Buat 9 Langkah Ini Kenalkan Telur Pada Bayi. Baru Tahu Anak Alergik Atau Tak!

Share

Masih ada ibu yang belum tahu langkah nak perkenalkan telur kepada bayi. Menu telur boleh mula diberikan kepada bayi berusia 8 bulan ke atas.

Berikut dikongsikan langkah-langkah penting untuk perkenalkan telur kepada bayi.

9 Langkah yang wajib dibuat untuk kenalkan telur kepada bayi

Minggu 1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu

Minggu 2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu

Minggu 3: 1 biji telur kuning sahaja

Minggu 4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu

Minggu 5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu

Minggu 6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu

Minggu 7: 1 biji penuh telur

Minggu 8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu

Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu

Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur? Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan bayi alergik kepada telur.

Manakala putih telur pula mengandungi 4 protein yang boleh menyebabkan alergik.

Selamat mencuba

Kredit: Resepi Makanan Bayi (Nuyu Cuma)

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy