Meskipun IVF diketahui akan keberjayaannya, tetapi terdapat sesetengah kes di mana IVF gagal untuk membantu wanita berjaya hamil. IVF (Persenyawaan In Vitro) adalah teknologi yang membolehkan persenyawaan antara telur dan sperma berlaku di luar tubuh wanita. Kemudian, telur yang telah disenyawakan dipindahkan ke tubuh dan meneruskan pertumbuhan semula jadinya.
Jika IVF pertama gagal, penyebab kegagalan boleh dicegah pada cubaan kedua untuk mengelakkan kecenderungan berlakunya peristiwa yang sama.
Apakah penyebab IVF gagal?
Dalam kebanyakan kes kegagalan IVF, terdapat lebih daripada satu penyebab. Pakar akan melihat kepada gambar embrio dan skor kadar tumbesaran normal. Jika punca diketahui, mereka akan membincangkan dengan keluarga untuk merancang pencegahan. Sesetengah punca adalah tidak boleh dibaiki (seperti umur ibu), tetapi pakar makmal akan juga melihat punca lain yang boleh dibaiki.
Pembolehubah paling penting yang terlibat untuk keberjayaan IVF adalah telur yang sihat, sperma yang berfungsi, dan uterus yang berkemampuan, yang boleh memelihara pertumbuhan bayi dalam rahim.
Ads
Ketidaknormalan telur
Telur tidak normal sering menjadi punca apabila sel terbahagi dan kromosom tidak disalin dengan betul, menyebabkan keretakan keputusan dalam pengagihan kromosom abnormal, dan sekali gus menghasilkan embrio yang tidak normal. Ini berlaku lebih kerap kepada wanita yang lebih berusia.
Ketidaknormalan sperma
Walaupun fakta bahawa sperma abnormal adalah kurang lazim berlaku berbanding telur abnormal, namun jika sperma tidak normal, tahap ketidaknormalan kromosom adalah lebih besar. Sperma yang tidak sihat tidak boleh mempersenyawakan telur.
Ads
Kaedah pilihan embrio
Telur atau embrio yang dipindahkan ke dalam tubuh wanita adalah dipilih oleh pakar. Pilihan ini berdasarkan tiga kriteria iaitu: peringkat sel, gred embrio, dan kadar pembahagian sel. Walau bagaimanapun, sukar untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih embrio terbaik. Pakar hanya akan memilih berdasarkan kajian makmal dan membuat tekaan berpendidikan tentang embrio terbaik.
Faktor makmal IVF
Makmal di mana embrio dibesarkan adalah persekitaran yang amat terkawal. Pakar makmal perlu mengawal kepekatan oksigen, kepekatan karbon dioksida, kelembapan, pH, suhu, dan cahaya antara banyak lagi faktor ketat lain. Perubahan kecil dalam sebarang faktor-faktor ini boleh menjurus kepada kematian embrio.
Ads
Apakah kadar kejayaan untuk kitaran kedua IVF?
Selepas kegagalan IVF, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk melihat kembali proses sebelumnya dan mempelajari sebab kegagalan. Daripada penemuan ini, ramai yang berjaya dalam IVF kali kedua. Faktor yang menjejaskan kadar kejayaan IVF termasuklah:
−Umur wanita
−Kualiti telur dan sperma
−Kuantiti telur dan sperma
−Kualiti prosedur IVF
−Kualiti makmal IVF
−Skil pakar makmal
−Peralatan yang ada
−Punca ketidaksuburan
−Keadaan rahim
−Kadar tumbesaran embrio
−Kecekapan kromosom dan genetik embrio
Kadar kejayaan untuk IVF kali kedua hanya rendah sedikit berbanding dengan IVF pertama. Akan tetapi, dengan keadaan yang baik, terdapat peluang untuk IVF berjaya. Doktor dan pakar akan mengambil berat faktor-faktor dan keputusan terkumpul daripada cubaan pertama untuk memaksimumkan kadar kejayaan bagi IVF kali kedua.
Jangan ambil mudah soal keselamatan. Biarpun anda sedang hamil dan perut sudah besar jangan jadikan ia alasan untuk tidak memakai tali keledar keselamatan. “Perut dah besar, pakai belt jadi senak. Tak naklah pakai.” Tidak kiralah sebesar mana pun perut anda, sebenarnya masih ada cara yang betul untuk mengenakan tali keledar ini.
Jika berlaku kemalangan, tali keledar keselamatan dapat menyelamatkan ibu hamil dari tercampak ke depan yang akan mengakibatkan kecederaan kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Ada juga yang malas untuk memakai tali keledar keselamatan, dengan alasan tidak selesa dan takut mencederakan anak dalam kandungan. Tapi jika ibu tidak memakai tali keledar, ia akan lebih memburukan keadaan jika berlaku sesuatu yang tak diduga. Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, menjelaskan tentang cara pemakaian tali keledar untuk ibu mengandung.
Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?
Cara pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :
– Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.
Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut. Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
– Sentiasa pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg
duduk di belakang. Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
– Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
– Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
– Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.
– Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
TAK PAYAH beli pelbagai produk atau span untuk COVER perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai jugak. Jangan la terkial-kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak Polis atau JPJ.
Soal keselamatan tiada kompromi. Jangan ambil mudah. Dengan pemakaian tali keledar yang betul, ibu akan berasa selesa. Paling penting, ia mungkin menyelamatkan nyawa si ibu dan bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jatuh sakit ketika hamil menjadi satu igauan ngeri buat mama yang sedang hamil. Apa lagi dalam cuaca yang panas, kita mudah diserang sakit kepala dan tak kurang migrain. Sukarnya kerana tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan sedangkan kepala makin sakit dan berdenyut-denyut.
Sebenarnya ada cara untuk anda redakan kesakitan ini sepanjang tempoh hamil. Dr Zubaidi Haji Ahmad berkongsi tip untuk semua mama yang sedang hamil. Ayuh praktikkan!
MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL
Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.
Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.
1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.
2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.
3. Minum air kosong secukupnya. Minuma air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.
4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.
5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.
6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun, ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.
7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.
Pengamblan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anzalna menjelaskan mengandung anak sulung kalau boleh semua nak dijadikan kenangan. Dari mula mengandung sampailah saat dilahirkan. Kenangan ini membuktikan diri kita telah memasuki fasa bergelar seorang ibu.
Anzalna dan suaminya, Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia sedang hamil pada awal Januari lalu dan telah memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarganya.
Sumber: ig Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.