Kehamilan

Buat Group Whatsapp Dengan Suami Antara Tip Nak Mudahkan Ibu Kira Gerakan Bayi

Share

Bagaimana mengira gerakan bayi yang sebenarnya? Tadi selepas doktor terangkan rasanya dah faham, tapi keliru pula bila dah sampai rumah. Bahayakah kalau bayi kurang gerak?”

Bagi ibu yang pertama kali hamil, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana rasanya gerakan atau tendangan bayi. Bagi semua wanita yang pernah merasakannya pula, tentu akan bersetuju bahawa sensasinya amat mengujakan dan boleh membuat mereka gembira.

Sebenarnya, pergerakan bayi yang baik juga adalah petanda bahawa bayi berada dalam keadaan yang sihat dan memuaskan. Sebab itulah, doktor akan meminta anda memantau gerakan bayi sepanjang masa. Jika bayi kurang gerak, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor.

Bilakah gerak bayi mula dirasakan?

Menurut Dr Muhammad Izzat melalui The Malaysian Medical Gazette, kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan.

Sekiranya ini adalah kali pertama anda hamil, mungkin anda akan mula menyedarinya lebih lewat. Sebaliknya, jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai lebih awal, iaitu kira-kira pada minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Cara mengira gerakan bayi yang mudah

Menurut BabyCenter, sebenarnya tiada jumlah tendangan yang tetap yang perlu dirasakan setiap hari. Ada yang mengisi corak atau gerakan bayi di dalam carta.

Dalam sebuah laman web Fit Pregnancy, antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan memahami corak pergerakan bayi semasa kita berjaga.

  • Pertama sekali, pilih waktu bayi paling aktif, contohnya selepas makan.
  • Kemudian, duduk dalam keadaan mengangkat kaki atau berbaring mengiring.
  • Setiap kali anda merasakan gerakan, catatkannya sebagai pergerakan sehinggalah cukup 10 kali. Ia boleh mengambil masa 15 minit hingga 2 jam.

Selepas beberapa bulan memantaunya, anda akan dapat mengenalpasti jika bayi kurang gerak berbanding biasa.

Apa pun, perlu diingat, apabila kehamilan semakin membesar, bayi akan mempunyai kurang ruang untuk pergerakan. Maka, ibu mungkin akan kurang merasakan gerakan bayi seiring dengan meningkatnya usia kehamilan.

Selain menggunakan carta gerakan bayi, anda boleh juga menggunakan aplikasi telefon pintar seperti Baby Kicks Monitor, Baby Kicks Counter, dan Sprout Pregnancy untuk membantu memantau pergerakan ini.

Apa risiko jika bayi kurang gerak?

Bayi kurang gerak dikaitkan dengan keadaan kesihatan bayi yang agak serius, seperti tidak mendapat oksigen atau nutrien yang mencukupi.

Di samping itu, kematian dalam kandungan atau ‘stillbirth’ dapat dielakkan sekiranya anda dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada gerakan bayi.

Jika disyaki perkara ini berlaku, doktor anda dapat membantu anda dan memberi panduan tentang apa yang perlu dilakukan.

Cara Mudah Kira Gerakan Bayi

Berikut antara alternatif yang boleh dilakukan oleh ibu yang mungkin tak sempat nak tanda dalam buku merah yang dikongsikan oleh Sharifah Nur Afifah dan boleh dilakukan secara konsisten.

To all expectant moms and preggy ladies out there, saya ada tips nak share 

Biasanya bila dah masuk third trimester, kita diwajibkan untuk mengira 10 kali pergerakan baby dalam masa 12 jam dan catat pergerakan tersebut di dalam buku merah.

Jadi untuk memudahkan cara mencatat setiap pergerakan baby:

1] create a whatsapp group between you and your husband

2] record or update in the whatsapp group everytime you feel the baby’s kicking or movement inside your belly

3] Bila ada masa free, copy all the information in the whatsapp group to Buku merah. Since dalam whatsapp ada date and time, it is easy to trace the frequency of baby movements inside our belly

Macam saya bila nak pergi check up, baru record all the data from whatsapp group to buku merah tu.

Cara ni lebih senang kan sebab handphone memang ada 24 jam dengan kita.

P/s: Dekat dalam gambar atas tu say update pukul 11.03am 3 kali sebab between pukul 9.13am to 11.03am saya busy sangat sampai tak sempat nak update tapi saya dah rasa pergerakan baby 3 kali.

Tu je lah tip saya. Harap bermanfaat serba sedikit. Enjoy your pregnancy.

Sumber: Sharifah Nur Afifah & zuriat.my

 

Published by
Wan Amy