Buah naga biasanya kita makan begitu sahaja. Jika anda suka makan puding, bolehlah cuba buat puding buah naga. Kita cipta kelainan sedikit. Warna semula jadi daripada buah naga itu sendiri membuatkan puding nampak cantik dan menyelerakan.
Buah Naga Bagus Untuk Ibu Hamil
Banyak khasiat buah naga terutama kepada ibu hamil. Berikut dikongsikan khasiat buah naga untuk ibu hamil:
*Membantu pertumbuhan tulang.
*Meningkatkan hemoglobin (Hb)
*Elak sembelit.
*Elok untuk kulit.
*Sumber karbohidrat yang baik.
*Mengawal gula dalam darah.
Jom kita cuba buat puding buah naga mengikut resipi seperti yang dikongsikan.
Buat Puding Pun Sedap
RESIPI PUDING BUAH NAGA
Ikut Resipi Ini Kalau Nak Dapat Berkilat Cantik Macam Cermin
Bahan-bahan:
LAPISAN PUDING:
2 setengah cawan air
7g serbuk agar agar ( guna yg 1 paket 10g tu sahaja)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula (100g)
1/2 cawan dairy whipping cream (optional)
1/2 cawan buah naga yg dikisar halus
Sedikit garam
LAPISAN JELI:
3 gm serbuk agar agar
2 setengah cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan buah naga yang dikisar
Cara membuat:
LAPISAN PUDING:
1. Masukkan ke semua bahan lapisan ini, kacau sampai mendidih. Apabila sudah mendidih matikan api dan masukkan buah naga yang dipotong dadu. Sebatikan.
2. Tuang separuh sahaja dari adunan ke dalam loyang 8 inci. Bagi suam dulu baru masuk dalam peti sejuk sekejap sementara buat lapisan jeli.
LAPISAN JELI:
1. Masukkan semua bahan dan kacau hingga mendidih. Matikan api dan tuang perlahan- lahan ke atas puding tadi. Jika puding sudah mengeras sepenuhnya wajib cucuk-cucuk dengan garpu.
2. Jika puding anda masih separuh set (boleh nampak tekstur puding berkedut-kedut sikit jika digoyangkan, itu bermakna separuh sejuk jadi tidak perlu cucuk.
3. Tuang perlahan-lahan dan sejukkan dalam peti sejuk selama lima minit.
4. Adunan puding pastinya akan mengeras semula. Lebihan untuk lapisan puding tadi panaskan semula di atas dapur dan tambah air suam sedikit. Kacau hingga mendidih. Matikan api dan tuang perlahan-lahan ke atas jeli tadi.
5. Sejukkan selama empat jam dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.
Sumber: Muhammad Ali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI