
Di usia 12 bulan, bayi anda sudah boleh membiasakan diri minum dalam cawan dan makan sendiri menggunakan sudu dan juga tangannya. Bentuk makanan juga haruslah berubah lebih kasar sedikit berbanding ketika usianya 6 bulan.
Kalau mama nak cuba resepi baru yang sesuai untuk anak 12 bulan jom ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
“Bosan dah asyik makan bubur je… Shauqi pun dah nak setahun .. slow-slow ibu tukar tekstur makanan. Bagi ada bentuk, warna untuk tarik minat shauqi makan..Alhamdulillah habis Shauqi makan.”
💙 Rice egg roll 💙
- Tumis bwg putih + ayam cincang (ibu guna unsalted butter) = ketepikan
- Pukul telur + brokoli + serbuk bilis = ketepikan
Cara Penyediaan:
- Letak telur dalam pan, jangan tebal jangan nipis (macam buat telur dadar)
- Letak nasi (jangan banyak sangat nanti susah nak gulung)
- Tabur ayam cincang, serbuk keju, letak carrot(nak sagat pun boleh)
- Gulung
- Tunggu sejuk baru potong
- ❌Salt ❌Sugar ❌Msg
Kredit: nadia
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pikat Selera Anak Berpuasa Dengan Roti Jala Dragon Fruit Ni, Cutenya, Confirm Anak Suka!

Mama pastinya dah cari dan sediakan resipi menarik untuk juadah berbuka puasa esok. Apa juadah untuk anak kecil kita yang belajar berpuasa? Selain makanan berkhasiat, cari juga resipi yang mampu menarik perhatian anak-anak kita. Barulah semangat mereka nak meneruskan puasa hingga ke petang.
Resipi yang dihasilkan oleh Puan Mishalie Daniel ini memang cute. Menariknya warna ungu ini dihasilkan daripada buah naga. Bukan saja berkhasiat bahkan warnanya pun menarik. Jom tarik perhatian anak-anak kita untuk berpuasa esok hari. Ayuh mama!
Roti Jala Dragon Fruit With Sos Ala Castard In The House??. Amboi…panjangnya nama. Biasa roti jala asyik warna kuning je kan ? Apa kata kita tukar roti jala warna pink pulak.
Bahan-bahan:
Buah naga
1 cawan tepung gandum faiza
Susu full cream fernleaf
1 biji telur
Cara membuatnya:
Blend kan semua bahan2 di atas sehingga sebati.
Masukkan adunan roti jala ke dalam acuan.
Lengserkan sedikit minyak di atas kuali, dan golek ke kiri dan ke kanan / kirai acuan.
Biarkan 1 minit , angkat dan gulung roti jala yang telah siap.
Untuk sos ala castard
Susu fernleaf full cream
1 sudu besar tepung jagung ( bancuh dgn air )
1 biji kuning telur ( kuning saja , yg putih buang )
Esen vanilla
Puree kurma
Cara membuatnya
Panaskan sekejap susu dan hampir mendidih, keluarkan dan tuang ke dalam mangkuk.
Masukkan kuning telur ( sambil masukkan kuning telur sambil pukul susu tu laju-laju, untuk elakkan telur menjadi masak )
Masukkan balik ke dalam periuk, puree kurma , esen vanilla dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat
Siap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Masak Rendang Cili Padi, Pedas-Pedas Sedap! Sesuai Makan Dengan Nasi Impit & Lemang

Resipi rendang ada banyak versi. Setiap satu mengikut selera orang yang memasaknya. Salah satu jenis rendang yang menjadi kegemaran adalah Rendang Ayam Cili Padi.
Rasanya berlemak dan pedas-pedas, sesuai sangat dimakan bersama nasi impit atau lemang. Resipi ini dikongsikan oleh Ruhana Zalina.
Ayam Masak Rendang Cili Padi Xpress Siap..!!
Bahan mmg dh sentiasa ada saya frozenkan
Letak dlm bks kecil-kecil untuk sekali masak sonang..🤗
Nk masak, masukkan sebekas pes cili padi frozen..cmpk dlm kuali bersama ayam..renehkan sekejap, masukkan santan..renehkan sampai hampir kering letak kerisik, garam, gula sikit, daun kunyit hiris. Tabur.
Gaul rata rasa sedap dah okay tutup api. Siap boleh makan.

💜Resipi Rendang Cili Padi💜
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
1kotak santan
Asam keping
Garam
sdkit gula (1sudu teh)
Daun limau purut
Daun kunyit(hiris)
15 biji cili padi*(ikut kpdasn msg2)
5 btg serai *
2 keping kunyit size ibu jari*
Baca Juga:
Sambal Tumbuk Tempe, Lauk Tambah Nasi. Sesuai Buat Hari-Hari Terakhir Sahur. Memang Sedap!
Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!
Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
Blend semuo bahan*
(Ni la bahan yang saya frozenkan tu..pes..)🤗
Kalau nak buat frozen bahan-bahan ni lebihkan kuantiti dia. Buat lebih boleh lah frozenkan utk buat stock bulan puasa ni. Bila rajin nk masak rendang atau masak lemak cilipadi..👍🥰
Cara membuat:
-Masukkan ayam kecutkan kojap dalam kuali.
-Masukkan bahan blend tunggu air koring skit
-Masukkan santan,daun limau purut(buang tulang dia) & asam keping dan garam.
-Biar mendidih dan kacau sesekali.
-Masukkan garam jika belum cukup masin. Gula, kerisik, hirisan daun kunyit. Kacau rata.
-Nak koring boleh, nak berkuah sikit pun boleh.

Sy suka berkuah. Tengok situasi kadang suka kering..🤗😋
# Sy suka letak nangka muda tp hari ni nangka tak ada Sy letak kacang panjang jer.. 🤗
Pes ni utk masak lemak cilipadi ayam, daging, ikan, sotong, udang, nangka muda pun boleh. Ikut suka nak masak lauk jenis apa..👍
Selamat mencubo!
Tak semua orang yang masak rendang jenis ini, tetapi sebenarnya rasanya sangat mudah. Dengan adanya pes yang dibekukan itu, lebih mudah nak sediakan masakan rendang atau masak lemak. Siapa yang sukakan makanan pedas, bolehlah cuba resipi ini!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Tart Telur Portugis Mudah, Hanya Guna Kulit Puff Pastry Sahaja. Rasa Kastard Berkrim Memang Padu!

Salah satu pastri yang paling popular mempunyai kastard berkrim di tengah-tengah kerak rangup, tart telur Portugis. Hanya perlukan bahan dan langkah sederhana untuk memuaskan selera makan anda.
Salam…Kali nak share resepi tart telur Portugis
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Bahan-bahan:
Kulit pratna brand KAWAN ,(8 keping dapat membuat 12 biji)
Whipping cream -75g
Telur-2 biji
Gula pasir-50g
Air panas -110ml
Cara-caranya:
1. Masukkan air panas dan gula halus dalam bekas, kacau dan sejukkan. Masukkan telur, Whipping cream, kacau rata dan ketepikan. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk selama setengah jam.
2. Keluarkan meringue dari peti sejuk dan biarkan sejuk selama 5 minit.Ratakan menjadi empat segi meringue seperti gambar satu dan gulung seperti gambar 1
3. Setelah gulungan pertama digulung, gulung sekali lagi meringue menjadi seperti gambar 2….
4. Potong pastri yang digulung menjadi tiga bahagian seperti gambar 3….
5. Masukan dalam bekas acuan pastri puff,tekan mengikut acuan..seperti gambar 4….
6. Cucuk beberapa lubang dengan garpu pada bagian bawah pastri tadi seperti gambar 5…
(untuk mengelakkan kuning telur mengembung semasa membakar)…
Akhir sekali tutup permukaan pastri seperti gambar 6
Panaskan Air fryer pada suhu 160c selama 5 minit. Kemudian masukkan tart Portugis dan bakar selama 15 minit. Selepas 15 minit, sesuaikan suhu hingga 180c-bakar selama 5 minit tambahan, dan biarkan tart Portugis berwarna kegaringan. (Perbezaan suhu setiap oven berbeza, anda boleh menyesuaikannya sendiri)
Sedap dimakan panas2…selamat mencuba..🥰
Kredit: Elaine Lee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Klik untuk daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI