Betul-betul dalam dilema kalau anak tak suka makan sayur. Hingga akhirnya ibu pun jadi buntu dan malas nak paksa.
Bagi ibu yang masih nak tarik minat anak makan saya jangan putus asa mencuba. Walaupun tak banyak anak makan, sekurang-kurangnya dia rasa juga kan.
Jom try cara paling mudah iaitu brokoli celup tepung yang dikongsikan Puan Ezzaty Sufian pada anak-anaknya yang sebelum ini tak suka makan sayur sekarang dah boleh makan.
Ads
Rangup kat luar, lembut di dalam. CONFIRM anak suka dan ketagih nak makan. Sebab kan, brokoli ini rupa-rupanya rasanya manis gitu.
Ads
Kalau selama ini nak makan brokoli celup tepung kena naik Cameron Highlands. Sekarang tak perlu dah. Tiap-tiap hari boleh buat sendiri kat rumah.
Ads
Bukan brokoli je tau boleh buat cara ni. Kita boleh buat guna baby corn atau cauliflower juga. Untuk anak-anak bagi ratah macam tu je. Untuk kita ibu ayah, kalau ada kewpie sos lagilah melayan makannya. Nyummmmm.
4 bahan je yang kita perlu. Brokoli, tepung beras, tepung rangup dengan satu sudu tepung gandum. Kalau untuk orang dewasa, boleh tambah serbuk paprika untuk pedas dan juga air garam.Basuh bersih lepastu potong comel-comel dan nipis-nipisTambahkan sesudu besar tepung gandum. Kacau lagi semuanya.Dah ready nak digoreng. Jangan direbus pulak tau. Nanti bubur jadinya.Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan brokoli. Guna api besar je terus sebab nak elak dari makan minyak cucurnya tu. Cuma kan, jangan tinggal kita punya brokoli. Nak mengenang nasib pun tak sempat. Takut rentung brokoli kita. Dalam 3-4 minit je dalam kuali. Bila brokoli dah tukar warna perang, kita dah boleh angkat dan toskanBrokoli rangup dah ready nak kena ngappp.
Ezzaty Suffian
Rugi tau tak cuba bagi anak makan brokoli. Sebab brokoli salah satu SUPERFOOD yang banyak sangat khasiat untuk anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali mencuba menu baru untuk keluarga pasti buat anak-anak suka. Apa kata kali ini kita cuba resipi Pepes Ayam mudah untuk anak-anak, persiapan dihujung minggu.
Resipi ringkas lagi sedap yang dikongsikan oleh Pn Rosmizah Yussof ini memang istimewa. Gabungan rempah-rempah yang baik untuk kesihatan tubuh. Jom cuba!
Pepes Ayam. Sedap di makan panas-panas. Cuti-cuti ni bolehlah buat untuk makan dengan family. Mesti anak-anak suka.
Bahan-bahan
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis
Bahan yang siap diblender.
Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan dan gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sampai bahan menjadi pekat.
Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air.
Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam. Gaul sebati.
Sediakan daun pisang. Potong lebih kurang 3×4 inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.
Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka (digalakkan pakai lidi). Hasil yang telah dibungkus.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit. Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.
Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven. Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.
Siap untuk dihidang. Kalau tak ada daun pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak. Dah siap baru di potong dan dibakar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gabungan rasa masam, manis dan lemak mangga bersama cheese memang kombinasi yang Mango Cheese Cake ‘perfect!’.
Nak buat pun senang je, tak perlu bakar. Hanya simpan di dalam peti sejuk semalaman atau 3-4 jam, dah boleh makan. Jom ikuti resipi yang dikongsi ini.
CRUST BISKUT:
CREAM CHEESE:
PURI MANGGA:
CARA-CARA:
1. Crust biskut: kisar halus biskut marie dan campur bersama bijirin nestum.
2. Cairkan mentega. Campur ke dalam biskut dan bijirin Nestum tadi. Kacau rata.
3. Masukkan crust biskut ke dalam bekas mini dan tekan bagi padat sikit. Simpan di dalam peti ais selama 1-2 jam.
4. Cream cheese: Potong 1 biji mangga, kisar dengan air dan gula hingga halus. ½ biji lagi dipotong kiub. Saya guna mangga susu yang bersaiz sederhana besar ye.
5. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
6. Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental. Kemudian, campur ke dalam cream cheese tadi. Pukul lagi hingga kembang.
7. Sementara itu, larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika.
8. Masukkan mangga yang telah dikisar tadi dan gelatin. Pukul rata.
9. Campur mangga yang dipotong kiub. Kacau dengan senduk hingga sebati. Tuang adunan ke atas crust biskut. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam hingga keras.
10. Puri mangga: Kisar 1 ½ biji mangga dengan gula dan air masak hingga halus. 1 biji lagi dipotong dadu untuk hiasan/topping.
11. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. Kemudian, campur ke dalam puri mangga berserta pewarna kuning. Kacau sebati.
12. Tuang ke atas cream cheese dan tabur dengan mangga. Simpan di dalam peti ais selama 2 jam hingga set. Sedia dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!