Pelawak Ali Puteh telah berkongsi luahan hatinya pada foto anakanda tercinta, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dimuat naik di laman sosial.
Menerusi posting tersebut Ali seperti meninggalkan pesanan kepada Sharifah Ainul Mardiah atau lebih mesra dipanggil Ainul supaya terus kuat menempuhi hari mendatang.
Lebih menyentuh perasaan apabila Ali memberitahu kepada Ainul supaya tidak perlu bimbang tentang wanga ringgit kerana dia akan usahakan, walaupun susah dan perit.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…Untuk anak walid dan ibu Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
“Walid tahu kamu kuat…Soal duit walid usahakan…biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yang penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ali turut mendoakan kesihatan Ainul dan meminta supaya Ali dan isteri terus berdoa dan kuat untuk puterinya itu.
Ainul yang kini dah berusia 2 bulan lebih berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas.
Sekarang Ainul sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan buat sementara waktu ditempatkan di tempatkan di Hospital Ampang untuk menjalani rawatan.
Sumber: ig Ali Puteh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rangkaian menu herba dan ginseng ini seakan sudah sebati di kalangan masyarakat Cina. Tak hairanlah amalan minum herba ini turut sama digunakan sebagai makanan utama bagi wanita berpantang.
Dalam masyarakat Cina, ginseng, kurma merah dan goji memang tak asing lagi, dan mereka sangat arif tentang khasiat herba-herba ni. Antara khasiatnya termasuklah menguatkan daya tubuh badan serta menguatkan ingatan.
Selain itu herba ini juga dipercayai membantu melancarkan peredaran darah dan sistem saraf serta mengatasi masalah imsomnia.
Untuk ibu yang berpantang sambil menyusukan anak sepenuh masa memang sangat-sangat digalakkan untuk Milkbooster semula jadi dan kurma merah dapat memutihkan kulit bayi.
Dua resipi ini antara yang dapat membantu sebagai milkbooster terbaik waktu pantang.
Resepi Pertama
Sup Ayam Herba Ginseng ( Tidak sesuai untuk ibu hamil kerana akar ginseng panas)
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, kalau ada ayam kampung lagi bagus
7 helai akar ginseng
7 batang tong sam (herba cina)
7 biji kurma merah
Buah goji
1 cm halia – hiris
5 ulas bawang putih – pecahkan
½ sudu kecil lada putih (tumbuk/serbuk)
2 liter air
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Jerang air di dalam periuk.
2.Masukkan hirisan ayam, akar ginseng, tong sam, kurma merah, goji, halia dan bawang putih.
3. Setelah masakan mendidih, pelahankan api dapur dan tutup periuk.
4. Renih sekurang-kurangnya 2 jam setengah. (2 ½ jam)
5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan lada sulah.
6. Sup Ayam Akar Ginseng sedia dinikmati ketika masih panas.
Resepi Kedua
Sup Ayam kurma merah (untuk ibu hamil dan memutihkan kulit bayi dalam kandungan)
Bahan-bahan:
Satu inci halia
3 biji bwg putih
Sup bunjut
2 Sudu mkn sos tiram
Garam secukup rasa
1/2 ekor ayam
7 biji atau lebih buah kurma merah (red date).Boleh dibeli dekat supermaket or kedai ubat-ubat cina.
5 biji cendawan butang atau cendawan lain ikut citarasa.
2 biji kentang
Cara-cara:
1.Ayam rebus ngan halia n bwg putih
2.Masukkan sup bunjut
3.Msukkan sos tiram 2 sudu mkn
4.Masukkan kentang
5.Masukkan bahan-bahan yang lain. Biarkan mendidih sampai kentang lembut..
Siap!
Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, bukan anak-anak saja tapi kita yang dewasa pun mudah sangat mengalami kering tekak. Mulalah sakit tekak dan rasa tak selesa. Segala jenis lozenge kita dah makan, tetap tak lega juga.
Kalau anak yang mengadu sakit tekak lagi lah kita rasa risau. Mungkin tidak serius, setakat batuk atau kurang selera makan tetapi tetap buat kita susah hati kan?
Melalui perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau ada berkongsi usaha untuk merawat anak di rumah sekiranya keadaan anak tidak terlalu serius. Rawatan menggunakan larutan air garam ini mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS).
Susah Hati Anak Mengadu Tak Sihat, Dah Mula Kurang Selera Makan
Aduh, tiba-tiba anak start batuk-batuk dan selsema. Siap asyik mengadu tekak tak selesa. Makan pun dah mula kurang selera.
Walaupun mungkin tak berapa teruk, tapi lumrah mak ayah tetap akan rasa susah hati dan bimbang.
Nak bawa keluar ke klinik, satu hal pulak. Risau jugak takut anak ter expose pada pesakit lain yang ada penyakit yang lebih teruk. Nak ke farmasi pun hati duk risaukan benda yang sama.
Haa, mungkin kalian boleh usahakan rawatan yang ini dulu di rumah.
Pergi ke dapur, dan kemudian siapkan larutan air garam.
Saya kongsikan pada kalian cara sediakan larutan air garam ni mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS).
1. Masak air terlebih dulu. Air yang tak dimasak boleh jadi ada spesis Ameoba dalam tu, tak pasal-pasal dapat jangkitan penyakit lain pulak nanti.
2. Air yang dah dimasak tadi, masukkan dalam satu cawan dan campurkan dengan 1 sudu teh garam. Biarkan ia terlarut dan kemudian berikan masa untuk ia menyejuk.
3. Rasa dulu. Jika terlalu masin, kalian boleh saja tambah air lagi.
Mudah je weh.
Untuk anak yang ada masalah selsema, ambil larutan air garam tadi lalu titiskan ke kedua-dua belah hidung. Air tu akan jadi agen untuk cairkan mukus pekat yang block saluran pernafasan.
Selain tu, yang bagusnya bila kita gunakan larutan air garam, sel tubuh akan manfaatkan klorida daripada garam untuk hasilkan hypoclorus acid.
Hypoclorus acid ni lah akan jadi cecair peluntur untuk musnahkan virus!
Itu bab selsema.
Sekiranya ada sekali gejala sakit tekak dan batuk, ajar anak supaya kumur dengan larutan air garam yang kita buat tu sebanyak 3 kali sehari untuk bantu legakan rasa tak selesa.
Dah ada penyelidik yang buat kajian pasal larutan air garam ni sebenarnya. Dia orang jumpa banyak sangat faedah yang kita boleh dapat daripada kaedah yang ringkas begini.
Antaranya:
✅ Kita dapat kurangkan risiko penyebaran kuman dan virus pada orang lain
✅ Penyembuhan berlaku lebih pantas selalunya dalam tempoh kurang 2 hari
✅ Dapat elakkan penyalahgunaan antibiotik
✅ Kos lebih jimat dan juga dapat elakkan daripada terpaksa dapatkan rawatan di klinik atau hospital
✅ Risiko berlaku komplikasi serius seperti pneumonia pun jadi lebih rendah
Namun beringat ya, jika keadaan masih tak sembuh atau sakit berterusan walaupun dah usaha dengan cara ni, teruskanlah untuk bawa anak dapatkan pemeriksaan lanjut.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.