Selalu terbiasa dengan hidangan nasi, mi dan roti, anak pun boleh jemu. Bila anak kurang selera, ibu pasti akan risau. Tak salah sekali sekala bolehlah tukarkan menu pasta pula.

Perkongsian resipi pasta daripada ibu ini nampak enak. Sesuai bagi anak-anak yang sedang berlatih menyuap makanan sendiri. Ibu-ibu yang sedang mencari resipi untuk memperkenalkan telur kepada bayi juga boleh mencuba sajian ini.

Bosan Nasi Roti, Cuba Steam Egg Pasta. Cara Buatnya Sempoi, Guna 6 Bahan
Puan Ching bersama anaknya.

Nampak sedap, bahannya juga tidak banyak, tidak hairanlah resipi ini menerima lebih 1,000 reaksi dan beratus perkongsian daripada ibu di sebuah grup masakan bayi dan kanak-kanak.

STEAM EGG PASTA

Hari ini dinner buat STEAM EGG PASTA

Dalam steam egg ni ada rainbow pasta, sayur pakchoy yang telah blend, jagung, carrot dan serbuk ikan bilis homemade. Baby Chen Xin suka dan ini senang dipegang dan boleh makan sendiri. Hehe.. Mama hari malas suap.

Ads

Bahan-Bahan
Telur
Rainbow pasta
Sawi pakchoy
Jagung
Lobak merah
Serbuk ikan bilis

Cara membuatnya:
1. Asingkan telur kuning dan telur putih

Bosan Nasi Roti, Cuba Steam Egg Pasta. Cara Buatnya Sempoi, Guna 6 Bahan2. Gaulkan pasta yang telah dimasak , semua sayur dengan telur putih.
3. Masukkan ke dalam bekas kaca dan steam5-8 minit.
4. Gaulkan telur kuning dan tabur atas bekas tu dan steam 5 minit. Jadi boleh nampak 2 lapisan cantik.

Ads

Bosan Nasi Roti, Cuba Steam Egg Pasta. Cara Buatnya Sempoi, Guna 6 Bahan

Ada ibu yang  telah berkongsi hasil resipi ini. Apa yang menarik, ibu ini menggunakan nasi menggantikan pasta dalam sajiannya.

Ads

Saya dah try buat.sedap..saya guna nasi dalam menu ni

Bosan Nasi Roti, Cuba Steam Egg Pasta. Cara Buatnya Sempoi, Guna 6 Bahan

Sumber gambar: Finie Rafeenie

Sumber resipi: Rc Ching

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI