Buat Nasi Ayam Sedap Ni Resipinya & Nak Nampak Ayam Tu Cantik Berkilat Ada Caranya!

Share

Biasanya makanan itu ada daya tarikannya yang tersendiri dan susah untuk kita jelaskan dengan kata-kata. Tapi bila sudah rasa, baru tahu nikmatnya.

Begitu juga jika kita menikmati hidangan set nasi ayam, bukan sahaja rasanya power dan sedap,  warna nasinya yang kekuningan nampak begitu menyelerakan begitu juga  ayamnya seakan berkilat, mampu membangkitkan selera!

Untuk yang ingin menyediakan menu sedap seperti ini, apa kata jadikan resipi yang dikongsikan oleh Niq Ain ini  sebagai panduan.

Hari ni saya kongsi resepi yang amat senang, 

NASI AYAM BERKILAT……

resepi mudah saya : 

Nasi 

-beras

-air

-pewarna atau serbuk kunyit

-garam sedikit

-hirisan halia

-serbuk pati ayam sedikit (kiub knorr pun boleh)

 

Sup 

-air

-bwg putih ketuk 3ulas

-5 keping halia hiris

-buah pelaga 3 biji

-biji lada putih (black pepper yg dibuang kulit)

-serbuk pati ayam (kiub knorr pun boleh)

-sedikit garam

Cara membuat:

  • Masak sekaligus sehingga mendidih dan siap
  • Taburkan bwg goreng dan daun sup daun bawang

Ayam

-Ayam bersih stgh ekor (sy guna yg sederhana sahaja sebab makan dua org) jika ayam besar, masa bakar tu lebihkan ya

-kicap manis

-serbuk lada hitam(sy guna yg sarawak)

-madu

Cara membuat:

  • Perap selama yg boleh (minimum 1/2jam)pastikan balik2 kan ayam supaya perapan rata .
  • Bakar 150c selama 1 jam di dalam airfryer / Bakar 150c selama 1.15minit di dalam oven.
  • 15minit sblm masa tamat, sapukan madu dan sedikit renjisan minyak bijan .
  • Siap bakar keluarkan untuk dipotong dan hidang

Sos nasi ayam

  • Sambal dah sedia ada (sambal cili padi merah/sambal jantan) dicampur dgn sos pencicah thai mae pranom dan sedikit air panas.

Ulam 

Salad romaine (sy suka guna salad ni)

Tomato

Timun batang

sekian resepi , selamat mencuba 😉

Sumber:  Niq Ain via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

 

Published by
Mar