
Tauhu begedil memang sesuatu yang biasa kita buat sebagai juadah petang. Namun kali ini apa kata mama cuba sedikit kelainan begedil dengan menukar tauhu kepada kulit popia.
Kalau susah nak cari tahu pun tak apa, tukar sahaja kepada kulit popia. Rasanya yang rangup dicicah pula dengan sambal kicap memang padu!
RESIPI POPIA BEGEDIL

Bergedil daging
Bahan-bahan:
300 gram kentang
100 gram daging kisar @ daging burger
sudu teh lada sulah
Serbuk perasa
Setangkai daun bawang – hiris
Garam secukup rasa
bawang goreng
Minyak masak untuk goreng terendam
kulit popia
Bahan salut:
2 biji telur – pukul
Cara Penyediaan:
-Rebus kentang hingga empuk kalau nak goreng dulu pun boleh..goreng nanti begedil tak lembik sangat.
-Setelah sejuk, lenyek hingga halus.Campurkan kentang yang telah lenyek dengan daging kisar, daun bawang dan garam ke dalam mangkuk.
-Gaul hingga rata. balut dengan kulit popia.
-Panaskan minyak dalam kuali. celup dalam telur dan goreng hingga masak. Sedia untuk dihidangkan dengan sambal hitam.
Kredit: ceksal kitchen

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Spageti Aglio Olio Style Hotel. Suami & Anak Makan Confirm Bertambah!

Bila anak makin besar, permintaan nak makan tu macam-macam. Lauk sama pun mereka bosan juga. Ada anak tak kisah tapi ada anak susah makan. Bila hari-hari makan nasi je, mama pun dah kehabisan idea nak masak apa lagi.
Kadang resipi yang ringkas buat anak lagi suka nak makan. Untuk kali ini, apa kata gunakan spageti untuk hidangan seisi keluarga. Biasa antara yang anak suka sos bolognese atau carbonara.
RESIPI WAJIB CUBA [Pepero Popia Almond Stick. Gulung, Goren & Celup Saja. Sedapnya Tak Terkata!]
Namun jika mama tak rasa nak buat versi tu, boleh buat spageti aglio olio dengan cara menggoreng. Senang sangat dan lauknya pun ikut kesukaan ahli keluarga.

Resipi Spaghetti Aglio Olio
Bahan-bahan
▪️1 paket spagheti
▪️10-15 ekor udang
▪️5-6 ekor sotong
▪️2 batang sosej
▪️bawang putih 4 ulas
▪️1 sb chili flakes
▪️1 sb lada hitam
▪️3 sb srbuk oregano
▪️5 biji cili kering
▪️1 kiub ayam
▪️2 keping cheese
▪️Tomato
▪️Lada benggala

Cara membuatnya:
1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
RESIPI MENARIK [Mudahnya Buat Pizza Guna Roti Gardenia, 3 Langkah Sahaja Dah Siap!]
2) Dalam kuali yang lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
3) Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
4) Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
5) Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan.
Kredit: Nafsiah Rahim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sup Ikan Berkhasiat Untuk Otak Bayi, Kaya DHA, Ibu Bolehlah Selalu Masak Untuk Anak Makan

Sup ikan berkhasiat untuk otak bayi, kaya DHA, ibu bolehlah selalu masak untuk anak makan. Sup ikan memang baik untuk bayi. Sarat dengan DHA. Anda boleh mengikuti resepi daripada ibu ini untuk menyediakan sup ikan yang mesra bayi.
Sup Ikan Berkhasiat Untuk Otak Bayi, Kaya DHA
Ibu-ibu amat teliti dalam pemilihan sajian untuk bayi. Oleh itu, sediakan sajian daripada bahan yang kaya DHA (asid dokosaheksaenoik). Ia adalah nutrien penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik.
DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

Puan Siti Nur Ezzah Zaini telah berkongsi resepi Sup Ikan Merah untuk bayinya, Muhammad Aidil Zhafran Mohd Nazri. Jom kita ikuti apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.
Ibu Bolehlah Selalu Masak Untuk Anak Makan
BUBUR SUP IKAN MERAH
Bubur nasi-masak secara berasingan
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP IKAN MERAH
Isi ikan merah
Bawang holland
Lobak merah
Sawi
Daun sup
Kentang
Sawi
Chicken bone broth (dalam bentuk kiub)
Mix herbs
Minyak zaitun (extra virgin)

CARA PENYEDIAANNYA
1.Tumis bawang holland dengan minyak zaitun smpai kekuningan.
2.Kemudian masuk kentang, lobak merah dan mix herbs untuk naikkan bau wangi sup.
3.Tambah air sedikit dan masukkan kiub chicken bone broth.
3.Bila sup mendidih, baru masuk isi ikan merah, sayur sawi dan daun sup. Siap sup ikan merah.
4.Kemudian ambil isi dalam sup dan kisar.
5.Campurkan ia dengan dengan bubur yang sudah siap kisar. Gaul rata dan tambahkan sup ikan merah sebagai kuahnya. Siap untuk diberikan kepada bayi!

SUKA BERIKAN IKAN KEPADA ANAK
“Kita sebagai orang dewasa pun perlu lebihkan makan ikan berbanding ayam. Contoh ikan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber protein semula jadi yang elok diambil.
“Saya akan selang selikan penggunaan antara ayam dengan ikan untuk penyediaan sajian anak. Isi ikan lebih lembut berbanding ayam menyingkat masa penyediaan dan memudahkan bayi menghadamnya,” kata Siti Nur Ezzah.
6 INFO IKAN KEPADA BAYI:
*Ikan berminyak seperti tuna , sardin, halibut dan salmon adalah sumber terbaik untuk omega-3 yang sihat.
*Tetapi sardin tidak praktikal untuk memberi makan kepada bayi, dan halibut dan tuna lebih tinggi dalam merkuri.
*Salmon adalah sumber terbaik DHA (asid lemak omega-3) dan ikan paling sihat untuk si manja.
*Berikan bayi anda ikan yang mengandungi merkuri rendah.
*Ikan merah ialah ikan yang berkalori rendah dan sumber protein yang baik. Sarat dengan selenium, vitamin A, potassium dan omega-3.
*Selain itu, ikan mackerel (ikan kembung) ialah antara ikan yang kaya dengan omega-3. Ikan kembung juga kaya protein, vitamin B terutamanya vitamin B12.
Bagaimanapun untuk memastikan bayi mendapat nutrien penting untuk tumbesarannya, pastikan anda memberikan ikan secara sederhana. Jangan lupa pastikan si kecil mendapat makanan yang seimbang dari semua kategori makanan dalam piramid makanan.
Baca artikel lain juga: Tak Perlu Asyik Nak Suap Anak Makan, Biar Anak Explore, Gunakan Kaedah Baby Led Weaning!
Mama Hati-hati Beri Anak Makan Buah-buahan Kecil, Doktor Kongsi Tip Elak Tercekik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepak Ayam Madu Style Pasar Malam. Rahsia Penyedapnya, Perap Semalaman!

Ada yang rindu nak makan kepak ayam madu di pasar malam atau pasar tani? Yelah dalam keadaan sekarang ni, ramai lagi yang masih belum dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.

Bagi anda yang teringin nak menikmati kepak ayam madu bakar ini sama seperti yang dijual, resipi ini boleh anda cuba. Sedap makan dengan nasi atau ratah je.
Resipi yang dikongsikan oleh Nur Masri ini boleh anda cuba. Menurutnya, lagi lama perap, lagi sedap sebab semua bahan diserap dan sebati dengan ayam. Jika tak mahu kepak, nak guna bahagian ayam yang lain pun boleh. Kalau nak sedap lagi, perap semalaman.

KEPAK AYAM MADU
Kepak ayam madu….sedapnya kalau dapat ratah ayam ni time panas-panas
ARTIKEL MENARIK [Penting Ibu Ayah Tahu! Ada Tak Protein Susu A2^ Dalam Susu Formula Anak Anda?]
Bahan-bahan:
15 ketul kepak ayam
5 sudu besar madu
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos BBQ
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Serbuk cili/paprika
2 sudu besar gula perang/ gula putih
Minyak jagung / butter cair 2 sudu
Maggi cukup rasa
Pewarna merah
Garam

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan.
2. Gaul pada kepak ayam.
3. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam, semalaman lagi sedap.
4. Bakar dalam oven @ air fryer.
Kredit: Nur Masri via BIKMM
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


