Penting untuk anak tahu berdikari urus diri. Supaya tidaklah anak kita ni panggil ibu dan ayahnya sahaja bila nak buat sesuatu. Sedangkan kalau diajar, mereka boleh buat. Dan sebenarnya kanak-kanak ni suka sangat buat sendiri tau.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira, asasnya anak suka mencuba segala perkara dan suka sangat nak sertai apa yang kita buat. Tu tandanya anak mahu, cuma bergantung pada ibu ayah bagaimana nak sambut kemahuan tu.
Yelah, kalau anak pakai baju sendiri, ketahuilah akan ambil masa yang lama dan mereka tak tahu nak buat pakai pun kalau kita tak ajar. Anak-anak boleh tuang air sendiri jika diajar bagaimana.
✅Cumanya , kena banyak bersabar dalam mengajar. Ini yang susah. Kan ? Rasa geram je nak tolong buatkan.
Eh, baru je kemas tadi, dah bersepah bila anak-anak belajar buat air atau tuang air sendiri.
Ala, kotor pulak bila anak makan sendiri. Aduh, habis comot baju dan mulut bila anak makan sendiri.
Dulu saya pun sakit mata tengok sepah ni, sekarang dah belajar kurangkan sakit mata dan terima kenyataan anak tengah belajar.
Bila kita belajar tutup mata kejap sepah tu, buka mata pada kesungguhan dan usaha anak untuk belajar satu-satu sendiri. Jadi, mak ayah yang membiarkan anaknya belajar dan buat silap. Dan ajar satu persatu dengan sabar.
✅Satu lagi, rendahkan expectation bila didik anak. Yang ni pun kadang saya terlepas juga, stress sebab terlebih expectations kat anak.
Memanglah akan tertumpah air tu, kalau tapak tangan anak pun lagi kecil dari gelas. Pegang gelas berisi banyak sikit pun dah terketar-ketar. Gamaknya gitu gayanya kalau saya dah tua nanti. Terketar-ketar juga nak pegang gelas.
Harapnya anak saya tak tengking dan sabar tolong saya. Ganti kesabaran kita tu nanti ialah, Anak yang boleh berdikari , yakin diri, dan bergantung pada diri sendiri. InsyaAllah.
✅ Sediakan suasana yang mendorong anak untuk berdikari.
Nak tak nak, kita kena sediakan sikit suasana dan keadaan yang mendorong anak.
Barang-barang anak kalau boleh letak di kedudukan yang rendah , mudah untuk mereka capai.
Kadangkala bukan mereka tak nak ambil gelas sendiri, tapi gelas tu tinggi di atas almari .
Macam mana mereka nak capai kan..
Letak di laci yang bawah ke, letak di atas meja rendah khas , yang senang mereka nampak dan ambil.
Cermin untuk mereka kena berada di kedudukan rendah , separa dengan tinggi mereka, baju dan pampers letak dalam bakul atau almari rendah. Bila diminta, mereka boleh ambil sendiri.
Anak-anak ni suka sebenarnya belajar dan cuba sesuatu yang baru. Cumanya, ibu ayah kena merendahkan expectation dan raikan usaha, bukannya hasil.
Tiada kemahiran yang cuba sekali, ajar sekali, terus pandai buat. Kena ulang dan ulang. Di mana ada anak yang mampu berdikari dan bergantung pada diri sendiri, di sana ada ibu bapa dan dewasa yang percaya pada mereka, sabar membimbing .
Kredit: Wan Nur Syakira
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)