Sebut sahaja keropok lekor pasti kita terbayangkan proses membuatnya daripada ikan segar. Namun itu sudah terlalu sinonim. Apa kata variasikan hidangan untuk anak-anak kita dengan keropok lekor daripada ayam pula. Wow menarik!

Macam mana rasanya keropok daripada isi ayam? Cuti panjang ni apa kata kita sediakan bersama anak-anak. Jom cuba resipi hebat yang dihasilkan oleh Puan Norazlin Abd Rahman ni. Memang hebat. Paling penting sihat buat anak-anak kita.


MENU SIHAT UNTUK ANAK-ANAK
Resepi baru mama untuk anak-anak. Dah boring isi ayam, asyik buat sosej, nuget dan jejari je, kali ni kita tukar sikit. Jadikan isi ayam kepada keropok lekor pulak.

Bahan-bahan:

Isi ayam -dikisar halus
Telur
Tepung ubi & tepung gandum 3:1
Garam dan secukup rasa

Sedikit lobak merah -kisar dengan isi ayam

Pecahkan telur dalam ayam, masukkan garam dan secukup rasa, gaul biar sebati. Masukkan tepung ubi dan tepung gandum dalam kuantiti 3:1. Uli sehingga menjadi doh.

Getel adunan menjadi panjang-panjang seperti gambar diatas. Tabur tepung gandum semasa menggetel, supaya adunan tidak melekat.

Kemudian rebus keropok lekor ke dalam air yang mendidih. Setelah keropok lekor timbul barulah bolehlah diangkat dan digoreng.

Keropok lekor yang siap digoreng dan sedia dimakan.
Kredit: Norazlin Abd Rahman

Tinggalkan Komen