Kadang-kadang rasa geram bila buat donut tak segebu yang kita nak kan? Kalau mama nak resipi donut yang gebu boleh ikuti resipi mudah ini.
Kita pandai buat donut kampung je🙈
Bahan-bahan:
1/2 cawan air suam
1/2 paket mauripan
1 sudu gula
1 sudu susu pekat
(campurkan n biar smpi yis kembang)
2 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 biji telor
Garam secubit
Cara penyediaan;
(Gaul smpi sebati semua ni,masukkan air yis tadi sikit-sikit,tak cukup tambah air suam,uli smpi doh tak lekat kat tangan,doh jangan keras,lembut je..biarkan 40minit atau sampai doh naik sekali ganda)
Bulatkan ikut size yang nak,biarkan naik sikit,boleh la goreng..minyak panas,api sedang-sedang je. Saya suka buat lubang sebelum goreng,tak suka buat lubang awal,nanti lubang tak cantik..cara saya la😄
Kredit: Imah Akma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.