Makan menu sama je setiap hari sepanjang pantang pun bosan juga tau. Mesti lah nak makan menu yang lain daripada lain juga. Tapi, perlu pandai olah bahan yang bersesuaian dengan keadaan badan semasa pantang. Kalau tidak, banyak komplikasi yang boleh datang.
Teringin nak makan ayam panggang tapi takut mendatangkan kemudaratan dalam penggunaan bahannya? Jangan risau, banyak resipi yang dah diolah supaya para ibu berpantang juga boleh menikmati menu yang sedap- sedap sepanjang berpantang. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Wan Noor Farhana di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI AYAM PANGGANG
Sumber foto: Facebook Wan Noor Farhana
AYAM PANGGANG SELERA PANTANG
Mommies yang dekat luar sana mesti pening nak masa kapa kan terutamanya waktu berpantang ni. Banyak sangat makanan yang ada tapi tak pasti yang mana sesuai kan.
Ads
Haa tak perlu pening kepala, kakak dekat sini akan ajar resepi senang sangat senang dan juga sangat berkhasiat untuk mommies yang sedang berpantang.
Macam menarik je kan, jomlah masak dekat rumah.
Bahan- bahan: – Ayam – 1 batang serai – 1 sudu jintan manis – ½ sudu jintan putih – 1 cm kunyit – 1 cm lengkuas – 1 cm halia – 4 ulas bawang merah – 2 ulas bawang putih – Garam – Air asam jawa – ½ cawan air
Ads
Sumber foto: Facebook Wan Noor Farhana
Cara- cara: 1. Ayam mestilah dilumur dengan sedikit garam, sedikit bawang merah, bawang putih dan kunyit tumbuk dan juga lengkuas. 2. Tumis bahan tumbuk tadi, masukkan jintan, air asam jawa dan juga garam. 3. Tambah sedikit air untuk menjadikan ia sedikit berkuah. 4. Kemudian ayam tadi bolehlah dituangkan ke dalam kuah dan dipanggang sehingga masak.
Senang sahaja resipi ayam panggang ni. Bukan sahaja sedap tapi juga berkhasiat tau. Para ibu berpantang tak perlu risau dengan menu makanan pantang. Tak perlu makan lauk sama hari- hari. Boleh cuba ayam panggang ni. Semoga bermanfaat dan semalat mencuba!
Anak-anak kalau makanan yang berasaskan coklat laju je makan. Tak kisahlah menu apa pun. Tak kira anak kecil atau yang dah besar semua akan suka. Ibu ayah pun boleh layan sekali.
Cuma bila anak minta nak makan kek ibu berkira nak buat bukan sebabnya malas tetapi kekangan nak membuatnya kerana tiada oven. Ok kali ni mungkin ibu boleh realisasikan permintaan anak dengan buat apam coklat yang sedap.
Hanya perlu ada periuk kukusan sahaja dan menggunakan bahan yang simple, dalam 20 minit dah boleh dapat 48 biji untuk satu adunan yang dibuat. Puas hati makan!
Apam Coklat Kukus
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Cara membuat:
Blend dulu minyak, susu cair, susu pekat dan telur. Apabila semua dah sebati masukkan dalam mangkuk dan masukkan bahan kering sedikit demi sedikit.
Akhir sekali masukkan 1 cawan air panas, kacau sebati. Sapu acuan dengan minyak, masukkan adunan. Kukus dalam 15-20 minit. Satu adunan dapat 48 biji, guna acuan lompang.
Kredit Resipi: Siti Nailah AlFarafisha Roslan
Nantikan Pa&Ma Journey bersama Jovianina bermula Rabu ini (26 Ogos) di saluran 104/124. Set kalendar ya!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak cuba biskut moden yang popular tetapi tidak yakin kerana sedikit menyukarkan. Apa kata kita cuba biskut ringkas yang cukup mudah disediakan.
Resipi Biskut Casablanca ini antara yang boleh dicuba bersama anak-anak. Ia ringkas dan paling mudah disediakan. Paling menarik, gabungan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan buat anak teruja. Jom cuba resipi perkongsian Pn Roz Mika.
Berhajat, boleh cuba resepi di bawah. InshaaAllah ..rasa tak mengecewakan. Casablanca Delight Cookies.
Sama seperti kita, anak-anak juga tertarik dengan apa yang dilihatnya. Menu dengan warna yang segar dan pelbagai pastinya mampu menarik perhatian si comel kita untuk makan. Salah satu menu paling ringkas tetapi berjaya membuatkan anak untuk makan pastinya daripada aneka buah-buahan segar.
Selain diberikan buah segar kepada si comel, apa kata lebihan buah dikreatifkan untuk dijadikan dalam menu ringkas seperti agar-agar atau puding. Resipi perkongsian Puan Sya Qiela ini comel dan ringkas untuk dicuba. Jom!
Sekarang ni Emiir Yusuff tengah fasa teething gigi atas, dia suka mengunyah yang sejuk-sejuk. So ibu buatkan agar-agar mix fruit viral versi baby untuk Emiir. Walaupun #nosugar, tapi ada rasa masam-masam manis buah, sedap. Kemain laju lagi emiir makan.
Bahan-bahannya:
Agar-agar bertali
Buah strawbery
Buah kiwi
Buah anggur
Buah mangga
Air secukupnya
Biji selasih (rendam dengan air panas)
Masak agar-agar dengan air sehingga betul-betul mendidih. Apabila dah mendidih masukkan ke dalam bekas atau acuan kesukaan.
Lepas 5 minit tuang ke dalam acuan, masukkan pula buah-buahan tadi bersama biji selasih. Kemudian sejukkan. Siap!
P/s: Agar-agar perlu di masak sampai betul-betul mendidih supaya bila sejuk nanti agar-agar tak mudah berair ye mommy. Saya tak ada sukatan tepat sebab saya buat sikit agak-agak je agar-agar ni. Masak ja dulu agar-agar ni macam biasa, cedokkan dalam bekas, lepas 5 minit baru masukkan buah-buahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu tentang penggunaan bius epidural waktu bersalin kembali hangat dibincangkan. Baru-baru ni, satu video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh pelakon...