Bonding atau ikatan hubungan yang rapat antara anak dan ibu bapa secara fizikal dan psikologi amat penting bagi menjamin si kecil membesar dengan seimbang.

Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengasas Kinderkaizen bagi mengetahui apakah kepentingan ikatan ini kepada anak dan ibu bapa sendiri.

Menurutnya, perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.

Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya. Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;

1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.

Bonding Rapat Dengan Ibu Ayah Penting Kalau Nak Anak Membesar Seimbang

IKLAN

Beliau juga mencadangkan ibu bapa untuk menonton filem INSIDE OUT yang banyak mendidik bagaimana emosi di proses dalam otak. Keempat-empat perkara yang disebut di atas perlu di bentuk dengan baik sebelum anak berumur lebih kurang tujuh tahun. Ia amat penting sebagai asas yang akan menunjangi pembentukan 10% lagi bahagian otak yang berkaitan dengan pembelajaran secara formal bermula dari anak berumur tujuh sehingga 23 tahun.

Kurang bonding punca hiperleksia

Apa dirisaukan ialah apabila ibu bapa terlalu sibuk mengawalkan perkembangan yang melibatkan bahagian 10% tadi (pembelajaran secara formal) pada waktu perkembangan yang 90% (sensori, emosi, hubungan erat ibu bapa dan anak serta pembentukan memori) belum terbentuk sepenuhnya.

Ini akan mewujudkan lompang-lompang di dalam otak yang akhirnya akan memberi kesan seperti ‘hiperleksia’ iaitu keadan di mana anak pandai akademik tetapi masih belum boleh mengurus emosi diri yang akhirnya dewasa menjadi orang yang tidak boleh menguruskan stres dan boleh menyumbang kepada masalah mental. Ibu bapa perlu sedar adalah jika anak sudah melepasi enam tahun pertama, bukan mudah untuk undur dan perbetulkan kesilapan ini kembali.

IKLAN

Kuasa pelukan

Secara fizikalnya, antara contoh yang boleh dikongsikan adalah kekerapan kita memeluk anak. Adakah anda tahu bilangan pelukan terbaik yang perlu kita lakukan setiap hari? Kajian menyatakan 17 pelukan. Virginia Satir (Pakar Terapis Kekeluargaan) menyatakan manusia memerlukan empat pelukan sehari untuk kekal hidup, lapan pelukan sehari untuk kekal berfungsi dan 12 pelukan sehari untuk tumbesaran yang melibatkan anak.

Pelukan penting kerana sentuhan dari pelukan itu membantu membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini dibantu dengan adanya komunikasi yang positif, jujur dan menggalakkan seorang anak dalam perbualan. Pelukan juga sangat membantu meningkatkan penghasilan hormon oksitosin yang merawat perasaan berkaitan rasa keseorangan, terasing dan marah.

IKLAN

Bonding dari dalam kandungan

Bonding Rapat Dengan Ibu Ayah Penting Kalau Nak Anak Membesar Seimbang

Bonding bersama anak sejak dari dalam kandungan lagi. Maka, sebab itu pentingnya ibu bapa menjaga emosi masing-masing untuk memastikan pengaliran darah dan pembentukan otak anak dalam kandungan adalah positif dari mula, bebas dari adanya penghasilan kortisol berlebihan yang mungkin akan memberi efek negatif.

Jika ibu hamil alami masalah gangguan emosi, ada kemungkinan ia boleh memberi efek negatif pada si anak. Dengan pengawalan emosi yang baik, ibu bapa di galakkan untuk banyak berbual dengan anak dalam kandungan sebagai usaha mewujudkan bonding dari awal.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI