Kesian Anak perempuan kesayangan Dato’ Fazley Yaakob, Ellie Fazley yang baru-baru ini terpaksa dimasukkan ke hospital dan dikuarantin kerana demam. Disebabkan itu juga Ellie yang comel itu tidak dapat mengikuti trip harijadi abangnya Fierudz Fazley ke Legoland yang telah dirancang oleh mamanya Datin Azrene Ahmad 6 bulan lepas.

Dah lama tak bertemu abang-abang, si adik rindu dan sering bertanya mana abang-abangnya pergi. Kerana kasihankan puterinya itu, Dato’ Fazley sanggup memandu ke Johor semata-mata untuk pertemukan Ellie dan abang-abangnya. Perkara ini dikongsikan dalam laman Instagram miliknya dengan #jejakkasihelliepayishpiyashpiyush. Sangat Sweet!

“September ni birthday @fierudzfazley , jadi mama dia @azrene_ahmad dah plan 6 bulan dulu nak bawak ke @legolandmalaysia tapi @elliefazley tiba-tiba jatuh sakit, masuk hospital lepas tu kena Quarantine 7 hari. Jadinya dia terpisah dengan abang-abang dia selama itu.

“Tiap2 hari tanya “Wheres Abang dida? Abang mana mama?” Kesian sangat sebab diorang memang rapat berempat. So hari ni, saya memang dah tertinggal flight nak ke JB, so saya patah balik dan ambil Ellie untuk bawak sekali ke JB.”

“Instead of naik flight, saya decide untuk drive je terus! Nak tengok tak apa berlaku?”

IKLAN

Peminat-peminat pun tak sabar nak tengok sambungan video yang dikongsikan

‘Bonding’ Tu Penting, Dato’ Fazley Sanggup Memandu Jauh-jauh Demi Satukan Ellie Dan Abang-abangnya

‘Bonding’ Tu Penting, Dato’ Fazley Sanggup Memandu Jauh-jauh Demi Satukan Ellie Dan Abang-abangnya

 

IKLAN

Memang terharu tengok video yang dikongsikan itu. Bukan sahaja Ellie yang rindukan abang-abangnya, malah mereka juga turut gembira dengan kejutan yang dibuat oleh papa mereka dengan membawa Ellie ke Legoland.

‘Bonding’ Tu Penting, Dato’ Fazley Sanggup Memandu Jauh-jauh Demi Satukan Ellie Dan Abang-abangnya ‘Bonding’ Tu Penting, Dato’ Fazley Sanggup Memandu Jauh-jauh Demi Satukan Ellie Dan Abang-abangnya

“ AKHIRNYAAAAA BERTEMU JUAAAAA @elliefazley bersatu dengan abang-abang dia semua @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley dan juga mama @azrene_ahmad

“Masing2 semua terkejut happy! Mama siap menjerit tengok anak bongsu dia sampai!”

IKLAN

Peminat yang menonton perkongsian video ini turut rasa gembira dengan apa yang dikongsikan. Ternyata hubungan Ellie dan abang-abangnya cukup rapat. Pandai Dato’ Fazley dan Datin Azrene didik anak-anak mereka. Terbaik!

‘Bonding’ Tu Penting, Dato’ Fazley Sanggup Memandu Jauh-jauh Demi Satukan Ellie Dan Abang-abangnya

‘Bonding’ Tu Penting, Dato’ Fazley Sanggup Memandu Jauh-jauh Demi Satukan Ellie Dan Abang-abangnya

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI