Rasanya dalam banyak-banyak resipi kek, kek coklat antara yang selalu menjadi pilihan. Bagi mama yang masih ada lagi lebihan barang buat biskut tempoh hari, apa kata cuba buat resipi Kek Brownie Lembab.
Kek ni ala-ala kek coklat moist juga tetapi stepnya seperti buat brownies juga. Cumanya untuk brownies biasa tu bahagian atasnya berkedut dan tiada topping coklat serta sedikit ranggup apabila kita gigit.
Untuk brownie lembab air tangan Puan Ieda Jahaya ini, ia lebih moist kerana dikukus. Cara buatnya sangat mudah.
Resipi Brownie Lembab Sedap
110g coklat beryls
180ml minyak jagung
Double boiler coklat hingga larut. Kacau..tutup api, kemudian masuk minyak jagung. Kacau hingga nampak licin kilat dan sebati. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, mix
4 biji telur bersama
Sedikit esen vanila
150g gula castor
1sdt ovelet
Mix hingga nampk gebu putih
Ayak
140g tepung gandum
60g serbuk coklat van houten..jenama lain pun boleh
1sdt baking powder
Masuk bahan ayak dalam adunan telur. Sikit demi sikit. Kaup balik adunan hingga sebati.
Masuk coklat masakan tadi kacau hingga sebati. Panaskan kukusan, oles loyang dengan minyak. Lapik baking paper
Kukus 40 minit atau hingga masak. Sejukkan dahulu kek, baru curahkn coklat cair
Untuk topping coklat
1 cawan whipping cream. double boil dahulu. Kemudian masuk 1 cawan coklat masakan.
Kacau hingga larut, tutup api. Kacau lagi, masuk 1sdt minyak jagung, kacau sekejap hingga sebati. Bolehlah tuang di atas kek. Siap
Kredit: Ieda Jahaya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI