Siapa kata anak kecil kita tak pernah memahami apa yang ada dalam hati kita. Jika diberikan peluang, anak kecil kita ini lebih jujur dalam mengenal diri kita. Itulah hakikatnya.

Selain bacakan buku cerita pada anak di malam hari, berkongsi dari hati ke hati antara perkara yang boleh mak ayah amalkan untuk mencipta bonding antara mak ayah dan anak. Ini yang dikongsikan oleh Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan. Jom praktik!

Borak Dulu Dengan Anak Sebelum Tidur, Biar Anak Tahu Mereka Ada Tempat Istimewa Di Hati Kita!


Saya cadangkan kat korang, malam waktu anak tidur tu, cuba ajak anak-anak sembang. Baring rileks di sebelah anak, peluk & cium sikit, kemudian tanya pasal diri kita.

Jawapan yang anak beri kadang-kadang boleh jadi life lesson untuk kita. Tapi malam ni, life lesson saya yang dapat kat anak, tak banyak!

Sebabnya, sebelum tidur, Aqlan dah buat haru. Menangis tengah malam ‘memeriahkan’ kejiranan. Macam nak bawak sampai ke subuh aje nangisnya.

Settle pujuk Aqlan sampai dia tertidur, saya berbaring sebelah Ammar. Saya peluk dia sambil pegang tangannya.

Borak Dulu Dengan Anak Sebelum Tidur, Biar Anak Tahu Mereka Ada Tempat Istimewa Di Hati Kita!

“Ammar, macam mana mama nak bertenang ya Ammar? Mama penatlah stres-stres.” Saya tiru gayanya mengadu.

“Mama dengarlah Quran. Jom baca surah dengan Ammar.”

“Ammarlah baca. Mama period.”

“Kalau macam tu, mama dengar je lah bunyik air. Air sungai ke, air hujan ke.” Saya senyum dengar jawapan budak 5 tahun ni.

Memang ada waktu yang serabut, saya duduk kat kerusi urut sambil dengar bunyi air dari henfon. Kadang-kadang, si Ammar ni pun mengikut sekali.

“Ammar nak tenang jap.” katanya

“Kalau kita tak happy, kita kena senyum mama.” kata Ammar lagi, sambil gosok-gosok pipi saya yang berkerutu kesan jerawat baru.

Kemain! Ayat macam adorably sangat! Macam tak kena dengan budak yang siang harinya, bikin ribut kat semua orang.
Menyakat Aqlan la, panjat bahu mama time makan la, berlari ke sana sini.

Borak Dulu Dengan Anak Sebelum Tidur, Biar Anak Tahu Mereka Ada Tempat Istimewa Di Hati Kita!

Dengan melayan soalan “kenapa ini”, “kenapa itu” yang dia aju setiap 2 minit. Hilang nafas rasa nak menjawab!

Memang. Manusia kecil ni, bila waktu malam, kita akan lihat mereka lebih comel dan adorable berbanding waktu mereka berjaga di siang hari.

Kan? Kan? Kan? Waktu mereka tutup mata tu lah rasa kasih dan sayang baru nak datang, kan? Kan?

Jadi, jangan lupa praktikkan. Sembang dari hati ke hati sebelum mereka tidur. Kalau diorang tak dapat bagi life lesson untuk kita, paling tidak, anak rasa diri mereka ada tempat istimewa dalam hati kita.

Artikel berkaitan: Rasa Dah Cukup Bonding Dengan Anak, Rupanya Tak, Bukan Material, Anak Perlukan Kasih Sayang!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI