Bagaimana mengira gerakan bayi yang sebenarnya? Tadi selepas doktor terangkan rasanya dah faham, tapi keliru pula bila dah sampai rumah. Bahayakah kalau bayi kurang gerak?”
Bagi ibu yang pertama kali hamil, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana rasanya gerakan atau tendangan bayi. Bagi semua wanita yang pernah merasakannya pula, tentu akan bersetuju bahawa sensasinya amat mengujakan dan boleh membuat mereka gembira.
Sebenarnya, pergerakan bayi yang baik juga adalah petanda bahawa bayi berada dalam keadaan yang sihat dan memuaskan. Sebab itulah, doktor akan meminta anda memantau gerakan bayi sepanjang masa. Jika bayi kurang gerak, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor.
Bilakah gerak bayi mula dirasakan?
Menurut Dr Muhammad Izzat melalui The Malaysian Medical Gazette, kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan.
Sekiranya ini adalah kali pertama anda hamil, mungkin anda akan mula menyedarinya lebih lewat. Sebaliknya, jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai lebih awal, iaitu kira-kira pada minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Cara mengira gerakan bayi yang mudah
Menurut BabyCenter, sebenarnya tiada jumlah tendangan yang tetap yang perlu dirasakan setiap hari. Ada yang mengisi corak atau gerakan bayi di dalam carta.
Dalam sebuah laman web Fit Pregnancy, antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan memahami corak pergerakan bayi semasa kita berjaga.
Ads
Pertama sekali, pilih waktu bayi paling aktif, contohnya selepas makan.
Kemudian, duduk dalam keadaan mengangkat kaki atau berbaring mengiring.
Setiap kali anda merasakan gerakan, catatkannya sebagai pergerakan sehinggalah cukup 10 kali. Ia boleh mengambil masa 15 minit hingga 2 jam.
Selepas beberapa bulan memantaunya, anda akan dapat mengenalpasti jika bayi kurang gerak berbanding biasa.
Apa pun, perlu diingat, apabila kehamilan semakin membesar, bayi akan mempunyai kurang ruang untuk pergerakan. Maka, ibu mungkin akan kurang merasakan gerakan bayi seiring dengan meningkatnya usia kehamilan.
Selain menggunakan carta gerakan bayi, anda boleh juga menggunakan aplikasi telefon pintar seperti Baby Kicks Monitor, Baby Kicks Counter, dan Sprout Pregnancy untuk membantu memantau pergerakan ini.
Apa risiko jika bayi kurang gerak?
Bayi kurang gerak dikaitkan dengan keadaan kesihatan bayi yang agak serius, seperti tidak mendapat oksigen atau nutrien yang mencukupi.
Di samping itu, kematian dalam kandungan atau ‘stillbirth’ dapat dielakkan sekiranya anda dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada gerakan bayi.
Jika disyaki perkara ini berlaku, doktor anda dapat membantu anda dan memberi panduan tentang apa yang perlu dilakukan.
Ads
Cara Mudah Kira Gerakan Bayi
Berikut antara alternatif yang boleh dilakukan oleh ibu yang mungkin tak sempat nak tanda dalam buku merah yang dikongsikan oleh Sharifah Nur Afifah dan boleh dilakukan secara konsisten.
To all expectant moms and preggy ladies out there, saya ada tips nak share
Biasanya bila dah masuk third trimester, kita diwajibkan untuk mengira 10 kali pergerakan baby dalam masa 12 jam dan catat pergerakan tersebut di dalam buku merah.
Jadi untuk memudahkan cara mencatat setiap pergerakan baby:
Ads
1] create a whatsapp group between you and your husband
2] record or update in the whatsapp group everytime you feel the baby’s kicking or movement inside your belly
3] Bila ada masa free, copy all the information in the whatsapp group to Buku merah. Since dalam whatsapp ada date and time, it is easy to trace the frequency of baby movements inside our belly
Macam saya bila nak pergi check up, baru record all the data from whatsapp group to buku merah tu.
Cara ni lebih senang kan sebab handphone memang ada 24 jam dengan kita.
P/s: Dekat dalam gambar atas tu say update pukul 11.03am 3 kali sebab between pukul 9.13am to 11.03am saya busy sangat sampai tak sempat nak update tapi saya dah rasa pergerakan baby 3 kali.
Tu je lah tip saya. Harap bermanfaat serba sedikit. Enjoy your pregnancy.
Menjelang tarikh jangkaan bersalin dua minggu lagi, Shafini mengalami kontraksi. Dia fikir, masa bersalin sudah tiba sehingga mengambil keputusan ke hospital kerana panik. Setelah diperiksa, serviksnya belum terbuka. Selang beberapa hari, kontraksi tersebut datang lagi dan kali ini ia lebih tegang meski pun ritma tidak teratur. Sekali lagi dia ke hospital. Namun, doktor menyuruhnya pulang dengan alasan masa bersalin Shafini belum tiba.
Bagi anda yang bakal bersalin, kontraksi sebegini dikenali sebagai kontraksi palsu. Ia juga dikenali sebagai Braxton Hicks. Hal inilah yang berlaku kepada Shafini sebelum ini. Semakin hampir dengan tarikh jangkaan, kontraksi Braxton Hicks ini akan semakin kuat dan kerap. Kontraksi ini palsu sehingga menyebabkan sesetengah wanita menyangka proses kelahiran sudah bermula dan bakal bersalin dalam masa terdekat. Ada yang sudah ke hospital tetapi diarahkan pulang ke rumah kerana ia hanyalah Braxton Hicks.
KENALI KONTRAKSI BERSALIN
Ada yang mengatakan kontraksi bersalin adalah seakan-akan senggugut. Kontraksi bersalin adalah keadaan di mana otot uterus yang menguncup dan meregang. Ia digambarkan seperti rasa memulas yang bermula daripada bahagian belakang dan membawa ke bahagian hadapan abdomen. Ada juga yang mengatakan kontraksi bersalin adalah seperti tekanan pada bahagian belakang.
Semasa kontraksi, bahagian abdomen menjadi keras. Kontraksi membantu kelahiran dengan melembutkan bahagian atas uterus (fundus) untuk menguncup dan menebal manakala bahagian bawahnya meregang dan relaks. Keadaan ini membantu bayi meluncur dari dalam uterus ke laluan serviks untuk dilahirkan.
LANGKAH MENGIRA
Sebagai ibu kali pertama atau pertama kali bersalin secara normal, kontraksi sukar untuk dibezakan dengan perkiraan kasar. Maka, langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengenal pasti kontraksi yang dirasakan. Antara langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut;
1) Jangka masa
Anda boleh membezakan antara kontraksi hendak bersalin dan Braxton Hicks dengan cara mengira sela masa antara kontraksi pertama dan kontraksi kedua. Sekiranya ia menunjukkan bacaan masa yang berbeza dan tidak teratur, maka ia adalah kontraksi Braxton Hicks. Kontraksi sebenar akan berlaku dalam jarak masa lima minit dengan kontraksi berikutnya. Ia berlaku teratur dan setiap kontraksi berlangsung selama kira-kira 60 saat.
2) Catatan
Catat masa dan tempoh kontraksi berlangsung pada sekeping bertas untuk membolehkan anda mengenal sama ada kontraksi palsu atau sebenar.
Contoh catatan kontraksi bersalin adalah seperti berikut;
WAKTU TEMPOH KONTRAKSI
10:00 PAGI 45 saat
10:10 PAGI 45 saat
10:15 PAGI 55saat
10:20 PAGI 55 saat
10:25 PAGI 60 saat
10:30 PAGI 60 saat
3) 5 minit atau kurang
Sekiranya kontraksi seperti di atas iaitu berlaku pada sela masa lima minit sekali atau kurang, maka anda sedang berada dalam fasa kelahiran aktif. Jangan berlengah. Sila ke hospital dalam kadar segera kerana ia kontraksi bersalin yang sebenar sudah berlaku.
10 INFO MENGENAI BRAXTON HICKS
Braxton Hicks adalah kontraksi yang tidak teratur, lemah dan tidak dijangka.
Sekiranya posisi atau kedudukan boleh menghentikan kontraksi yang sedang dialami, maka ia adalah Braxton Hicks.
Braxton Hicks tidak menyebabkan berlakunya sebarang pendarahan atau kantung air ketuban pecah.
Ia adalah kontraksi uterus yang berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Ia adalah normal bagi setiap ibu yang hamil. Malah ada yang mendapat kontraksi palsu ini pada trimester kedua lagi.
Keadaan ini merupakan persediaan uterus untuk melalui fasa melahirkan kelak.
Semakin kerap dan tegangnya Braxton Hicks yang dirasakan, maka semakin hampir dengan kelahiran. Dengan cara ini, mama boleh mengagak masa bersalin dan membuat persediaan mental dan persiapan material.
Kebanyakan wanita melaporkan bahawa Braxton Hicks akan berlaku kerap sekiranya mereka tidak meminum air yang cukup.
Bagi anak kedua dan seterusnya, Braxton Hicks akan mula dirasai lebih awal.
Pergerakan ibu yang aktif juga boleh mencetuskan Braxton Hicks.
Hubungan intim khususnya orgasm juga dikatakan penyebab berlakunya kontraksi palsu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Anzalna Nasir rasa bertuah apabila dia dikurniakan ibu mentua yang sangat baik dan penyayang. Ibu mentuanya dikatakan kerap mengadakan majlis doa selamat untuk Anzalna dan juga bayinya yang bakal lahir tahun ini.
Perkara tersebut dikongsi di salah sebuah entri terbaru di laman instagram beliau dan beliau turut berkongsi beberapa video sepanjang majlis berkenaan berlangsung.
Not every mother and daughter-in-law have a disastrous relationship. I’m very lucky to have such a caring mother in law who treats me like her own daughter.
Sejak pregnant, Kerap sekali my mother in law buatkan majlis doa selamat for me and my baby. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Salam jumaat everyone. Swipe left.
Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun bersama suaminya Hanif Zaki, Anzalna akhirnya mengumumkan dia hamil empat bulan pada awal tahun 2019.
Rata-rata netizen memuji hubungan baik antara Anzalna dan ibu mentuanya dan mereka menyifatkan Anzalna sebagai menantu yang bertuah kerana memiliki hubungan yang baik dengan keluarga mentuanya.
Turut tidak melepaskan peluang, netizen mendoakan agar Anzalna dan kandunganya sihat dan selamat sentiasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingin berkongsi rasa bahagia mempunyai zuriat sendiri, pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar yang sedang menanti saat bergelar ibu dan ayah meluahkan hasrat untuk membantu pasangan yang sudah lama ingin memiliki zuriat.
Niat murni pasangan ini dimaklumkan melalui akaun Instagram Irwansyah baru-baru ini apabila penyanyi lagu Pencinta Wanita itu berkongsi dengan pengikutnya tentang program ‘Bayi Tabung Bersama Syahki’. Ia juga adalah hasil usahasama pasangan ini dengan klinik Morula Jakarta & Bandung.
Menerusi program tersebut, dua pasangan terpilih akan ditaja untuk menjalani rawatan kesuburan iaitu In-Vitro Fertilization atau IVF.
Menurut Zaskia pula kepada Fimela dalam satu sidang media virtual pada Rabu yang lalu, dia dan suaminya mahu berkongsi rasa bahagia memiliki cahaya mata sendiri.
“Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma,”
Memetik laporan Fimela, Irwansyah dan Zaskia turut berasa bersyukur apabila diberi rezeki dari segi kewangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut.
Mencari satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Bandung, pasangan ini cukup memahami jika ada ibu dan bapa yang mengidamkan cahaya mata tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan IVF yang berkos tinggi.
Program ini turut menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya pasangan mestilah tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Keinginan kami untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan dengan membantu pasangan memperoleh anak. Kami berharap program ini memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar berkeinginan mempunyai zuriat,” ujar Irwansyah.
September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF. Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima.
Sekadar info, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.