Masih belum sempat nak buat biskut raya? jangan risau sebab anda boleh ikut cara Puan Nadirah Mahamad ini membuat 3 jenis cookies ala Famous Amos dengan bancuhan tepung yang sama. Jimat masa, cookies pun memang sedap buat kunyah-kunyah masa raya nanti.
Nak cakap terima kasih kepada semua yang sudi share resepi cookies yang sedap ni… Saya try buat 3 jenis cookies dengan pakai bancuhan tepung yang sama..alhamdulillah menjadi
RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS
(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)
Bahan A: Kacau Rata Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati. * 250 gram Butter
* 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 biji telur (kalau gred b pakai 2 biji) Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B * 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 6 sudu besar minyak
Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan..
Ads
1) RED VELVET COOKIES -letak 2 sudu serbuk koko
-letak pewarna merah (letak sampai warna jadi cantik)
-untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je..)
Ads
2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES -yg just tambahkan topping dia ja callebaut dark choc coin tu dgn nestum..
3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES -letak serbuk koko dalam 4 sudu
-letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa2 yg korang suka ok) Seterusnya…. Sejukduna Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam..
Kemudian….
Ads
Sedia Dibakar Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.
Masukkan Dalam Oven Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Menu ayam antara favourite anak-anak. Tak kisahlah masak apa pun, jika lauk ayam, laju je anak makan. Kali ini mama boleh cuba buat paprik ayam macam kedai Thai.
Sebenarnya air tangan mama tu lagi sedap tau. Ni resepi Ayam Paprik Ala Thai terlajak sedap dari Liza Idris. Menu paling anak-anak suka. Masak apa yang ada ja.
Bahan-bahan diperlukan:-
500 gram isi ayam
2 sudu besar cili kisar.
3 ulas bawang putih diketuk hancur.
1 inci halia hiris nipis.
1/2 biji bawang holand.
3 biji cili padi diketuk.
1 biji cili merah dan hijau.
1 batang serai dititik.
5 helai daun limau purut.
Sedikit bunga kubis.
1 batang lobak merah.
Bahan sos:-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
(Satukan sos dalam bekas)
Cara masak ada pada setiap gambar ya.
Panaskan sedikit minyak. Masuk bawang putih, halia dan serai.
Masuk 2 sudu besar cili kisar. Kacau sampai cili masak sedikit.
Masuk isi ayam. Kacau-kacau hingga ayam separuh masak.
Letak pula adik beradik sos yang disatukan. Barula padu.
Masuk daun limau purut yang dibuang tengahnya. Kacau bagi mesra. Biar pecah minyak
Dah boleh masuk bunga kubis dan lobak merah. Kalau ada kacang panjang dan putik jagung lagi sedap.
Masuk sedikit air dalam bekas sos tadi, kocak dan tuang dalam kuali.
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu tunggu hari raya, apa kata mama sediakan siap-siap bekalan kudapan anak-anak dengan biskut M&M ini yang pastinya buat anak teruja nak makan.
Resipinya ringkas dan senang nak dapat. Jom cuba perkongsian resipi Pn Suraya Yaacob.
Hai korang. Share balik resepi biskut M&M ni sebab biskut ni terpaling senang dan sedap dan cantik. Buat malam tadi, ½ jam je dah siap.
Gaul-gaul pakai senduk je. Pastu bakar dalam oven. Bila biskut dah masak tinggal dalam oven supaya biskut ni sejuk. Bangun pagi tadi baru packing. Ok ni resepi nya.
Bahan-bahan:
1 ketul butter (250gm)
Saya pakai anchor kena tambah sikit butter lain bagi cukup 250gm
1 biji telur
1 cawan gula perang
3 cawan tepung gandum
1 cawan cornflakes diramas kasar
Coklat M&M dan coklat chip secukupnya
Mula-mula gaulkan butter dengan gula perang.
Kemudian tambahkan telur.
Kemudian masukkan tepung. Gaul adunan sebati.
Masukkan pula cornflakes.
Masukkan pula coklat yang dicincang untuk gantikan coklat chip.
Ni doh yang dah siap.
Gentel bulat macam ni dan letak coklat M&M di atasnya.
Susun dalam dulang jarak-jarak dan bakar 150°c selama 15-20 minit.
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Adik jangan bersulam air, nanti buncit” pernah dengar tak ayat ni? Biasanya mak-mak sangat marah jika bersulam air. kononnya akan menyebabkan perut buncit? Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan?
Berikut 3 mitos yang sering menjadi kepercayaan ramai.
Makan sambil minum punca perut buncit?
Terdapat dakwaan kononnya tabiat makan bersulam air ini boleh mendatangkan masalah pada sistem pencernaan.
Ada juga mengatakan makan sambil minum boleh menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya mewujudkan pelbagai masalah kesihatan.
Pastinya anda mungkin tertanya-tanya adakah benar segelas air yang diminum sambil makan itu boleh memberikan kesan negatif – atau ia sekadar mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu, kan?
Memahami sistem pencernaan
Pertama sekali, untuk mengetahui mengapa tabiat makan sambil minum dianggap boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan, anda perlu memahami bagaimana proses pencernaan yang normal.
Umumnya, proses tersebut bermula sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan di dalam mulut.
Apabila kunyahan dimulakan, ia petanda kelenjar air liur anda mula menghasilkan air liur yang mengandungi enzim untuk membantu memecahkan makanan.
Sebaik sahaja makanan yang dikunyah itu tiba ke bahagian perut, ia akan bercampur dengan jus gastrik berasid. Jus ini berfungsi untuk memecahkan dan menghasilkan cecair pekat yang dikenali sebagai chyme.
Saluran usus
Pada saluran usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan daripada pankreas dan asid hempedu yang dihasilkan hati.
Ia akan memecahkan chyme dan menyediakan nutrien untuk diserap ke dalam aliran darah tubuh anda.
Sebahagian besar nutrien diserap ketika chyme bergerak melalui usus kecil anda. Hanya sebahagian kecil nutrien yang tertinggal untuk diserap apabila tiba ke saluran usus besar.
Apabila nutrien memasuki saluran darah, ia akan bergerak ke pelbagai organ dan bahagian tubuh anda.
Proses sistem pencernaan akan berakhir apabila bahan-bahan yang tersisa disingkirkan daripada badan.
Bergantung kepada jenis makanan yang anda makan, proses pencernaan boleh memakan masa antara 24 hingga 72 jam. Lama, kan?
Tabiat makan sambil minum punca masalah sistem pencernaan?
Pengambilan air yang secukupnya pada setiap hari menawarkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada tahap kesihatan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang mempercayai bahawa tabiat makan sambil minum adalah idea yang tidak baik.
Berikut adalah 3 kepercayaan biasa yang menjadi hujah untuk menyokong dakwaan bahawa air atau cecair yang diminum sambil makan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada sistem pencernaan.
Hujah 1: Minuman beralkohol dan berasid jejaskan fungsi air liur
Bagi sesetengah individu, mereka berpendapat bahawa mengambil minuman beralkohol atau berasid dengan makanan akan mengeringkan air liur.
Keadaan tersebut sekali gus akan menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna makanan.
Sememangnya alkohol mengurangkan penghasilan air liur sebanyak 10 hingga 15% per unit alkohol. Tetapi ia tidak melibatkan minuman dengan kadar kepekatan alkohol rendah seperti bir atau wain.
Manakala, minuman berasid pula akan meningkatkan rembesan air liur.
Pada akhirnya, tiada bukti saintifik untuk mengesahkan minuman beralkohol atau berasid yang diambil secara sederhana boleh memberikan kesan negatif kepada pencernaan ataupun penyerapan nutrien.
Hujah 2: Air, asid perut dan enzim pencernaan
Banyak dakwaan menyatakan makan sambil minum air akan mencairkan asid perut dan enzim pencernaan. Ini akan menjadikan tubuh lebih sukar mencerna makanan.
Pun begitu, dakwaan yang menunjukkan sistem pencernaan tidak dapat menyesuaikan rembesannya dengan konsistensi makanan adalah salah.
Hujah 3: Cecair dan kelajuan proses pencernaan
Kepercayaan ketiga yang sering digunakan sebagai hujah adalah cecair yang diambil semasa makan akan meningkatkan kelajuan makanan pejal disingkirkan daripada perut.
Ini dianggap dapat mengurangkan waktu hubungan makanan dengan asid perut dan enzim pencernaan, sehingga menjejaskan pencernaan.
Malangnya, tiada kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini.
Bahkan, dalam kajian pemerhatian yang menganalisis proses pengosongan perut menunjukkan, walaupun cecair melalui sistem pencernaan lebih cepat daripada pepejal, namun ia tidak mempengaruhi tahap kelajuan pencernaan makanan pejal.
Kesimpulannya – makan sambil minum sama ada air, minuman beralkohol atau berasid tidak akan menjejaskan proses pencernaan makanan dalam tubuh anda.
Tabiat makan sambil minum kurangkan pengambilan makanan
Hakikatnya, makan bersulam air boleh memberikan anda ‘masa berehat’ di antara setiap kunyahan makanan.
Ia secara tidak langsung membuat anda mempertimbangkan sama ada diri sudah berasa kenyang atau masih lapar.
Ini pastinya dapat mengelakkan tabiat makan berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.
Bantu bakar kalori
Malahan, melalui hasil kajian 12 minggu yang dilakukan, peserta yang minum 500 ml air sebelum makan kehilangan 2 kg lebih banyak berbanding mereka yang tidak.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minum air boleh mempercepatkan metabolisme tubuh sekitar 24 kalori untuk setiap 500 ml air yang diambil.
Perlu diingatkan bahawa kebanyakan cecair yang diambil adalah air kosong dan bukannya air yang mengandungi kalori tambahan.
Berdasarkan satu tinjauan, jumlah pengambilan kalori adalah 8 hingga 15% lebih tinggi apabila seseorang individu itu makan sambil minum air bergula, susu, atau jus.
Oleh itu, jadikan tabiat minum air kosong sebagai satu pilihan yang sihat dan bukannya air manis, okay?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...