Tercari-cari resipi bekal mudah & sedap untuk anak-anak bawa ke sekolah? Pasti ramai yang tengah mencari idea untuk sediakan bekal anak ke sekolah. Untuk ibu yang mempunyai anak yang suka bawa bekal ke sekolah, menu apa je selalu para ibu bekalkan ya? Nasi goreng? Mi goreng?
Apa kata bekalkan anak ke sekolah dengan sandwich kayangan. Sandwich kayangan tu boleh letak macam- macam tau macam udang, isi ayam, hirisan daging dan pelbagai lagi. Bukan sahaja mudah untuk dibuat, berkhasiat dan lengkap nutrisi untuk anak- anak. Kenyang pon kenyang tau! Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Fienaz Shafie di Facebook beliau.
RESEPI SANDWICH KAYANGAN
Sumber foto: Facebook Fienaz Shafie
Anak dah mula sekolah kan! Kalau ikut cara Kak Fienaz pagi- pagi tak kaliut sebab tak sampai 5 minit dah siap breakfast@ bekal sandwich kayangan ala breakfast kat hotel untuk anak dan suami.
Bahan- bahan Sandwich 1: – Sedikit butter – 3 ekor udang – 1 biji telur – Daun bawang – Serbuk lada hitam – Sedikit daun bawang dihiris – 2 keping roti – Mayonis – Salad – Sekeping cheese
Ads
Cara- cara: 1. Oleskan sedikit butter ke atas sandwich maker. 2. Gorengkan 3 ekor udang. 3. Tuang 1 biji telur yang telah dipecahkan ke atas sandwich maker yang ada udang. 4. Taburkan sedikit daun bawang, rebuk lada hitam dan tutupkan penutup sandwich maker sehingga masak. 5. Setelah masak keluarkan dan ketepikan. 6. Letakkan pula roti di atas sandwich maker. 7. Letakkan salad dan mayonis. 8. Letakkan udang dan telur yang digoreng sekali itu tadi dan letakkan juga sekeping cheese dan letak lagi sekeping roti di atasnya. 9. Tutupkan penutup sandwich maker dan biarkan ianya garing. 10. Boleh angkat dan potong ikut cara masing- masing.
Cara- cara: 1. Gorengkan telur tanpa butter atau minyak di atas sandwich maker. 2. Angkat telur goreng dan ketepikan. 3. Letakkan roti di atas sandwich maker. 4. Letakkan telur di atas roti tersebut dan letakkan lagi sekeping roti di atas telur. 5. Tutup penutup sandwich maker dan biarkan sehingga roti agak garing. 6. Setelah garing, boleh angkat dan hidangkan.
Senang sangat resepi yang dikongsikan. Untuk para ibu yang takde sandwich maker dekat rumah, boleh guna non-stick pan. Nak sandwich lebih sihat, boleh tambah sayur seperti tomato dan timun. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Ramai yang nak tahu kan macam mana nak buat donut untuk dapatkan tekstur yang gebu dan elok bentuknya. Kadang bila buat sendiri tak puas sebab teksturnya tak lembut dan serap minyak selepas digoreng.
Tapi dengan resipi yang dikongsikan mungkin boleh cuba buat lagi ikut langkah yang diberikan ini. Kalau rasa banyak adunan ni, boleh la buat frozen separuh dan selebihnya goreng untuk dimakan dengan anak-anak.
Letak pula topping coklat atau jika nak yang jenis biasa golek je terus dalam gula. Dua-dua pun sedap. Ini resipi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed.
DONUT KAMPUNG GEBU
Bahan-bahannya:
1 cawan air suam
2 sudu besar yis (1 packet)
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
* satukan semua bahan-bahan biar sampai yis berbuih..
1/2 kilogram tepung gandum cap ros
2 sudu besar planta
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pertama kali mendengar resipi ayam Padhek pasti tertanya-tanya bagaimana rasa makanan ini? Sebenarnya ayam Padhek adalah masakan yang berasal dari Thailand. Rasanya sangat sedap dengan gabungan cili dan kunyit segar dan aroma dari daun limau purut.
Cara penyediaanya pun sangat simple. Bagi yang buntu nak sediakan menu apa boleh cuba resipi yang dikongsi ini.
AYAM PADPHEK ( Masakan Thai Original )
Resepi ibu warganegara Thailand yang menetap dimalaysia hampir 55 Tahun Doakan ibu saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Bahan blend;
Kunyit Hidup – 3
Bawang Merah – 4 Biji
Bawang Putih – 4 Biji
Serai – 2 Batang
Daun Limau Purut – 4 Helai (blend)
Daun Limau Purut – 3 Helai (Potong)
Lada kering – 1 Biji
Cili api – 5
Halia
Belacan
Asam keping – 1 (Masa Tumis)
Bahan Perap;
Ayam
Kunyit
🎈 Selain Ayam bahan-bahan diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang.
Cara-Cara;
1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan.
2.Panaskan minyak (minyak lebih lagi sedap) masukkan bahan-bahan blend tumis sampai wangi.
3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan (Tunggu berbuka yer) 😅
4.Anak-anak yang tak makan pedas boleh asingkan lauk yang dah masak letakkan cili api (tumbuk)kemudian..
Sumber: Nur asyikin L
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resepi apam nasi ini sangat ringkas. Bahan-bahannya pula sangat senang didapatkan. Blend nasi bersama air dan gula, gaul bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat.
Bahan-Bahan:
Bahan A
2 cawan nasi sejuk
1 stgh cawan gula pasir
2 cawan air
(Blend semua)
Bahan B
😎 2 stgh cwan tepung beras
1 stgh cwan tepung gandum
1 paket yis
(Letak dalam mangkuk besar@besen. (sebab adunan akan naik membuak2 dengan jayanya 🤣)
Bahan C
Kelapa parut putih suci bersih
Garam
Kukus juga supaya tak cepat basi.
Cara penyediaan:
Tuangkan (A) dalam (B). Gaul sebati.
Tambah air sikit masa ni. Sorry tang ni takde sukatan sebab melalui pengalaman n pakai mata, cairkan sikit adunan utk apam lebih lembut.
Agak2 je..jangan cair sgt nanti masa kukus die kempis kat tengah.
Biarkan adunan berehat sejam. (boleh la multi tasking kat dapur apa yang patut 😉)
Setengah jam terakhir tu leh la sambil panaskan kukusan, boleh juga sambil2 kukus kelapa parut nk wat cicah tu dulu.
Lepas cukup sejam boleh la tmbah pewarna ikut suka hati kita. Nak ton pastel, jangan bubuh banyak sgt pewarna. Sikit2 taw tambah.
Dah puas main warna, boleh la tuang dalam acuan yang disapu sedikit minyak n terus kukus.
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.