Mood anak-anak sememangnya sukar diduga. Ada yang gemar makan nasi namun ada pula yang lebih gemar makan roti sahaja. Begitu juga dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditolak mentah-mentah oleh anak kecil kita.
Ada anak-anak yang hanya makan buah-buahan tetapi tidak suka makan sayur. Bagi mengatasi masalah ini, ilham kreatif yang dikongsikan oleh Ariezul Qawiy ini mampu menarik perhatian anak-anak untuk menjamah kedua-duanya, baik buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sejukkan dan bekukan antara tarikan yang dapat menarik minat anak. Paling penting anak boleh makan pelbagai jenis buah dan sayur. Tak perlu nak cepat-cepat habiskan satu jenis buah atau sayur. Cara ini juga boleh elakkan pembaziran.
Bila dibekukan anak tak perasaan rasa buah dan sayur sebenar, sedar-sedar dah habis. Yang penting anak dapat khasiat dan zatnya masih kekal sama.
Cuba buat experiment dengan pelbagai buah dan sayur tempatan.
Ads
Frozen Vege
Note : Tidak sesuai untuk sayur berdaun dan mengandungi banyak kandungan air
Contoh sayur yang sesuai : keledek, jagung, brokoli, lobak, kacang peas, kobis bunga, kacang panjang, kacang buncis, capsicum, zucchini, asparagus.
Ads
1. Make sure sayur sudah mencapai tahap kematangan yang optimal (sedap untuk dimasak) 2. Basuh bersih-bersih dan buang bahagian yang tidak diperlukan dan lembik. 3. Potong ikut saiz makan. 4. Blanch – masukkan dalam air mendidih dan sejukkan dalam ais (Tempoh adalah berbeza mengikut jenis sayur. Boleh google.) 4. Letak atas tray supaya tak bersentuhan antara 1 sama lain 5. Bekukan dalam 3 ke 5 jam. 6. Simpan dalam ziplock bag dan bekukan.
Frozen Fruits
Note : Tidak sesuai untuk buah yang mengandungi banyak kandungan air
Contoh buah yang sesuai : Pisang, mangga, strawberry, semua jenis berry, peach, nenas, betik mekal.
Ads
1. Make sure anda sudah puas hati dengan rasa buah (dah betul-betul masak) 2. Basuh bersih-bersih, buang kulit, tangkai dan daun-daun. 3. Potong ikut saiz sekali makan. 4. Letak atas tray supaya tak bersentuhan antara 1 sama lain 5. Bekukan dalam 3 ke 5 jam. 6. Simpan dalam ziplock bag dan bekukan.
Bila nak makan/masak, keluarkan sekejap dan terus makan/masak. Buah/sayur akan lembik sikit. Tapi kualiti dan rasa masih sama (dalam tempoh 2 ke 3 bulan) Kualiti akan menurun selepas tempoh tersebut, tetapi masih selamat di makan selama beberapa tahun ia dibekukan.
Info Makanan/Buah/Sayur Sejuk Beku
* Makanan sejuk beku/sayur dan buah adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar.
* Walaupun disejukbekukan, ia tetap mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya.
* Semua jenis buah dan sayur, jenis ubi, kekacang yang sesuai, ayam, ikan daging boleh dibekukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini kita cuba menghasilkan peanut butter sendiri, apa kata kali ini kita cuba pula menghasilkan mayonis sendiri untuk anak-anak.
Tidaklah sesukar mana, hanya menggunakan lima bahan sahaja, mayonis sedap tersedia untuk anak makan dengan sebarang hidangan.
Nak buat macam mana? Ikuti perkongsian resipi dan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Kejap sangat tak sampai 3 minit pun nak buat mayonis sendiri. Saya buat mayonis, guna 5 bahan je. Tak susah hati kan anak nak makan.
Antara sebab utama saya dapatkan Thermomix, nak kurangkan anak-anak dari makanan ultra processed. Dan mayonis salah satunya yang anak-anak saya suka.
Bila buat sendiri, kita boleh guna bahan yang terpilih, bahan yang lebih baik untuk anak-anak makan.
Bahan yang saya guna; 1. Minyak 2. Susu segar 3. Garam Himalaya 4. Gula tebu asli 5. Air perahan lemon
Mula saya masukkan susu, gula dan garam, mix 20 saat.
Kemudian mix kan bagan tadi, 2 minit. Sementara tu, masukkan minyak dari atas lubang lid.
Selesai 2 minit, masukkan air perahan lemon, mix sekali lagi 30 saat.
Tadaaa. 2 minit 50 saat je buat mayonis. Expressss kan!
Yang penting, kita tahu bahan apa kita letak dalam mayonis. Tak ada gula berlebihan. Tak ada pengawet tiruan. Tak ada aditif tambahan. Tak ada maltodekstrin.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Resipi sedap dan mudah untuk kek coklat moist. Teksturnya yang lembap memang sekali makan tak puas. Seisi keluarga pun akan suka kalau anda buat ni.
Nak lagi sedap letak toping yang leleh lagi anak-anak suka. Yang penting caranya buatnya mudah. Anda yang tak biasa buat pun mesti akan jadi kalau buat.
Jom tengok perkongsian resipi kek coklat moist dari Nurul Syafirah.
Kek coklat moist leleh
Bahan A :
1 cwn serbuk koko (guna yang dark lagi sedap)
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
**masak atas api perlahan, kacau hingga tak berketul..
Bahan B :
1 1/4 cwn tepung gandum
1sk soda
1sk baking
*ayak bahan di ats..
3 biji telur gred A
1sk esen vanila
Cara-cara :
1) Masukkan telur sebiji2 ke dlm bahan A.. setiap kali msukkan telur mix 1 minit..
2) Masukkan esen vanila..
3) Masukkan bahan2 yg diayak dan mix sebati..
4) Sapu minyak pada loyang size 8.. mmg sje guna loyang besar nk bg kek nipis lapik baking paper tuangkan adunan..
5) Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana ye…
Sesekali berkreatif dengan hidangan anak pastinya buat anak makin berselera. Murtabak Mi Baby yang dipotong jejari comel antara hidangan kreatif, mudah dan sedap yang boleh diberikan untuk anak.
Paling menarik, hendak membuatnya pun cukuplah mudah. Hanya tambahkan sedikit sayuran dan protein seperti ayam dan telur dalam hidangan untuk melengkapkan nutrisinya. Jom cuba resipi ringkas dari Pn Fad Salikon ini.
Mudah je, enam langkah. Mak tak kreatif nak bentuk-bentukkan makanan. Potong-potong je mudah.
Bahan-bahan:
Mi -direbus
Ayam dan telur
Bawang merah
Bawang putih
Lobak merah
Brokoli
Stim ayam dan sayur. Rebus mi siap-siap.
Blender kesemua bahan lain kecuali mi. Gaulkan semua bahan sekaligus.
Celup telur lalu gorengkan di atas minyak panas mengikut kreativiti ibu-ibu.
Gorengkan hingga garing.
Potong memanjang ikut saiz tangan anak, senang anak nak pegang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!