Bonding time Awal Ashari & Lara Alana ini boleh dijadikan contoh untuk bapa-bapa yang lain. Kagum setiap kali melihat caranya bonding dengan Lara. Bagaimana Awal melakukannya?

Papa, walau pun sering sibuk jangan serahkan tugas mendidik dan mengasuh anak bulat-bulat kepada mama atau pengasuh. Ambil masa untuk bonding dengan anak tidak kira anak lelaki atau perempuan. Anak memerlukan peranan seorang bapa dalam perkembangannya.

Jom kita tengok apa yang sering Awal lakukan bersama Lara yang mengeratkan hubungan dua beranak ini.

  1. PERJALANAN KE SEKOLAH

Boleh dikatakan Awal mengambil tugasan menghantar Lara ke sekolah setiap pagi. Jadi, waktu ini menjadi satu sesi untuk mereka berdua berbual-bual. Lara bebas untuk melontarkan idea dan Awal juga boleh bertanya apa sahaja kepada Lara. Seronok bila kedua-duanya bercakap dengan bahasa Inggeris.

Ini secara tidak langsung akan menggalakkan skil pergaulan, skil pertuturan dan perkembangan kognitif terutama sekali apabila si ayah mengajukan soalan-soalan yang agak rumit dan memerlukan penaakulan dan berfikir.

"Daddy, you's turn to wear Daddy" hahaha #kisahlaradandaddy

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on


2. MEMBACA

Awal juga meluangkan masa bersama Lara bagi sesi membaca. Sekiranya ada salah sebutan, Awal akan memperbetulkannya. Jadi, ini bukan sahaja sesi pembelajaran, tapi juga merapatkan hubungan antara bapa dan anak.

Thank you @shopieshopp #rarasaytq

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on


3. PRETEND PLAY

Ads

Awal selalu ambil bahagian dalam permainan yang digunakan Lara. Mainan seperti masak-masak, anak patung dan macam-macam lagi. Pretend play atau main peranan ini sangat bagus untuk menggalakkan si kecil berimaginasi dan menajamkan skil bahasa.


4. BERMAIN DI LUAR RUMAH

Awal juga membawa Lara bersenam. Antaranya ialah berjoging. Ia merapatkan hubungan antara mereka. Sambil mengeluarkan peluh, udara segar dan suasana menghijau memberikan mood yang baik.

Lepas raya ni kena la turunkan berat badan.. ?

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Awat tak terbang terbang ni?

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Ads

5. WAKTU MAKAN

Walau pun Lara sudah boleh makan sendiri. Lara mempunyai selera makan yang baik, seronok bila tengok Lara makan. Tetapi ada ketikanya Lara juga menghadapi masalah kurang berselera, jadi Awal memainkan peranan menyuapkan makanan. Awal juga kreatif memujuk Lara dengan berlakon seolah-olah sudu berisi nasi ialah kapal terbang dan akhirnya Lara makan.

Siapa kata Lara suka nak makan sentiasa, bila takde mood tu.. kena lah sudu tu jadi aeroplane jugak.. ✈️

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on


 

9 KEPENTINGAN BONDING PAPA DENGAN ANAK

Ads

Anak yang mempunyai mempunyai ikatan yang kuat dengan bapa mereka mempunyai banyak kelebihan. Menurut kajian yang dilakukan di Kanada, apabila isteri hamil, kaum bapa akan mengalami pertambahan hormon kortisol dan prolaktin yang berkait rapat dengan hal kebapaan. Jadi, perasaan kasih dan sayang kepada anak memang hadir secara semula jadi dalam diri bagi seorang bapa.

Bagi mengukuhkan lagi, pelbagai aktiviti bonding perlu dilakukan sejak si anak masih kecil. Ini penting kerana kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan papa akan mendapat beberapa manfaat seperti berikut;

  1. Aktiviti dan masa yang diluangkan bersama akan menggalakkan perkembangan fizikal dan mental.
  2. Anak yang selalu meluangkan masa dengan ayahnya berisiko rendah untuk menghadapi stres pada masa hadapan. 
  3. Anak mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan menerusi sesi interaksi bersama papa mereka.
  4. Hubungan rapat dengan bapa memainkan peranan penting kepada kesihatan mental anak apabila dewasa kelak.
  5. Si manja jadi lebih berani ambil risiko.
  6. Mempunyai skil pertuturan yang lebih baik.
  7. Bayi yang mempunyai hubungan rapat dengan papa akan lebih mudah mendapat kawan  atau pandai bergaul.
  8. Penguasaan akademik yang lebih baik.
  9. Kurang risiko penglibatan dalam jenayah dan salah laku pada masa hadapan kerana mereka mendapat cukup perhatian.

sumber: Instagram Lara Alana

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI