Buat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos. Guna Bancuhan Sama Je, Jimat Masa & Mudah Biskut Pun Sedap!

Share

Masih belum sempat nak buat biskut raya? jangan risau sebab anda boleh ikut cara Puan Nadirah Mahamad ini membuat 3 jenis cookies ala Famous Amos dengan bancuhan tepung yang sama. Jimat masa, cookies pun memang sedap buat kunyah-kunyah masa raya nanti.

Nak cakap terima kasih kepada semua yang sudi share resepi cookies yang sedap ni… Saya try buat 3 jenis cookies dengan pakai bancuhan tepung yang sama..alhamdulillah menjadi

RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS
(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)

Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.
* 250 gram Butter
* 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 biji telur (kalau gred b pakai 2 biji)

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Resipi wajib cuba: Resipi Rendang Kerang Sedap, Makan Time Raya. Cicah Dengan Ketupat, Memang Padu!

Tambahkan Bahan B
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 6 sudu besar minyak

Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan..

1) RED VELVET COOKIES
-letak 2 sudu serbuk koko
-letak pewarna merah (letak sampai warna jadi cantik)
-untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je..)

2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES
-yg just tambahkan topping dia ja callebaut dark choc coin tu dgn nestum..

3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES
-letak serbuk koko dalam 4 sudu
-letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa2 yg korang suka ok)

Seterusnya….
Sejukduna
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam..
Kemudian….

Sedia Dibakar
Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.

Masukkan Dalam Oven
Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

selamat mencuba !

Kredit: Nadirah Mahamad (MAHN)

Resipi wajib cuba: Resipi Sate Paling Simple Nak Buat! Rasa Sedap Hidang Masa Raya, Anak Pun Suka!

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah