Biasa kita dengar orang cakap anak lelaki lambat sikit bercakap berbanding anak perempuan. Seolah-olah wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak lewat bercakap.
Sebenarnya cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan serta komunikasi yang banyak antara ibu bapa itu sendiri. Jika dari kecil anak-anak dengan gajet sepanjang masa, itu yang menyebabkan kesan pada masalah lewat bercakap.
Jangan cepat rasa lega anak-anak duduk diam tanpa buat sepah, tak melompat sana sini. Ciri-ciri ini mungkin petanda awal percakapan anak.
Menerusi perkongsian Speech/Language Therapist, Puan Ruby Atika di facebooknya, beliau menyenaraikan tanda-tanda anak ada masalah bercakap. Moga dapat membantu ibu ayah yang masih lagi ragu-ragu.
Tanda-tanda anak ada masalah bercakap:
1) Masih tiada langsung perkataan pertama pada umur 1;06. Ia patut muncul masa usia 1;03.
2) Tak buat isyarat badan (bye bye, habis, tunjuk, tepuk tangan) pada usia 1;03
3) Masih guna bahasa jargon pada usia 3 tahun. Ia patut berhenti pada usia 2;04 bulan.
4) Tidak menoleh apabila nama dipanggil. Dia patut toleh seawal usia 8 bulan lagi.
5) Tak datang apabila nama dipanggil. Tapi bila tv kartun kegemaran dia buka, dia cepat2 lari pergi kat tv.
6) Tidak bermain ikut fungsi objek. Walaupun dah 2-3 tahun, masih masukkan objek dalam mulut atau baling/ketuk mainan.
7) Tiada interaksi dua hala, walaupun boleh bercakap. Boleh sebut ABC,1-10, menyanyi, tapi tidak memanggil “mama”, “ayah” atau meminta “nak”.
Dengan senarai ini, ibu ayah yang ada ciri-ciri yang dinyatakan ini jangan berlengah lagi. Sebaiknya terus dapatkan nasihat pakar kerana lagi awal dirujuk, lagi mudah untuk pastikan anak-anak kita membesar dengan normal. Insya-Allah!
Kredit: Speech/Language Therapist, Ruby Atika
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI