love guna

Bukanlah tidak sayang. Tidak juga sengaja mengabaikan. Tuntutan kerja atau perkara lain yang kita rasakan lebih utama membuatkan kita terlupa untuk mengungkapkan kata cinta pada pasangan. Biarpun hanya tiga patah perkataan, tetapi kita selalu ‘terlepas’ untuk memberitahunya kepada pasangan. Yang peliknya, zaman bercinta dahulu sehari pun tak pernah lupa untuk mengatakan I Love You kepada si dia.

‘I Love You Challenge’, Buat Suami Isteri Semangat Luah Rasa Cinta. Cukup Mudah!Sebenarnya apabila sudah berkahwin, kebanyakan kita merasakan lebih banyak komitmen lain yang perlu diutamakan daripada mahu memberitahu pasangan yang kita sayangkan mereka. Bukankah dia pun dah tahu yang kita sememangnya sayangkan mereka? Jadi tak perlulah sibuk nak beritahu lagi. Ada pula yang bila pasangannya whatsapp kata-kata cinta, dibalas pula dengan soalan “Awak dah kenapa? Buang tabiat ke?”.

Artikel Menarik: [“Tolak Tepi Kerja, Matikan Gajet. Tumpulah Pada Anak.” – Ustaz Don Daniyal]

Menurut Akhtar Syamir atau Broohsem melalui laman Facebooknya, dia dan isteri senang membuat satu cabaran siapa yang akan mengungkapkan kata cinta. Menurut Akhtar, cabaran ini membuatkan kita saling ingat pada pasangan. Dengan cara ini, ia akan membuatkan sesbuah pasangan itu lebih rapat dan fokus antara satu sama lain.

‘I Love You Challenge’, Buat Suami Isteri Semangat Luah Rasa Cinta. Cukup Mudah!Benda nampak mudah, tapi kami jadikan ianya satu challenge. Tidak kira di mana, seorang boleh di tempat kerja, yang seorang lagi boleh di rumah dan masing-masing akan sibuk dengan rutin sendiri. Selalu akan terlupa pada pasangan.

‘I Love You Challenge’, Buat Suami Isteri Semangat Luah Rasa Cinta. Cukup Mudah!Challenge ini akan buat kami lebih teringatkan pasangan. Bila teringat tu, akan buat kita lebih rapat dan fokus pada pasangan.

IKLAN

‘I Love You Challenge’, Buat Suami Isteri Semangat Luah Rasa Cinta. Cukup Mudah!Cubalah! Benda ni free je. Jom challenge pasangan masing-masing.

‘I Love You Challenge’, Buat Suami Isteri Semangat Luah Rasa Cinta. Cukup Mudah!BroOhsem.

Ada betulnya cara pasangan ini mencabar diri masing-masing. Pa&Ma juga merasakan cara ini berkesan untuk membuatkan kita selalu teringat pada pasangan. Secara positif, kita akan berebut-rebut untuk menzahirkan rasa cinta.

Sudah tentu pasangan kita akan merasa lebih dihargai. Kalau kita pula yang dapat pesanan I Love You terlebih dahulu, ia dapat membangkitkan aura positif dalam diri kita pada hari itu. Cabaran ini juga tidak memerlukan sebarang bayaran, percuma saja.

IKLAN

Artikel Menarik: [Tak Perlu Suprise, Hadiah Bagai. Suami Setia Dah Cukup Buat Isteri Bahagia]

Semoga dengan cara begini dapat merapatkan sesebuah pasangan dan membuatkan rasa cinta semakin dalam antara satu sama lain. Jom, kita mulakan challenge ini sekarang!

EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!

IKLAN

‘I Love You Challenge’, Buat Suami Isteri Semangat Luah Rasa Cinta. Cukup Mudah!

Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka. Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina #AstroRIA #MajalahPAMA

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI