
Tempoh PKP yang ditambah selama 14 hari lagi sebenarnya membolehkan ibu mengasah kemahiran memasak. Bukan membazir tetapi mengisi permintaan anak-anak dan suami yang kelaparan sepanjang hari. Bagi membolehkan bekalan kudapan sentiasa ada di rumah, ada baiknya anda sediakan biskut coklat chip ala Famous Amos ini yang pastinya disukai anak-anak kita.
Mana tidaknya, rasa dan teksturnya 90 peratus sama, bak kata tuan punya resipi, Puan Nur Haziqah.
Rasanya terbaik dan sedap, persis biskut popular. Jadi ibu wajib cuba!Dah macam-macam resepi cookies ala-ala Famous Amos saya cuba tapi langsung tak ada rasa famous amos. So kalini create sendiri. Alhamdulillah menjadi.. 90% bau , rasa dan tekstur macam famous amos. Ada rasa melt sikit-sikit dan so creamy. Nak cookies sedap guna pure butter dan choc chip mahal sikit. Kalau sis-sis nak buat perlu follow resepi ni betul-betul untuk dapatkan hasil macam saya dapat.
Resepi by Nur Haziqah
BAHAN A
250gm tartura salted butter – suhu bilik
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sk butter oil
BAHAN B (ayak bersama)
4 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonate
1 sk baking powder
BAHAN C
1 1/2 cawan chocolate chip
1/2 cawan badam cincang – sangai
1/2 cawan kelapa parut kering – sangai (bahan ni ramai yang tak tahu tapi sebenarnya ada dalam famous amos)
Panaskan oven 160°c selama 10 minit dan bakar cookies selama 20-25 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.
**adunan yang belum digunakan simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan.
Cookies ni ada rasa melt sikit-sikit bila makan dan sangat creamy. Sedap kalau cicah susu.
Selamat mencuba !
**pure butter , butter oil , choc chip mahal dan kelapa parut perlu ada kalau nak dapat bau dan rasa seakan akan famous amos. Kalau tak letak atau digantikan dengan bahan yang murah sperti marjerin , choc chip murah memang tak akan dapat rasa seakan famous amos. Butter oil juga perlu dalam cookies ni.