Datin Sri Nurshahida ibu yang penyayang, kini dua anak angkatnya telah pun menjadi anak susuan. Kalau dulu tidak bersedia, tapi hasil dorongan suami kini dia ibu yang sangat menyayangi malah berharap anak-anaknya berjaya dunia & akhirat.
Usahawan wanita berjaya ini juga mengatakan suaminya adalah penguat semangat dan banyak mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik. Malah Datuk Sri Aliff Syukri lah yang meyakinkan untuk mengambil Ameena & Qayyum sebagai anak angkat dan kemudian menjadi susuan mereka walau pun pada peringkat awalnya Datin Sri Shahida tidak bersetuju.
Yakin bahawa dengan menjaga anak angkat dengan baik, Allah akan mendatangkan pelbagai perkara baik. Memberikan yang terbaik tapi tidak meminta dibalas. Kata ibu penyayang ini, cukuplah jika Ameena & Qayyum & anak-anak menjadi anak yang baik, berjaya dunia dan akhirat.
shahidadherbs Kadang2 bukan semua benda yg saya suka dia buat…tapi bukan semua buruk…banyak benda baik yang saya dah terikut perangai dia…..dari seorang yg lembab saya dah jadi cepat…dari seorang yang tak yakin saya dah ada keyakinan….dari seorang yang tak pandai niaga, tak kreatif….saya dah bertambah baik…
Ads
Dan yg paling penting ramai tak tahu yg sebenarnya dari awal saya tak bersetuju nak ambik anak susuan….saya tak nak dan tak bersedia(sebab saya ni bukan baik mana pun)tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu cakap nak buat benda baik mmg susah….kita jaga dorang Insya Allah esok lusa ada benda baik datang pada kita……jaga mereka biar kita tak cukup baik tak cukup kita sempurna tapi dah banyak kesenangan kita boleh bagi pada mereka….
Mudahan jadi anak-anak yg baik je meena qayyum dan anak2 yg lain… mama abah tak minta duit pun cukup jadi anak yg baik berjaya dunia dan akhirat.
Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya semua rakyat lebih bersedia.
Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.
Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.
Please stay calm and don’t panic. Eventhough we have extended the Movement Control Order, you don’t have to unnecessarily stock up on food because the supply is sufficient. I assure you that food is enough for everybody.
I know you feel burdened but I don’t have a choice. I have to extend the Movement Control Order for your own safety.
Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya. Yang
penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.
Saya juga telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluanasas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi.
Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam.
Saya juga tahu bahawa dalam keadaan ini, ramai pihak yang memerlukan sokongan dan bantuan. Semalam saya telah umumkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi yang sukar ini.
Hari ini, satu lagi inisiatif iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat telah saya umumkan.
InsyaAllah, pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh. Pegawai-pegawai saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua.
Sama ada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. InsyaAllah, no one will be left behind.
Selain itu, saya juga berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang saya percaya sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini. Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat.
Saya sedar, sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan saudara-saudari. Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini.
Kepada petugas-petugas di barisan hadapan, saya doakan saudara-saudari terus cekal. Situasi yang dihadapi oleh saudara-saudari bukan mudah.
Saya tahu para doktor, jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula. Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu.
Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan. Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Fynn Jamal sebelum ini merupakan seorang pensyarah ketika bernikah dengan suaminya. Kemudian beliau meneruskan minatnya dalam nyanyian dan menghasilkan beberapa buah lagu.
Fynn Jamal telah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengajar dan menjadi suri rumah. Ikuti perkongsian beliau ketika beliau mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah.
Orang yg PALING aku berterimakasih adalah abah sbb setiap inci langkah kaki aku atas mukabumi ini adalah pelaburan peluhnya. memastikan aku belajar tinggi dan mampu mamanjat tangga karier tanpa batasnya.
memilih utk tidak bekerja; aku tau orang takkan berhenti bertanya pada dia.
“tinggi2 kau hantar dia— ke dapur aje? ikut telunjuk suaminya?”
bakat pekak telinga aku ini mmg aku dapat dari abah. kami sama cetaknya. jenis kalau aku nak— kau kata apa saja lantaklah.
of course. abah tanya dulu taraf kewarasan aku. apa plan aku. tawakkal itu betul. tapi kalau buta2 tanpa usaha— الله tak tolong, jgn meraung.
do i have any regrets jadi educated housewife? no.
babe. kau ingat senang jadi homemaker? kah! sejujurnya for many, waktu kerja lah waktu dia lari sekejap dari tanggungjawab rumah. stress dgn anak, stress dgn suami— kerja, for some, adalah pause time utk divert fikiran dari semua itu tadi.
jadi surirumah— mmg takde la. hadap. jgn lari.
but it is worth it.
takde surirumah mampu kompiden cakap “ye saya puashati dgn rumah yang saya suri”. sbb at all times, mesti ADA JE yg kita tau boleh di improve lagi.
kita semua ada different goals. and no one especially sesama perempuan patut decide which career path is the best for others. tak semua org ada struggle yg sama.
cuma itulah. this entry is a homage to my father.
orang yg paling redha anak perempuannya adalah seorang isteri dan ibunda dahulu— baru anaknya.
angah harap angah banggakan abah. kalau pun tidak atas dunia angah jadikan abah orang yg paling mewah— moga2 akhirat sana abah bangga dgn apa angah buat di dunia ni, bah.
setiap zarah dalam angah adalah jariah utk abah. ilmu2 yg terkumpul dlm fikiran dan terlaksana oleh badan— semuanya kerana peluh abah memberi makan.
terima kasih sbb selalu sebut nama angah depan الله. angah tau. sbb tak mungkin semua angah ada ni semata2 angah punya usaha. angah yakin.
setiap ini— yg menjadikan angah hari ini— adalah berkat doa abah, mak dan ibu selama ini.
Sebelum ini kisah mengenai Ainul Mardhiah, seorang bayi perempuan yang menghidap kanser pada mulut mengundang rasa simpati bagi sesiapa saja yang melihatnya.
Sejak kisahnya jadi viral, seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang baik-baik untuk anak syurga ini terus kuat dan sihat.
Berkat keprihatinan orang ramai, bayi berusia lapan bulan itu menerima pelbagai sumbangan sehingga ada yang sanggup membantu Ainul Mardhiah mendapat rawatan terbaik d luar negara.
Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi perkembangan anaknya dan memberitahu sedang menunggu maklum balas bagi menjalani rawatan daripada pihak di sebuah hospital di United Kingdom.Tiada yang mustahil bagi Allah SWT
Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.
“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.
Tambah Ahmad Safiuddin, dia akan mencari pelbagai alternatif bagi menyembuhkan penyakit Ainul selagi Yang Maha Kuasa memberi peluang anaknya untuk terus bernafas.
“Selagi Allah izinkan Ainul bernafas, selagi itu walid akan cari jalan untuk merawat Ainul.
“Doakan supaya Allah mengizinkan Ainul pergi ke sana. Hanya Allah penentu segalanya,” ujarnya.
Allahuakhbar Rezeki Ainul Tak Putus
Kerja Allah, rahsia Allah, mungkin ini lah yang selama ini orang nasihat pada walid supaya terus bersabar berbakti untuk anak dan Allah akan beri rezeki yang tidak dijangka-jangka.
Selama ini walid tidak pernah mempertikaikan kenapa Allah jadikan kakak begini, tapi walid selalu minta supaya apa pun Allah nak beri, mudah-mudahan Allah beri sekali walid dan mama kekuatan untuk tempuhi hari mendatang. Tak sangka, satu malaysia sedang bercerita pasal kakak.
Ainul Mardhiah, kini walid dan mama tahu kenapa kamu dilahirkan di atas muka bumi ini, kamu wujud di muka bumi ini dengan membawa mesej dari Tuhan bahawa setiap perkara yang Allah jadikan bukan perkara yang sia-sia.
Semoga adik Ainul dan keluarganya terus kuat dalam menghadapi dugaan ini sementara menunggu rawatan yang akan menyusul selanjutnya.