Aktiviti bersama seisi keluarga di hujung minggu itu sudah terbiasa. Lain pula kisahnya dengan aktiviti dan bonding setiap anak yang berbeza-beza. Lebih akrab.
Idea bonding yang dikongsikan oleh bapa ini, Mohd Yazid Bin Ismail yang telah dilakukan sejak anak pertama dahulu wajar dicontohi. Bukan hanya lebih dekat bahkan anak juga merasa lebih selesa dan akrab.
Jadikan ianya sebagai inspirasi untuk kita jadi lebih baik buat anak-anak.
Setiap tahun saya akan buat special bonding session dengan anak-anak secara one by one. Jalan-jalan berdua. Atau sekadar dinner berdua. Kadang dua kali setahun setiap orang.
Hari ni saya buat bonding session dengan Saeed, umur 5 tahun. Bawa jalan-jalan, naik Komuter lepas tu tukar naik MRT.
Sesi bonding ada giliran untuk setiap anak. Semua tak sabar tunggu giliran masing-masing.
Sebelum giliran Saeed hari ni, saya buat sesi dengan Dhia, lepas tu Fina. Bawa keluar mengopi dan makan kek waktu malam.
Saya memang buat sesi macam ni dengan anak-anak sejak anak sulung (Bashir) kecil lagi. Sekarang Bashir dah 14 tahun.
Bagus sesi macam ni. Anak-anak boleh buat luahan perasaan one by one. Borak lama-lama tanpa gap, macam-macam cerita keluar 🥰😅. Macam bercerita dengan kawan. Happy diorang.
Anak rasa dirinya special, dihargai, dan ada orang yang sedia mendengar luahan perasaan yang lama terpendam. Kalau anak bawah umur 7 tahun macam Saeed ni, ia akan jadi sesi bertanya beribu-ribu soalan. Bersedialah goreng jawapan.
Sesi bonding juga saya gunakan untuk bagi motivasi dan nasihat yang spesifik untuk setiap anak.
Masing-masing ada perangai dan masalah yang berbeza, maka nasihat pun berbeza tak sama dengan adik beradik yang lain.
Saya pun rasa bahagia dapat keluar berdua macam ni. Rasa macam me time. Tenang je.
Mohd Yazid Bin Ismail
Ayah 6 orang anak💖
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: FB Mohd Yazid Ismail