spiritual, kasih sayang yang kuat dan sebagainya. Ia perlu dipupuk sejak kecil lagi, barulah jati diri anak makin terbina dengan kuat.

Memilih untuk menempatkan anak dengan bersekolah di rumah sahaja mungkin bukan satu tindakan bijak satu ketika dahulu. Hal ini kerana sekolah bukan hanya membekalkan anak dengan ilmu akademik bahkan juga membuatkan anak terus dididik dengan nilai berdikari, sosial sesama rakan malah membuatkan anak terus matang dengan proses membuat keputusan sendiri dan sebagainya. Inilah pembelajaran yang sudah semestinya tidak mampu dilakukan oleh ibu bapa di rumah. Sama sekali tidak.

Pun begitu, PKPP yang berlangsung sehingga hujung tahun ini sebenarnya membuatkan ibu bapa terus-terusan risau mengenai keselamatan anak dek penangan pandemik Covid-19 yang mengancam satu dunia. Sekolah teramatlah penting, namun pendidikan asas kehidupan dari rumah juga perlu selari.

Jika anda memilih untuk menghadkan waktu anak ke sekolah, jangan biarkan anak terus leka bermain di rumah sebaliknya ambil tanggungjawab guru-guru untuk membimbang anak kita agar tidak tersasar. Paling penting jadikan waktu ini untuk mendidik minda anak-anak kita untuk terus berjaya. Tip yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini pastinya dapat membantu.


Ni fakta yang mak ayah WAJIB tahu bila anak tak dapat ke sekolah.

Ada bermacam jenis NILAI & KEPANDAIAN lagi yang mak ayah boleh ajar anak walaupun anak tak boleh ke sekolah.

Pertama kita kena tahu di sekolah tu kebanyakannya yang diasah cuma Intelligence Quotient ( IQ ) sedangkan nak jadikan anak kita berjaya dalam hidup dia bukan cuma perlu asah IQ semata, anak kita juga perlu hebat Spiritual Quotient (SQ) dan Emotional Quotient (EQ).

Baca: Mesranya Suami Isteri Depan Anak Tak Salah Cuma Mesti Ada Hadnya!

Haaa..di rumah lah tempat kita boleh asah EQ dan SQ tu. Memang EQ dan SQ tu luas dan susah nak diukur sebab tu ramai mak ayah ambil ringan benda ni padahal 90% faktor kejayaan anak dalam hidupnya bergantung pada benda ni.

Ada beberapa perkara yang sekolah sendiri pun tak mampu nak ‘measure’ dan nilai. Ini beberapa perkara mak ayah WAJIB ajar dan ambil berat pada anak walaupun ianya tak boleh nak diukur oleh sistem yang ada di sekolah anak anak :

+ Resilience – Ajar anak kita untuk ada daya tahan ketika menghadapi ujian hidup

+ Faith – Ajar anak kita untuk mempunyai Belief system yang kuat dan betul

+ Kindness – Ajar anak kita buat kebaikan setiap hari

+ Diligence – Ajar anak kita ketekunan dalam setiap perkara di dalam hidupnya

+ Grit – Ajar anak kita untuk memiliki daya juang yang tinggi untuk bertahan dalam hidupnya

+ Compassion – Ajar anak kita untuk mempunyai belas kasihan kepada diri sendiri dan orang lain di sekelilingnya

+ Sense of humor – Tunjukkan kepada anak kita kebolehan melihat sesuatu daripada sudut yang menyeronokkan

+ Manners – Ajar anak kita untuk beradab dan tahu untuk ‘behave’ di depan orang lain terutamanya orang yang lebih tua

+ Fortitude – Ajar anak kita untuk tabah dan kuat semangat bila berhadapan dengan ujian berat dalam hidupnya

Mungkin inilah masanya Allah nak kita ambil kembali tanggungjawab mendidik anak kita kerana mungkin didikan kita di rumah lah sumber dan rahsia kejayaan anak kita suatu hari nanti di dalam hidupnya. Save ilmu ni ya kerana suatu hari nanti insyaAllah ianya akan sangat berguna untuk kita didik anak anak kita.

Dr Taufiq Razif


EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING

Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.

Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel 

Published by
SRM