Tercari-cari resipi bekal mudah & sedap untuk anak-anak bawa ke sekolah? Pasti ramai yang tengah mencari idea untuk sediakan bekal anak ke sekolah. Untuk ibu yang mempunyai anak yang suka bawa bekal ke sekolah, menu apa je selalu para ibu bekalkan ya? Nasi goreng? Mi goreng?
Apa kata bekalkan anak ke sekolah dengan sandwich kayangan. Sandwich kayangan tu boleh letak macam- macam tau macam udang, isi ayam, hirisan daging dan pelbagai lagi. Bukan sahaja mudah untuk dibuat, berkhasiat dan lengkap nutrisi untuk anak- anak. Kenyang pon kenyang tau! Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Fienaz Shafie di Facebook beliau.
RESEPI SANDWICH KAYANGAN
Anak dah mula sekolah kan! Kalau ikut cara Kak Fienaz pagi- pagi tak kaliut sebab tak sampai 5 minit dah siap breakfast@ bekal sandwich kayangan ala breakfast kat hotel untuk anak dan suami.
Bahan- bahan Sandwich 1:
– Sedikit butter
– 3 ekor udang
– 1 biji telur
– Daun bawang
– Serbuk lada hitam
– Sedikit daun bawang dihiris
– 2 keping roti
– Mayonis
– Salad
– Sekeping cheese
Cara- cara:
1. Oleskan sedikit butter ke atas sandwich maker.
2. Gorengkan 3 ekor udang.
3. Tuang 1 biji telur yang telah dipecahkan ke atas sandwich maker yang ada udang.
4. Taburkan sedikit daun bawang, rebuk lada hitam dan tutupkan penutup sandwich maker sehingga masak.
5. Setelah masak keluarkan dan ketepikan.
6. Letakkan pula roti di atas sandwich maker.
7. Letakkan salad dan mayonis.
8. Letakkan udang dan telur yang digoreng sekali itu tadi dan letakkan juga sekeping cheese dan letak lagi sekeping roti di atasnya.
9. Tutupkan penutup sandwich maker dan biarkan ianya garing.
10. Boleh angkat dan potong ikut cara masing- masing.
Bahan- bahan Sandwich 2:
– 1 biji telur
– 2 keping roti
Cara- cara:
1. Gorengkan telur tanpa butter atau minyak di atas sandwich maker.
2. Angkat telur goreng dan ketepikan.
3. Letakkan roti di atas sandwich maker.
4. Letakkan telur di atas roti tersebut dan letakkan lagi sekeping roti di atas telur.
5. Tutup penutup sandwich maker dan biarkan sehingga roti agak garing.
6. Setelah garing, boleh angkat dan hidangkan.
Baca Juga:
Memecahkan Angin Dalam Badan, Resepi Ayam Masak Halia, Bagus Untuk Ibu Berpantang!
Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!
Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!
Senang sangat resepi yang dikongsikan. Untuk para ibu yang takde sandwich maker dekat rumah, boleh guna non-stick pan. Nak sandwich lebih sihat, boleh tambah sayur seperti tomato dan timun. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)