Breakfast Ala- Ala Mamak Di Rumah, Resipi Roti Puri Mudah! Boleh Cicah Dengan Kuah Sardin.

Share

Agak-agak dah boring tak tahu nak masak apa untuk sarapan, apa kata ibu-ibu cuba resepi roti puri yang sangat mudah ni. Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti puri ni memang sedap sangat. Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar.

Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan keluarga. Cicah dengan sardin atau lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah. Jom lihat resipi yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Lubuk Resepi.

RESEPI ROTI PURI

Sumber foto: Facebook Lubuk Resepi

Bahan- bahan:

– 1/2kg tepung gandum + 2 sk baking powder
– 1/2 paket yis mauripan (campur dalam air suam)
– 3 sudu besar minyak masak
– 2 sudu besar gula+ sedikit garam (satukan ngan air suam)

Cara- cara:

1. Masukkan minyak, air gula dan garam tadi dalam tepung. Kacau sampai semua sebati.
2. Ramas- ramas tepung hingga menjadi macam serbuk roti.
3. Kemudian masukkan yis yang telah kembang dalam tepung tadi.
4. Kacau sebati. Tambah air suam secukupnya untuk adunan yang lembut.
5. Uli doh sampai tak melekat dekat tangan.
6. Dah siap masukkan dalam bekas dan tutup dengan tudung atau kain lembab. 1/2 jam adunan akan kembang.
7. Pukul- pukul adunan untuk keluarkan angin. Pastu boleh bulatkan adunan dan bolehlah canaikan nipis. Goreng dalam minyak yang betul- betul panas.
8. Sewaktu menggoreng curahkan minyak panas atas adunan bila dah mengembang balikkan cepat- cepat supaya tak merekah.

Baca Juga:

Serawa Durian Dan Serabai, Kombinasi Yang Sedap Untuk Pencuci Mulut! Pasti Makan Bertambah.

Resipi Tauhu Pedas Dan Cendawan Telinga Kayu, Sajian Homemade Rasa Restoran! Pasti Berselera.

Rasa Berlemak Dan Tekstur Lembut, Resepi Puding Karamel Dan Telur, Penyejuk Tekak Cuaca Panas!

Senang sangat resepi yang dikumpulkan. Bahan yang digunakan juga tak banyak dan sangat mudah untuk dicari. Semoga bermnafaat dan selamat mencuba!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Published by
Zetty Mazlan