
Selepas selamat menjalani pembedahan rawatan sumbing bibir, penyanyi Lan Solo menyatakan kesihatan bayinya iaitu Nur Amna Quxandra kini semakin pulih, namun terpaksa membataskan sentuhan fizikal.
Menurut Lan kepada Mstar, tindakannya itu untuk mengelakkan Xandra terdedah dengan bakteria bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
“Insya-Allah, saudara-mara faham. Sekarang ini pun kita asingkan Xandra daripada orang luar sebab tak mahu dia lambat sembuh kerana jangkitan bakteria.
“Tak apa, nanti selepas dua bulan, apabila parut serta luka dah benar-benar sembuh bolehlah gomol dan cium semula,” katanya.
Anak Lan selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 31 Mei lalu.
Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.
Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009. Selain Quxandra mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: Mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6PD, Penting Ibu bapa Mesti Tahu!

Isi Kandungan
TogglePencetus hemolisis anak kurang G6PD, penting ibu bapa mesti tahu! Ubat gegat, kacang parang dan ubat nyamuk lingkaran antara ENAM pencetus hemolisis anak kurang G6PD. Mama papa mesti tahu dan mesti sentiasa peka!
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
DIAGNOSA
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.
Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah melalui ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.
Perkongsian daripada Dr Salehuddin Sulaiman ini boleh dijadikan panduan dan meningkatkan pemahaman tentang kekurangan G6PD.

Kekurangan G6PD atau G6PD deficiency perlu diperjelaskan terutama sekali bagi ibu bapa dan pesakit sendiri bagi mengelakkan berlakunya hemolisis yang mengakibatkan kemusnahan sel darah merah lebih cepat berbanding penghasilannya.
G6PD ialah enzim yang menjaga keutuhan dinding sel dari serangan pengoksidaan.
Kalau G6PD cukup, dinding sel terpelihara daripada bahan teroksida yang merosakkan dinding sel.
Kekurangan G6PD selalunya banyak berlaku kepada lelaki. Perempuan ada tapi jarang.
Masalah seumur hidup, tiada rawatan untuk memperbanyakkan enzim ini.
Kekurangan G6PD boleh menyebabkan jaundis tinggi pada bayi.
ENAM PERKARA PERLU DIELAK BAGI INDIVIDU KEKURANGAN G6PD
#1: Ubat gegat
#2: Kacang Parang
Dr Salehuddin turut mengupas lanjut mengenai kacang parang. Hanya kacang parang, bukan semua jenis kacang mengakibatkan tindak balas hemolisis bagi individu kekurangan G6PD.
Soalan yang boleh merungkai persoalan mengenai kacang parang yang mengelirukan.
Nama lain bagi kacang parang. Walau pun nama lain, kacang asalkan ia kacang parang maka perlu dielakkan.
Ibu menyusu juga dilarang makan kacang parang kalau anak kurang G6PD
#3: Sesetengah ubat-ubatan
#4: Jangkitan Kuman
#5: Methylene Blue (Ubat Untuk Merawat Ikan)
#6: Ubat Nyamuk Lingkaran
PUCAT, SAKIT PERUT/BELAKANG & KENCING BERDARAH/ WARNA GELAP TANDA BERLAKU HEMOLYSIS
Dr Salehuddin juga turut menegaskan individu sekeliling perlu ambil langkah segera apabila melihat tanda-tanda hemolysis bagi mereka yang kekurangan G6PD. Terus bawa ke hospital.
Sumber: Salehuddin Sulaiman
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Farah Nabilah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Bakal Kongsi Nama & Wajah Anak Bila Tiba Masa

Tahniah diucapkan kepada Pelakon Farah Nabilah yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya pada pagi semalam.
Berita gembira tersebut dikongsi Farah menerusi Instagramnya dengan memuat naik video pendek tanpa visual dipercayai dirakam ketika proses bersalin.
Farah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pagi semalam di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.
Dalam kapsyen hantaran tersebut, pelakon Cik Reen En Ngok Ngek ini memanjatkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan anak lelaki pertama buat dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus.
Farah juga turut menyatakan akan berkongsi wajah dan nama putera sulungnya kepada umum bila tiba masanya nanti.
“Assalamualaikum semua
“Syukur alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya,” tulisnya.
Farah juga mengucapkan penghargaan atas doa yang dititipkan buat dia dan keluarganya. Dia juga turut mendoakan kebahagiaan orang lain dalam waktu ini.
“Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat yang mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi lelaki Farah dan pasangan.
Sebelum itu, menerusi hantaran yang lain, Farah dan suami dilihat menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai persediaan sebelum Farah bersalin. Ujian tersebut dilakukan secara pandu lalu di hospital yang sama.
Sekadar info, Farah dan Amirul yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.
Sumber: IG Farah Nabilah
Baca: “ Kalau Boleh Saya Nak Melahirkan Anak Secara Normal”. Farah Nabilah Tak Mahu Tahu Jantina Anak!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perlu RM100,000 Dalam Masa Seminggu! Tolonglah Cukupkan Dana Ini Demi Aqil

Besarnya dugaan.. Sebelum ini diuji dengan kehilangan anak sulung ketika usia 3 bulan namun kali ini Allah beri pula ujian untuk anak kedua. Hati ibu bapa mana yang tak sedih saat melihat anak yang dilahirkan tiga bulan lalu kini menanggung sakit.
Lagi perit, penyakit yang dialami oleh adik Aqil Arsyad ini bukanlah penyakit biasa-biasa, tetapi penyakit yang sangat ‘rare’. Penyakit ini membuatkan badan Aqil tak kuat dan mudah sakit.
Bagi memberi sinar harapan untuk Aqil meneruskan hidup dan mendapat rawatan terbaik, ibu saudara Aqil, Dr Saleha Idris memohon orang ramai dapat sama-sama membantu. Walaupun RM1 tak mengapa.
Surat Harapan Hidup Aqil Buat Acik
Assalamualaikum acik. Ini Aqil Arsyad. Aqil ni anak buah acik Saleha. Ayah aqil adik bongsu Acik. Di hari Jumaat yang mulia ini Aqil tulis surat ni nak cerita pasal Aqil. Aqil tulis surat ni sebab nak minta ihsan acik semua. Tapi sebelum tu Aqil nak cerita pasal Aqil sikit.
Sudilah acik semua dengar, baca atau lihat ya.
Umur Aqil dah nak masuk 4 bulan pada Jun ni. Dulu Aqil ada kakak nama Amani. Tapi sebelum Aqil lahir la. Umur kakak tak panjang. Hanya 3 bulan sahaja hidup di dunia. Kakak dah berjumpa Tuhan. Kubur kakak sekarang kat Melaka. Kakak masuk hospital sebab muntah tak berhenti. Mak ayah terus bawa kakak pergi hospital. Terus masa tu kakak kena pasang wayar sana sini dari kepala sampai kaki. Kesian kakak masa tu. Sampai sekarang doktor tak tahu kakak sakit apa dan kenapa kakak meninggal dunia.
Sekarang. Bila benda sama macam kakak berlaku pada Aqil. Baru mak ayah tahu kenapa kakak meninggal. Mungkin hikmah Aqil lahir ke dunia dapat jawab persoalan tersebut.
Sekarang Aqil pula kat Hospital Serdang. Duduk dalam bilik cubical. Mak jaga Aqil kat wad. Aqil masuk hospital minggu lepas lagi. Sebab Aqil demam panas sahaja. Sejak Aqil lahir, Aqil setiap bulan masuk wad. Dah 3 kali dah.
Aqil ni sejak lahir sampai sekarang. Selalu nangis sahaja. Rasanya Aqil tak pernah senyum atau berkeletah macam baby lain. Aqil seolah nak beritahu Aqil tak selesa. Muka Aqil pun makin lama tak ada seri macam baby lain. Tapi Aqil tak tahu apa berlaku dekat diri ni.
Minggu ni, ayah Aqil dapat Whatsapp dari doktor. Panggil ayah untuk terangkan keadaaan Aqil. Setelah bersoal jawab dengan doktor, doktor dah terangkan pasal penyakit Aqil ini. Aqil kena Severe Combined Immuno Dificiency (SCID). Penyakit Aqil ni jarang orang dengar.
Boleh katakan Aqil ni tak ada pagar dalam tubuh. Ibaratnya sekecil kuman dan virus pun Aqil tak mampu bertahan. Jadi kalau Aqil tak boleh bertahan sebab tubuh tak kuat. Pengakhirannya……sebak pula Aqil nak cerita.
Antara benda Aqil menderita sebab SCID ni macam:
1. Susah nak telan susu. Jadi Aqil muntah. Ingat tak Aqil cerita pasal kakak muntah sampai kakak dah tak ada.
2. Selalu cirit.
3. Selalu kena kuman dekat sistem pernafasan.
4. Jadi Aqil selalu demam, selsema tak sihat.
Mungkin sebab macam ni la Aqil tak pernah senyum sejak lahir kat dunia ni. Aqil tak sedap badan.
Jadi doktor beritahu mak ayah Aqil. Aqil boleh diselamatkan dengan dua cara. Satu buat kimoterapi. Tapi mak ayah cakap kesannya banyak. Jadi mak ayah pilih salah satu rawatan yang diberitahu. Pemindahan sumsum tulang. Mak ayah Aqil dah buat ujian darah. Nak tengok siapa sesuai derma. Sama ada mak atau ayah Aqil.
Doktor beritahu mak ayah, kalau rawatan ni berjaya Aqil dijangka boleh hidup lebih lama. Aqil membesar pun tak ada apa-apa risiko. Aqil boleh main berlari ketawa senyum macam biasa. Mak ayah gembira bila tahu Aqil boleh dirawat.
Tapi bila doktor sebut kos perubatan dalam RM100,000. Mak ayah terdiam panjang. Berfikir terus untuk cari jalan nak bagi nyawa dekat Aqil.
Bila duit dah cukup RM100k. Di serah pada pihak hospital. Hospital akan tempah mesin khas untuk Aqil dari Jerman. Nak tunggu mesin tu jangkanya sebulan juga. Jadi seolah hidup Aqil kembali bersinar jika dapat duit RM100k dengan segera.

Kesian mak ayah Aqil. Mereka gembira lahirkan Aqil. Harapnya Aqil terus gembirakan mak ayah Aqil sampai hujung nyawa Aqil.
Aqil berdoa agar dapat panjang usia. Dapat gembirakan mak ayah lagi. Tak nak mak ayah sedih. Sebab lepas kakak meninggal. Lama juga mak ayah nak bangkit dan rawat diri sendiri dari emosi tu.
Acik semua…Aqil nak hidup macam baby lain. Anak kecil lain. Acik semua doakan Aqil ya. Aqil sejak baby dah minta bantuan acik semua. Jika ada sikit wang bantu Aqil hidup. Acik boleh sumbang ke dana yang mak cik Aqil buat. Boleh sumbang :
Akaun: CIMB
No akaun: 8604197435
Nama: Persatuan Cinta Tanpa Sempadan.
Ref: RawatanAqil
Acik Leha dan pasukannya akan cuba kumpul dana bermula 4.6.2021 sampai 11.6.2021. Aqil harap masa tu dana dah cukup dan cepat proses untuk buat rawatan Aqil.
Sebelum Aqil tutup surat ni. Aqil doakan acik semua diberi kesihatan juga dan dipermudahkan urusan. Aqil sangat harap acik semua dapat sebarkan surat Aqil ini.
Terima kasih yang bantu Aqil. Salam sayang dari Aqil Arsyad bin Muhammad Ariffin.
Anak buah bongsu Acik Saleha Idris
Kredit: Dr Saleha Idris
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI