Kuasa pelukan tiada siapa boleh nafikan, boleh membentuk anak menjadi lebih tenang dan lembut hati. Syaratnya perlu lakukan beberapa perkara ini supaya pelukan lebih berkesan.

Pelukan, cara menyatakan kasih sayang yang digunakan oleh seluruh lapisan umur, kanak-kanak juga tdak terkecuali. Memeluk dan dipeluk kedua-duanya memberikan kesan positif kepada emosi apatah lagi jika dilakukan oleh ibu ayah sendiri.

Pelukan ‘menyampaikan’ rasa kasih sayang ibu ayah yang sangat mudah, tanpa keluarkan apa-apa modal. Anak-anak bila rasa disayangi, akan lebih mudah dibentuk dan emosinya lebih stabil.

Dr Taufiq Razif berkongsi teknik efektif memeluk anak agar ia memberikan impak yang lebih baik kepada perkembangan anak. Katanya walau senakal mana pun anak, akan lembut hatinya, demikian kuatnya kuasa pelukan yang betul.

Sekiranya salah cara, walau pun dipeluk setiap hari, anak boleh melawan dan keras hati serta sukar dibentuk.

“Mungkin cara kita peluk anak selama ni tidak betul. Itu sebabnya anak makin keras dan melawan!

Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.

Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita!

IKLAN

Mungkin salah kita sebab kita tak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.

Buat 4 Perkara Ini Masa Peluk Anak, Baru Kesannya Anak Dapat Rasa! Lebih Tenang & Lembut hati

Sini saya nak kongsi cara peluk yang betul :

#1 Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.

#2. Melutut dulu, biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh je mintak maaf. Tak jatuh pun derajat mak ayah kalau mintak maaf kat anak.

IKLAN

Buat 4 Perkara Ini Masa Peluk Anak, Baru Kesannya Anak Dapat Rasa! Lebih Tenang & Lembut hati

#3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke ?

#4. Dah berjaya peluk anak tu, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.

5. Ingat tau, jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!

IKLAN

6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.

7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!

Buat 4 Perkara Ini Masa Peluk Anak, Baru Kesannya Anak Dapat Rasa! Lebih Tenang & Lembut hati

Anak yang Love Language dia adalah Physical Touch lagi lagi la kena peluk selalu.

Sebab mereka faham kasih sayang tu adalah sentuhan fizikal. Itu corak pemikiran mereka.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI