Peranan seorang bapa adalah kunci utama dalam fasa pertumbuhan perkembangan otak dan minda anak. Namun kebanyakan daripada kita menganggap ibulah perlu mempunyai peranan utama dalam pembinaan peribadi anak. Tugas bapa keluar mencari nafkah. Tanggapan ini silap!
Sebenarnya bapa tetap penting dan perlu berkongsi tanggungjawab dalam memberi pendidikan, khususnya bagi pembinaan peribadi anak. Kenapa? Ini penjelasan Penulis dan Pendidik Ilmu Keibubapaan, Taufiq Razif.
Buat para ayah yang selalu sibuk..
1. Jangan sampai lupa untuk peluk anak setiap hari kerana di situ ada kunci ketenangan hati buat anak-anakmu.
2. Jangan sampai lupa bertanyakan khabar anakmu walau terpaksa video call mahupun voicenote kerana di situ lah kunci untuk anak-anakmu merasa kehadiranmu walau terpisah beribu batu.
3. Jangan sampai lupa ucapkan kata kata rindu pada anak dan isterimu kerana ada sesetengah individu memerlukan ucapan yang keluar daripada mulut kita sendiri untuk ketenteraman jiwanya.
4. Jangan sampai lupa mengisi tangki emosi anak dan isteri sebelum berangkat pergi kerana tangki emosi yang kering dan tak terisi akan sangat membebankan jiwa dan emosi.
5. Jangan sampai lupa untuk memberikan masa yang berkualiti pada anak dan isteri kerana KUALITI masa dapat mengalahkan KUANTITI masa.
6. Jangan sampai lupa untuk menjelaskan sebab di sebalik kesibukan kita kerana anak-anak dan pasangan berhak memahami situasi dan keadaan sebenar kita.
7. Jangan sampai lupa untuk memberikan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa pada hati isteri sebelum berangkat pergi kerana ketenteraman jiwa juga adalah sejenis keperluan emosi isteri yang wajib dipenuhi.
Ayah dan suami yang hebat adalah ayah dan suami yang mampu menenangkan hati anak isteri walaupun dalam kesibukan dan kejauhan.
Kredit: Taufiq Razif
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI