Buat Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki, 10 Nasihat Ini Penting Sebelum Mereka Dewasa

Share

Mendidik anak zaman sekarang bukanlah semudah seperti kita zaman dulu-dulu. Cabaran hari ini sungguh besar kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi. Bagi yang ada anak lelaki atau perempuan, tanggungjawab ini sangat besar.

Anak yang dibesarkan dalam persekitaran positif, dilimpahi kasih sayang dan perhatian, mereka pasti akan membesar menjadi anak yang lebih mudah. Namun jika dari awal ibu bapa silap percaturan, tak mustahil anak lebih percaya pada orang lain.

Sebab itu, anak lelaki dan anak perempuan, pastikan mereka sentiasa menjadi kawan baik ibu ayah sampailah mereka dewasa. Seperti perkongsian Taufiq Razif, anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka jadi dewasa.

Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa

1. Lindungilah adik beradik perempuanmu kerana mereka sangat memerlukan penjagaanmu

2. Perhatikanlah nada suara dan kata katamu bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu

3. Jagalah emosimu ketika terlalu marah dan jangan sampai dirimu menjadi tunggangan nafsu amarahmu

4. Taatlah pada kedua ibu dan ayahmu ketika mana perintah mereka tidak melawan perintah Penciptamu

5. Jagalah dirimu daripada terlalu hanyut dalam permainan dan keseronokan kerana ketagihan padanya bisa membunuh wibawamu

6. Jagalah matamu daripada memandang perkara yang merosakkan hatimu kerana hati yang rosak boleh mencelakakan ibadahmu

7. Jagalah hatimu daripada iri dan dengki dengan nikmat yang diberikan pada orang lain kerana iri dan dengki akan meracuni fikiranmu

8. Perhatikanlah dengan siapa dirimu bersahabat dan berkawan kerana kesilapan dalam memilih sahabat dan kawan akan membinasakan dirimu

9. Kuatlah pegangan agamamu kerana fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk fitnah harta, fitnah kuasa, fitnah akidah dan fitnah ilmu

10. Bantulah ibu bapa menguruskan urusan dan pekerjaan harian di rumahmu kerana kelak ianya akan membuatmu terlatih untuk memimpin ahli keluargamu

Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika benar cara didikan maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.

Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya

#penting
#ajarkanPadaPasanganJuga

Kredit: Taufiq Razif (TheProParenting)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy