Ibu dan bapa mana yang tidak mahu anak kekal sihat dan bertenaga setiap hari. Bagi memastikan anak selesa untuk belajar, sarapan pagi seperti roti sentiasa jadi pilihan terbaik ibu ayah.
Setiap pagi anak-anak ke sekolah, roti dari jenama yang cukup gah ini sentiasa jadi pilihan ibu untuk anak-anak.
Kini jenama roti Gardenia yang cukup disukai ramai ini tampil dengan pilihan terbaru buat semua.
Jenama roti Gardenia yang bernaung di bawah syarikat Gardenia Bakeries (Kl) Sdn. Bhd ini tampil memperkenalkan produk baharu mereka dalam rangkaian Gardenia Breakthru, iaitu Gardenia Breakthru Bran & Germa Gandum.
Roti inovatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan individu terutama anak-anak yang perlukan tenaga untuk membesar dengan sihat dan bertenaga.
Ads
Malah roti yang kaya dengan kalsium yang tinggi ini juga menjadi pilihan mak ayah untuk anak-anak kecil mereka sebagai sajian utama ke sekolah. Barulah anak jadi bertenaga dan bersemangat untuk belajar.
Apa yang anda perlu tahu, setiap hidangannya penuh dengan kalsium tinggi yang memainkan peranan penting dalam menguatkan tulang dan gigi malah menjadikannya tambahan yang baik dalam diet seimbang.
Melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti dan usaha inovasi terperinci, Gardenia menggabungkan formula baru, yang dikenali sebagai ‘8CTIVE™’, yang merangkumi vitamin A dan E yang tinggi, zat besi, protein, rendah lemak dan elemen lain sebagai penggalak kesihatan seperti tiadanya kolesterol dan lemak trans.
Ads
Solusi makanan pantas dan sihat
Jika ditanya sajian sarapan yang paling mudah dan menjimatkan masa ibu-ibu di dapur, roti sudah semestinya menjadi pilihan ibu-ibu terutama ibu bekerja.
Dengan pelancaran Gardenia Breakthru Bran & Germa Gandum, ibu-ibu kini mempunyai pilihan untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja berkhasiat tetapi juga sedap dan menepati selera anak.
Ads
Paling menarik pastinya tekstur lembut dan gebunya sangat sesuai untuk kanak-kanak. Tidak hairanlah roti yang satu ini semakin menjadi perhatian ramai.
Kajian dan kaji selidik yang dijalankan terutama dikalangan ibu juga mendapati ibu-ibu lebih bijak mencari alternatif roti yang dengan kaya kalsium tinggi berbanding roti biasa dengan sapuan keju dan susu sebagai pelengkap. Lebih mudah dan sedap!
Sebagai pilihan untuk semua, dua variasi sedia ada di bawah jenama Gardenia Breakthru iaitu Gardenia Breakthru Roti Gandum Penuh dan Gardenia Breakthru Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada ini dilhat semakin mendapat tempat dihati semua penggemar roti.
Dua jenis roti hebat ini merupakan siri Gardenia Breakthru dengan formula 8CTIVE™ yang sudah semestinya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
Jadi bijaklah memilih yang terbaik untuk anak kecil kita membesar. Pastikan roti Gardenia Breakthru Bran & Germa Gandum menjadi pilihan ibu selamanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah kanak-kanak memang ada masalah tiap kali nak buang air besar. Kadang sampai menangis-nangis meneran nak membuang. Tapi sudahnya gagal juga nak membuang. Kesian tengok si kecil yang ada masalah sebegini.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, perkara sebegitu sering menjadi persoalan yang diajukan kepadanya ketika bekerja di klinik mahupun ditanya di laman Facebook.
Menurut Dr Zubaidi sembelit bukanlah satu penyakit malah kalau si kecil anda membuang tiga hari sekali juga masih dikira normal. Dalam perkongsian tersebut, Dr Zubaidi turut memberi saranan kepada ibu ayah yang tidak mahu menggunakan ubatan sebagai solusi untuk masalah tersebut.
SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK
“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”
Itu adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.
Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.
Tanda-tanda anak sembelit
Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.
Dalam kebanyakan kes yang berlaku, sembelit mula disyaki apabila bayi atau kanak-kanak itu hanya membuang air besar sebanyak tiga kali dalam seminggu. Ini menyebabkan mereka tiada selera untuk makan dan perut menjadi kembung.
Sering kali juga saya ditanya mengenai punca berlaku sembelit. Antara punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.
Begitu juga jika bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pepejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.
Bayi dan kanak-kanak yang tidak selera untuk minum susu kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana sebab kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi. Bagi mengelakkan dehidrasi yang berterusan, selalunya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Ini menyebabkan najis menjadi lebih kering dan keras, akhirnya menyebabkan najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan menyebabkan sembelit.
Saya tidak menafikan ada beberapa kes di mana punca sembelit disebabkan oleh penyakit kecacatan semasa lahir (congenital disease)yang disebut Hirschprung’s disease apabila lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Begitu juga jika lubang dubur tidak dibentuk dengan sempurna seperti dalam kes penyakit anorectal malformation, spinal bifida dan cystic fibrosis.
Bagi bayi atau kanak-kanak yang sering mengalami sembelit, saya cadangkan dibawa untuk pemeriksaan doctor agar penyakit kecacatan semasa lahir seperti Hirchprung’s disease dapat dikenalpasti dengan lebih awal. Penyakit-penyakit seperti ini mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif seperti pembedahan, jika tidak masalah sembelit akan berulang, sehingga ada kalanya mereka tidak boleh membuang air besar untuk beberapa bulan dan menyebabkan abdomen mereka kembung.
Cadangan untuk mak ayah yang nak elak pemberian ubat
Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, saya cadangkan melakukan beberapa cara :
1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.
2. Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doctor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.
3. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
Jika ibubapa telah mencuba langkah-langkah tersebut tetapi tidak berjaya, maka bolehlah menggunakan ubat-ubat yang diberikan doctor. Antara ubat yang selamat digunakan untuk bayi enam bulan ke atas ialah Lactulose, kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah galactose intolerant. Lactulose dijual sebagai ubat ‘over the counter’ iaitu pembeliannya tidak memerlukan preskripsi.
Lactulose boleh diambil sebanyak dua atau tiga kali sehari, dan selalunya mengambil masa empat jam untuk mendapat kesannya.
Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 5-10 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur 11 bulan hingga ke 5 tahun, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 2.5-5 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur kurang dari setahun, perlukan pendapat ahli farmasi atau doctor kerana dosenya bergantung kepada berat bayi itu. Tanda sembelit bayi atau kanak-kanak itu telah pulih apabila mereka mengeluarkan najis yang lembut 2 atau 3 kali sehari. Bagi ubat-ubat lain yang lebih ‘kuat’ memerlukan pandangan doctor sebelum diberikan. Jika masalah sembelit masih tidak reda, dapatkan nasihat doctor.
Rutin kehidupan anak-anak di rumah sepanjang waktu PKPP ini pastinya membuatkan anak-anak semakin bosan. Selain melalui rutin dan jadual kerja yang diberikan oleh guru, apa kata sesekali suntik rasa dan semangat anak-anak dengan menghadiah sesuatu yang cukup disukai anak kita sambil menyahut kempen LEGO ini.
Bukan hanya anak-anak bahkan dengan kempen yang satu ini, anak-anak remaja serta ibu bapa juga dapat tampil bersama sebagai sebuah keluarga bagi menjayakan kempen unik dan hebat ini.
Kempen #BuildItDriveItLoveIt yang dianjurkan jenama permainan terkemuka LEGO tampil memberi sinar dan kegembiraan kepada kehidupan anak-anak sepanjang hari. Bukan hanya bermain, malah kempen ini mampu merangsang daya kreativiti anak-anak untuk mencipta sesuatu yang hebat.
Kempen Kenderaan LEGO ini bukan hanya dapat mengetahui jenis kenderaan itu sendiri bahkan untuk meningkatkan kesedaran serta merangsang pemanduan dan keseronokkan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka dengan memperkenalkan lebih 46 jenis kereta unik dengan pelbagai tema. Kesemua ini pastinya mendorong minat yang lebih mendalam dalam bidang automobil dan permotoran.
Bukan itu sahaja bahkan LEGO juga turut melancarkan Kalendar 30 Hari yang pastinya menyeronokkan menerusi Facebook bermula Jun ini.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, kami juga akan melancarkan kalendar 30 hari yang menyeronokkan pada halaman Facebook LEGO bermula dari 1 Jun, dengan kandungan dan aktiviti untuk keluarga serta membawa keghairahan kepada anak-anak dalam dunia automobil,” begitu kongsi wakil LEGO.
Antara aktiviti yang pastinya menyeronokkan adalah:
• Membina pertandingan dengan tema yang berbeza untuk kanak-kanak dan remaja dalam mempamerkan kreativiti mereka.
• Mengetahui fakta yang menyeronokkan mengenai kereta popular.
• Tips untuk membawa LEGO anda membina ke tahap seterusnya.
• Menyerlah dan mempamerkan kemahiran membina LEGO anak-anak secara peribadi.
• LEGO Grand Prix buat julung kalinya, akan memilih peserta muda untuk mereka bentuk dan membina kereta LEGO yang unik untuk menghadapi perlumbaan di trek perlumbaan LEGO.
Jom sertai beramai-ramai dan meriahkan kempen ini dengan mencipta sesuatu yang unik dan berbeza, sekaligus bakal berpeluang terpilih sebagai jenama LEGO baru di trek perlumbaan LEGO. Jom cabar diri dan kemampuan anak-anak kita.
Bagi anak-anak penggemar dunia LEGO, jom sertainya sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya? Kita pasti akan lebih cerewet ketika memilih produk dan kelengkapan anak. Bukan hanya memikirkan soal bajet, namun perkara paling utama yang perlu difikirkan adalah pastinya menyediakan kelengkapan dan produk terbaik, berkualiti serta serasi untuk si manja.
Dalam menentukan produk anak, misalnya lampin pakai buang yang dipakai anak setiap hari, sememangnya ibu bapa wajar meneliti beberapa perkara agar tidak tersalah memilih.
Jangan Salah Pilih Lampin Pakai Buang
Masalah ruam, alahan pada lampin pakai buang, melecet dan sebagainya merupakan masalah kulit biasa yang dihidapi anak-anak kecil kita. Biarpun biasa, masalah remeh ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan mengakibatkan kulit bayi menjadi tidak selesa malah mendorong masalah kulit lain berpanjangan.
Masalah ruam misalnya akan segera timbul sebaik bayi memakai lampin tidak serasi dengan kulit. Inilah yang ibu bapa patut elakkan dan pastikan pemilihan lampin buat anak benar-benar sesuai malah serasi dengan kulit bayi. Paling penting tidak langsung meninggalkan kesan pada kulit bayi.
Ada beberapa perkara dan tip yang patut ibu bapa awasi. Jadikan panduan ini dalam memilih lampin agar anak lebih selesa.
Pilih Lampin Serasi Kulit
Paling penting pilih lampin yang serasi dengan kulit anak anda. Bagi menguji keserasian kulit anak, walau hanya sekali anak membuang air kecil, ibu sudah boleh melihat samada ia kulit anak kemerahan atau melecet. Nilaikan sendiri. Jika tiada sebarang alahan, ia paling serasi untuk si kecil anda.
Daya Serapan Tinggi
Lampin yang mempunyai daya serapan yang tinggi hingga enam lapisan daya serapan misalnya dapat membuatkan bayi sentiasa kering. Ini pastinya buat bayi kurang risiko terkena alahan dan ruam pada bahagian ini. Bagi kulit anak yang sensitif sebaiknya pilihlah lampin jenis ini.
Elak Terlalu Ketat
Lampin yang terlalu ketat atau tidak sesuai dengan saiz anak akan menyebabkan kemerahan pada keliling pinggang serta bahagian celah kelangkang bayi. Keadaan ini seterusnya akan mengakibatkan alahan yang lebih serius kepada kulit bayi. Bayi mula rasa tidak selesa serta berkemungkinan terjadi keradangan yang serius.
Risiko Lampin Longgar
Namun sebaiknya elakkan juga lampin yang terlalu longgar kerana akan mengakibatkan kebocoran berlaku. Apabila kebocoran berlaku ketika bayi sedang nyenyak tidur pastinya buat bayi rasa tidak selesa malah bayi berdepan dengan kekotoran pada tempoh yang lama dan mengakibatkan masalah jangkitan kuman dan bakteria dari sisa air kencing.
Saiz Tepat
Saiz lampin anak juga perlulah tepat bagi mengelakkan sebarang kesan pada kulit anak. Pilih saiz lampin yang sesuai dengan anak mengikut berat dan umur mereka. Jika celah kelangkang anak mula menampakkan bekas kemerah-merahan, ia petanda lampin yang anda kenakan terlalu ketat dan perlu ditukar dengan saiz baru. Begitu juga pada bahagian pinggang.
Bukan hanya lampin pakai buang, dua produk lain iaitu tisu pelembap dan spray juga merupakan dua produk yang amat penting untuk memastikan kulit bayi bukan hanya bersih malah bebas daripada bakteria dan kekotoran yang berpotensi membuatkan bayi mudah mengalami keradangan pada kulit.
Jadikan Offspring Pilihan Anda!
Jenama Offspring antara salah satu jenama yang cukup diyakini di pasaran. Paling menarik bukan hanya menyediakan produk berkualiti tinggi malah diiktiraf beberapa badan antarabangsa termasuk Australian Allergy Certified, FSC Certified Sustainable Forest, Certified Allergy-Safe yang diuji dan diluluskan oleh German Dermatologists serta banyak lagi sebagai produk yang diyakini baik bagi kulit anak-anak kecil kita.
Chlorine Free Fashion Diapers
Chlorine Free Fashion Diapers, lampai pakai buang dari jenama Offspring ini bukan hanya cukup selesa malah paling utama ia direka dengan Duo-Layer Core yang menyerap lembapan dengan lebih cepat. Dengan daya serapan dua kali ganda ini membolehkan permukaannya kering dan bayi semakin bertambah selesa.
Bukan itu sahaja malah ia bebas klorin malah diperakui oleh Certified Sustainable Forest (FSC) serta sebagai produk yang selamat, bebas pengudaraan untuk kulit bayi disamping mengelakkan ruam dan kerengsaan pada kulit.
Bukan itu saja, paling menarik, lampin pakai buang Offspring ini direka dengan pelbagai corak comel dan cute termasuklah corak buah-buahan, daun-daunan serta beberapa corak yang pastinya meninggalkan kenangan paling manis ketika anak-anak masih kecil.
Berbanding lampin pakai buang lain, lampin pakai buang dari Offspring ini cukup unik. Tarikan untuk ibu bapa yang inginkan kelainan. Cantik!
Offspring Plant Based Wipes
Selain lampin pakai buang, tisu pelembap juga antara keperluan wajib untuk bayi. Offspring Plant Based Wipes antara produk yang cukup diyakini. Ia diformulasi daripada lebih 99 peratus air yang ditapis malah diperbuat daripada bahan-bahan organik yang terdiri daripada minyak zaitun organik, minyak bunga calendula, aloe vera dan juga chamomile. Bukan itu sahaja malah formulasi hebat ini juga turut diakui oleh EWG sebagai produk bebas toksid.
Pek dengan saiz 17x 20cm ini bukan hanya lembut bahkan ia tidak mudah koyak dan tahan lama kelembapannya. Dengan saiznya yang besar membuatkan penggunaannya lebih mudah untuk kegunaan pelbagai.
Bukan itu sahaja malah tisu pelembap ini juga diperbuat dengan 100 peratus Biodegradasi malah bebas klorin (tiada pemprosesan klorin selama penghasilan bahannya berbanding dengan polyster tisu (berasaskan plastik). Ia juga selamat pada mulut dan kulit bayi serta dibuat tanpa alkohol yang mengeringkan kulit bayi.
Rinse Free Bum Cleansing Spray
Ketika mempersiapkan bayi, pastinya tangan ibu tidak terlepas daripada terkena pelbagai kotoran seperti kesan air kencing dan sebagainya yang terlekat pada tangan ibu. Begitu juga dengan kulit bayi. Rinse Free Bum Cleansing Spray dari Offspring ini patut anda bekalkan di dalam beg bayi anda.
Spray kan sahaja dan pastinya ia lebih bersih. Paling menarik ia diperbuat tanpa alkohol, tanpa pewangi serta tanpa SLS dan paraben malah paling utama ia bersifat membersih dan melindungi kulit.
Dengan gabungan calendula organik, jus chamomile dan serta aloe vera pastinya membuatkan kulit terus selesa dan selamat.
Jadikan tiga produk ini antara produk terbaik wajib ada dalam kelengkapan bayi anda. Pastikan hanya yang terbaik, selamat dan diyakini untuk kulit si manja!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.