Betul-betul dalam dilema kalau anak tak suka makan sayur. Hingga akhirnya ibu pun jadi buntu dan malas nak paksa.

Bagi ibu yang masih nak tarik minat anak makan saya jangan putus asa mencuba. Walaupun tak banyak anak makan, sekurang-kurangnya dia rasa juga kan.

Jom try cara paling mudah iaitu brokoli celup tepung yang dikongsikan Puan Ezzaty Sufian pada anak-anaknya yang sebelum ini tak suka makan sayur sekarang dah boleh makan.

IKLAN

Rangup kat luar, lembut di dalam. CONFIRM anak suka dan ketagih nak makan. Sebab kan, brokoli ini rupa-rupanya rasanya manis gitu.

IKLAN

Kalau selama ini nak makan brokoli celup tepung kena naik Cameron Highlands. Sekarang tak perlu dah. Tiap-tiap hari boleh buat sendiri kat rumah.

IKLAN

Bukan brokoli je tau boleh buat cara ni. Kita boleh buat guna baby corn atau cauliflower juga. Untuk anak-anak bagi ratah macam tu je. Untuk kita ibu ayah, kalau ada kewpie sos lagilah melayan makannya. Nyummmmm.

Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak. Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan
4 bahan je yang kita perlu. Brokoli, tepung beras, tepung rangup dengan satu sudu tepung gandum. Kalau untuk orang dewasa, boleh tambah serbuk paprika untuk pedas dan juga air garam.
Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak. Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan
Basuh bersih lepastu potong comel-comel dan nipis-nipis
Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak. Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan
Tambahkan sesudu besar tepung gandum. Kacau lagi semuanya.
Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak. Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan
Dah ready nak digoreng. Jangan direbus pulak tau. Nanti bubur jadinya.
Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak. Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan brokoli. Guna api besar je terus sebab nak elak dari makan minyak cucurnya tu. Cuma kan, jangan tinggal kita punya brokoli. Nak mengenang nasib pun tak sempat. Takut rentung brokoli kita. Dalam 3-4 minit je dalam kuali. Bila brokoli dah tukar warna perang, kita dah boleh angkat dan toskan
Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak. Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan
Brokoli rangup dah ready nak kena ngappp.

Ezzaty Suffian
Rugi tau tak cuba bagi anak makan brokoli. Sebab brokoli salah satu SUPERFOOD yang banyak sangat khasiat untuk anak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI