Pelakon Zahirah Macwilson yang telah pulang ke Perth untuk bersalin cahaya mata sulungnya di sana berkongsi gambar-gambar menarik dan meriah majlis baby shower yang diadakan.
Dalam perkongsian terbarunya di laman Instagram, Zahirah yang kini sedang mengandung 8 bulan menganjurkan baby shower party di kediamannya di sana. Sambutan penuh meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat yang berada di sana.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Ads
Namun, pasangan dua sejoli ini tidak mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Justeru meninggalkan teka teki sebegitu, di ruangan komen, ramai wargamaya yang meneka Zahirah bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki berdasarkan wajahnya yang berseri-seri.
Bukan sahaja wargamaya, malah ramai juga rakan selebriti yang turut sama meneka gender bayi yang bakal dilahirkan Zahirah tak lama lagi.
Ads
Dia dan suami, Aiman Hakim Ridza sering memuat naik gambar-gambar menarik sepanjang keberadaan mereka di sana. Pada hujung Oktober yang lalu, Zahirah dan Aiman terbang pulang ke Perth, Australia bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka di sana.
Sekadar Info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Semoga semuanya dipermudahkan buat Zahiran dan bayi yang bakal lahir di sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teruja untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar dan isterinya, Aurel Hermansyah dikhabarkan sudah menempah satu tingkat bangunan hospital di Jakarta bagi menyambut kelahiran itu.
Malah kata Atta, semuanya bagi memudahkan ahli keluarga lain untuk turut sama berada memberi sokongan buat isteri tersayangnya.
Pun begitu nyata menantu kesayangan Kris Dayanti ini agak terkejut dengan dakwaan itu namun sebaliknya kata Atta, dia dan Aurel hanya menempah beberapa bilik sahaja sebagai tambahan.
Menurut katanya, dia hanya menempah beberapa bilik tambahan untuk memudahkan dan memberikan keselesaan kepada semua ahli keluarga.
“Dalam setiap bilik ada peraturan dan jarak yang perlu di jaga. Jadi saya ambil beberapa bilik lagi untuk keluarga The Hermansyah, The Lemos dan keluarga Halilintar dan The Atta.
“Akibat Covid-19 sekarang ini, satu bilik hanya boleh menempatkan beberapa orang sahaja. Kalau saya hanya mengundang satu keluarga sahaja pasti yang lain akan bercakap, jadi saya bawa semuanya.
“Bukan untuk menunjuk-nunjuk, saya hanya ikut peraturan kerajaan,” kongsinya.
Siap sedia sambut bayi
Berkongsi kisah persiapannya untuk menyambut kelahiran anak pertama mereka, ujar Atta semuanya sudah dipersiapkan lebih awal untuk menyambut permata hati mereka.
“Persiapan bilik, baju-baju bayi dan tempahan hospital semuanya sudah siap. Kami juga mendapatkan khidmat doktor yang terbaik untuk menyambut kelahiran kesayangan kami,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Aurel diraikan dalam majlis baby shower yang tema serba merah jambu bagi meraikan bakal ibu itu. Semuanya disediakan oleh dua bundanya, Kris Dayanti dan Ashanty.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: MStar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehamilan adalah tempoh yang sangat menakjubkan bagi pasangan-pasangan yang merancang untuk memiliki anak. Anda mungkin sedar anda sedang hamil apabila anda mula sedar tentang perubahan pada tubuh.
Bagaimanapun, mempunyai simptom kehamilan bukanlah semestinya anda sedang hamil. Kadangkala anda merasa diri sedang hamil tetapi sebenarnya tidak. Mengapa? Rujuk jawapannya dibawah.
Apa yang menyebabkan kehamilan palsu?
Kehamilan palsu adalah kes yang jarang berlaku bagi lelaki atau wanita (Terkejut? Ia juga boleh muncul pada lelaki – yang sepatutnya tidak boleh hamil). Sebab yang tepat untuk kehamilan palsu adalah tidak diketahui. Tetapi doktor dan saintis beranggapan, situasi tertentu seperti trauma atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh boleh menyebabkan keadaan ini. Badan menyangkakan terdapat bayi dalam kandungan.
Kehamilan palsu boleh berlaku jika anda benar-benar inginkan zuriat kerana masalah ketidaksuburan, keguguran yang berulang-ulang, kehilangan anak, menopause yang bakal berlaku, masalah mental, atau keinginan untuk berumah tangga. Dalam sebahagian kes, anda mengesan beberapa simptom seperti payudara yang sakit dan membengkak atau perut membengkak. Otak anda akan menafsirkan bahawa anda sedang hamil. Hormon-hormon tertentu akan dirembes, menyebabkan berlakunya simptom-simptom kehamilan.
Keadaan perubatan tertentu jugaboleh menyebabkan kehamilan palsu berlaku. Ini termasuklah ketumbuhan di ovari atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh. Sesetengah wanita yang menghampiri menopaus akan mengalami masalah depresi, membuatkan mereka merasakan sedang hamil.
Sesetengah saintis menegaskan gangguan seksual, kemiskinan, kurang pendidikan, atau masalah dalam hubungan boleh juga menjadi punca kehamilan palsu.
Apakah simptom kehamilan palsu?
Anda mungkin berfikir anda sedang hamil kerana anda mengalami simptom-simptom kehamilan. Tetapi apabila ianya adalah kehamilan palsu, bayi tidak wujud. Simptom-simptom kehamilan palsu termasuklah:
-Perubahan kitaran haid. Anda mungkin terlepas satu kitaran haid atau lebih.
-Perut membengkak
-Perubahan pada rambut dan kulit. Kulit mungkin menjadi kering dan kasar.
-Penambahan berat badan. Anda mungkin bertambah berat badan walaupun mengambil makanan yang sama banyak seperti sebelumnya.
-Kerap membuang air kecil.
-Payudara membengkak, sakit dan lembik.
-Merasai pergerakan janin.
-Loya dan muntah-muntah. Simptom mungkin menjadi lebih teruk di waktu pagi ketika bangun dari tidur.
Simptom-simptom ini mungkin dirasai dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan atau mungkin juga bertahun-tahun. Dalam kes-kes tertentu, sebahagian wanita turut merasai kesakitan seperti melahirkan anak. Satu-satunya cara untuk mengetahui sekiranya anda sedang menghadapi kehamilan palsu adalah dengan melakukan ujian oleh pakar perubatan. Sekiranya anda tidak hamil, mungkin doktor akan memberi nasihat berkenaan kesihatan mental.
Kehamilan palsu adalah keadaan yang agak pelik yang boleh mengganggu emosi dan kesihatan mental anda. Jadi, sekiranya anda sedar akan perubahan pada tubuh, sila dapatkan nasihat pakar perubatan dengan kadar segera.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin anda sedang merancang untuk mendapatkan anak perempuan. Bermacam usaha telah dicuba tapi rezekinya masih lagi anak lelaki. Ada lelaki sudah berderet macam keretapi tapi anak perempuan masih lagi belum ‘kunjung tiba.’
Seorang guru kimia, Taibah Nurwahidah Mohamad berkongsi teori memahamkan sifat kromosom X dan Y serta bagaimana pemakanan, tempoh bersama dan faktor kesuburan boleh menentukan jantina bayi yang anda inginkan.
Alhamdulillah saya dan suami dah mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat bayi perempuan, anak ke-2 kami.
Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-siakan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
Ingat Lagi Tak Subjek Biologi Di Sekolah Dulu?
Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY dan ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50.
Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik, perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena paham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu.
X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju.
Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali. Di sinilah saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (cikgu kimialah katakan)
Jika mahukan baby boy,suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood) manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu.
Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood.
Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging.
Selain itu, suami juga kena lebih makan masam, yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia.
Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu; susu, cheese dan butter.
Saya kongsi ini lebih kepada untuk bayi lelaki jadi kalau mahu anak lelaki perlu lakukan sebaliknya. Elakkan makan masam dan isteri elakkan makanan tenusu.
Yang ini susah sikit sebab kita sendiri tak tahu bila waktu subur kita bukan. Ada dua cara hendak tahu waktu subur.
Cara Pertama:
Senang sahaja, pergi farmasi beli Ovulation Test. Bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.
Cara Kedua:
Hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna app period. Kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia. Waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke-16 itulah hari subur
Kenapa penting hendak tahu waktu subur. Tadikan sudah cerita tentang tempoh hayat X dan Y. Jika mahukan bayi perempuan, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X maka jadilah XX (girl).
Kalau hendak bayi lelaki, terbaliklah jadinya perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan maka jadila XY (boy)
Ikut Logik Sains
Itu saja tip yang saya dan suami gunakan. Banyak sebenarnya tip lain kalau google tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Kan dah kabo tadi saya cikgu sainskan.
Nak Anak Perempuan.. Doa Senjata Utama
Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa minta sungguh-sungguh pada Allah.
Semoga tip ini dapat memberi manfaat pada yang membaca!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.