Buat Isteri Bahagia, Bukan Cukup Bulan Hulur Duit. Suami Tolong & Memahami Satu Bonus

Share

Bahagia bukanlah hanya dari wang ringgit semata-mata. Percaya tak seorang isteri akan rasa lagi dihargai bila suami pun tak berkira membantu buat kerja rumah.

Jika hulur duit tetapi langsung tak ambil tahu hal isteri dan anak pun, semua itu tak berbaloi buat seorang wanita.

Seperti yang dikongsikan oleh Taufiq Razif berdasarkan pengalamannya sendiri ada benarnya kenapa isteri rasa lagi dihargai bila suami bertindak sedemikian.

Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.

Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat-cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.

Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.

Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.

Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.

Kalah layanan hotel 5 bintang!

Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.

Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!

Sumber: Taufiq Razif
Masih belajar untuk mencintai

 

Published by
Wan Amy