Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Artikel ini akan berkongsi tentang kenapa makanan pepejal perlu dimasak dahulu sebelum diberikan pada bayi anda.
Ikuti artikel ini.
Lima sebab perlu masak makanan pejal:
1. Mengurangkan risiko tercekik Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.
Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah.
Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.
2. Pencernaan seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.
Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.
3.Reaksi alahan Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya. Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi. .
4. Pencemaran Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan. Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja.
5. Rasa Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak. Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.
Kredit: Kakra
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI