Para ibu lebih suka menyediakan semua bahan masakan lebih awal bagi memudahkan mereka untuk memasak kemudian. Cara ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja-kerja di dapur. Salah satu bahan masakan yang akan dibuat sendiri adalah cili kering kisar.
Masalahnya bila buat cili kering kisar ni bijinya masih ada dan susah untuk hancur. Jadi bila buat sambal misalnya, masih kelihatan biji-biji kasar ini. Untuk para ibu yang masih tercari-cari teknik untuk membuang biji cili kering boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Noor Fatehah Osman ini.
Caranya begini:
Ads
Tips nak asingkan biji cili kering.
Tak payah gunting, Tak payah pegang cili, tangan pun tak pijar.
Sekiranya para ibu mahu membuat cili boh sendiri, bolehlah guna resipi yang Pa&Ma cadangkan ini. Gunakan cili kering yang tidak pedas, sesuai untuk anak-anak makan.
Contoh cili kering yang tak pedas. Sumber foto: Internet
Bahan yang diperlukan:
Cili kering pilihan
Bawang putih
Air
Cara membuat:
1. Rebuskan cili kering dengan bawang putih. Kemudian ditoskan.
2. Bila cili kering dah agak sejuk, bolehlah dikisar bersama air tapis. Jangan gunakan air paip kerana cili boh akan cepat rosak.
3. Selesai dikisar, simpan dalam bekas kedap udara dengan kemas. Letakkan di dalam peti sejuk. Cili boh akan tahan lama dan tidak berkulat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Takdir Allah mendahului segalanya. Seorang pelajar semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, yang bercita-cita menjadi ustazah, pergi menghadap Ilahi dalam satu kemalangan tragis di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, pada pagi Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 6.45 pagi itu, Nur Alya Fatnin Mohd Mawardzi, 22, bersama tiga rakan lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke IPG. Malangnya, kenderaan jenis Proton X50 yang dinaiki Allahyarham dirempuh oleh sebuah treler, mengakibatkan kejadian yang meragut nyawanya.
“Seluruh warga IPG dan IPGMKSM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Fatnin, pelajar 10 PISMP PAI 2 yang kembalinya ke rahmatullah.
“Marilah kita mendoakan dan menyedekahkan al-Fatihah agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kongsi TikTok rasmi IPGMKSM.
HAFIZAH 30 JUZUK AL-QURAN
“Arwah seorang anak yang sangat baik dan dia adalah hafizah yang sudah menghabiskan hafazan 30 juzuk al-Quran,” kata ibu arwah
Menurut ibu Allahyarham, Azizah Harun, 63, anak bongsu daripada lima beradik itu sedang dalam perjalanan pulang ke IPG selepas menyertai lawatan ke Indonesia bersama pensyarah dan rakan-rakannya.
Azizah berkata, Allahyarham sempat membalas mesej WhatsApp bapanya, Mohd Mawardzi Akhir, 65, sekitar jam 6.29 pagi tadi, yang bertanya mengenai lokasi mereka ketika itu.
Azizah memaklumkan bahawa pada sekitar jam 7.58 pagi, mereka menerima panggilan daripada rakan Allahyarham yang memaklumkan tentang kemalangan yang berlaku. Setelah itu, keluarga segera bergegas ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut Azizah lagi, anak bongsunya itu sepatutnya menduduki peperiksaan akhir pada keesokan harinya sebelum merancang untuk menghabiskan cuti bersama keluarga di rumah mereka di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan mengucapkan takziah dan mendoakan Allahyarham.
“Hafizah 30 juzuk al-Quran, orang yang baik. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
“Tak sempat bergelar ustazah. ALLAH lebih menyayanginya. Takziah untuk keluarga.”
“Al-Fatihah buat arwah anak solehah Alya (al-hafizah). Semoga ditempatkan di syurga tertinggi, aamiin.”
@ipgmksm Seluruh warga IPGM dan IPGMKSM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Fatnin, Pelajar 10 PISMP PAI 2 di atas kembalinya beliau ke Rahmatullah pada hari ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah agar beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah. #pelajaripg#takziah#pismp#MIZANIS#fyp♬ original sound – Zee القرآن
TRELER GAGAL DIKAWAL
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati treler jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis, Pahang menuju ke Gua Musang semasa kejadian berlaku.
“Setibanya di lokasi, pemandu treler tersebut hilang kawalan dan merempuh dua kenderaan, iaitu Perodua Axia dan Proton Saga.
“Treler itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Axia dan Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa impak pelanggaran tersebut mengakibatkan pemandu Proton X50 cedera di bahagian kepala, manakala penumpang hadapan hanya mengalami kecederaan ringan.
Beliau menjelaskan bahawa penumpang belakang di sebelah kiri mengalami kecederaan pada bahagian pinggul, manakala seorang lagi penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan yang berlaku pada awal pagi itu melibatkan 13 individu, termasuk pemandu treler.
Superintenden Sik Choon Foo turut memaklumkan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana pemanduan secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk menghubungi talian 09-9121222 bagi membantu siasatan lanjut.
Akhirnya dah nampak muka Bilal secara official! Hampir sembilan bulan melahirkan cahaya mata sulung, selebriti dan usahawan, Noor Neelofa telah mendedahkan wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal di media sosialnya.
Dalam perkongsian di instagramnya itu, cukup menyentuh hati sesiapa yang membacanya kerana ia seolah-olah luahan hati ikhlas Neelofa buat Bilal.
Setelah bergelar ibu, Neelofa menganggap Bilal anugerah yang terindah buat dirinya dan suami, Haris Ismail. Sebagai ibu, Neelofa berdoa agar Bilal diberikan afiyyah dan fakih di dalam agama. Tambah Neelofa, dia berharap Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.
Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.
Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.
Baru-baru ini, kecoh di TikTok apabila ada individu memuat naik wajah Muhammad Bilal. Tambah Neelofa, sebagai ibu dia sungguh kecewa dan tersinggung dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan wajah Bilal kepada umum.
Katanya lagi perbuatan tersebut langsung tidak menghormati perasaan dia dan suami.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Pelakon yang satu ini diakui sering membantu golongan yang berkemampuan, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil.
Jika dahulu Anzalna pernah menghadiahkan mainan dan pakaian untuk anak-anak yatim, kali ini ibu kepada Eidrees dan Emirhan ini bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan seorang bapa tunggal.
Menerusi Instagramnya, Anzalna Nasir turut memuat naik videonya yang berbelanja barangan keperluan bayi bersama bapa tunggal.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ni Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” katanya berkongsi.
Malah kata Anzalna lagi, dia juga akan turut membawa keluarga yang memerlukan barang baby untuk sama-sama mendapatkan keperluan mereka.
“InsyaAllah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang baby,” tulisnya ikhlas.
Anzalna sebelum ini sering membantu golongan yang kurang berkemampuan serta anak-anak yatim yang memerlukan perhatian.
Meninjau di ruangan komen, sikap pemurah selebriti ini sudah semestinya dipuji ramai malah ramai yang terharu melihat keikhlasan Anzalna membantu ramai pihak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.