Lebih banyak aktivti sensori boleh dilakukan bila bayi sudah boleh duduk. Rangsangan motor halus ini boleh jadikan bayi anda bijak! Mama dan papa boleh sediakan bahan-bahan mainan ini, bukan susah mana pun kerana ia adalah barangan asas yang selalu ada dirumah.
5 SEBAB AKTIVITI SENSORI BERMANFAAT UNTUK BAYI
1)Aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
2)Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3)Membangun dan meningkatkan memori.
4)Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5)Membantu anak belajar sifat deria (keras, lembut, lekat, tanggal, kering dan sebagainya)
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
Pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh mama papa antaranya seperti yang dikongsi di dalam video ini.
Antara yang paling menarik dan mudah disediakan antaranya pasir buatan dari bijirin.
Lebih selamat jika anak-anak termakan, Selamat mencuba!
Kredit: Thebastfamily
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berapa Patah Perkataan Je Anak Boleh Cakap. Macam Mana Nak Buat? Pakar Kongsikan Tipnya
Komunikasi adalah proses dua hala. Jika dua hala mestilah melibatkan dua orang. Sebelum kita cerita tentang macam mana nak ajar anak untuk communicate, kita perlu jawab dulu soalan ni..
KENAPA KITA BERKOMUNIKASI?
Of course kita berkomunikasi sebab kita mahukan sesuatu.. contohnya:
– Nak mintak something
– Nak bagi tau sesuatu
– Nak dapatkan maklumat
– Nak dapatkan perhatian
– Nak terangkan sesuatu perkara dan macam-macam lagi.
Bayangkan, jika kita tak perlu buat apa-apa, ada orang sediakan makan, sampai masa ada makanan depan mata, siap suap lagi.. setiap hari tak payah buat pape, dapat duit, barang rumah semua orang sediakan, kita tak perlu usaha mintak pun. Semuanya kita dapat. Jadi dalam situasi ini komunikasi tidak diperlukan.
Jadi, apabila ingin menggalakkan anak berkomunikasi.. Apa yang boleh anda lakukan adalah:
1) Sediakan persekitaran yang memerlukan anak untuk berkomunikasi
Contohnya seperti, kurangkan menyusun jadual anak seperti waktu makan, waktu minum susu dan sebagainya. Tunggu anak untuk minta atau betul-betul inginkan sesuatu. Tunggu anak untuk menunjukkan tanda meminta seperti tunjuk, menangis, tarik tangan dan lain-lain. Dari situ barulah kita boleh shape kelakuan meminta yang betul.
2) Galakkan anak untuk membuat rutin harian sendiri
Contohnya seperti pakai, baju, mandi, pakai seluar, kemas mainan dan sebagainya. Boleh ajarkan anak untuk melakukan perkara-perkara tersebut sendiri. Jika anak tak boleh nak buat beri bantuan. Tapi galakkan mereka untuk buat sendiri. Bagi arahan pada anak dan tunggu respon. Terangkan apa yang anak sedang lakukan. Dari situ baru anak sedar apa yang dilakukan dan boleh relate dengan perkataan yang kita sebut. Barulah develop vocab yang bermakna.
3) Beri bantuan / contoh / model bagaimana lakukan
Kanak-kanak yang delay memang akan mengalami kesukaran untuk memahami apa yang kita suruh. Jadi peranan kita adalah menunjukkan bagaimana untuk melakukan arahan tersebut dengan memberi contoh atau modelkan contoh kelakuan yang sepatutnya dilakukan oleh anak.. Barulah anak tau macam mana nak buat.. Contoh kita bagi arahan untuk anak simpan.. Jika anak tak buat kita pegang tangan anak dan tunjukkan kelakuan simpan tu macam mana dan pastikan anak tengok. Dari situ barulah anak akan dapat relate arahan dan kelakuan yang perlu dilakukannya.
Perlu diingat kita berkomunikasi kerana kita perlu, sama juga dengan anak-anak.
Sumber: Aishah Kassim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Anak Orang Lain Mengamuk, Menangis Tak Perlu Tengok Lama-Lama. Ini Patut Anda Lakukan!
Anak-anak biasanya punya dua masa yang berbeza, iaitu masa gembira dan juga masa buat perangai. Ini yang selalunya harus dihadapi oleh ibu bapa tiap-tiap hari, di mana sahaja berada.
Jika anak kita yang buat perangai, seperti meronta-ronta atau menangis, kita pasti tahu apa yang mereka inginkan, dan ad acara sendiri dalam menyelesaikannya.
Tapi, sekiranya kita melihat anak orang lain yang memangis dan mengamuk, apakah kita boleh memberi nasihat kepada ibu bapa tersebut, dalam cara mengawal anak-anak itu?
Sebenarnya, ia tidak banyak membantu, mengapa? Jom kita teruskan bacaan.
Secara umumnya terdapat dua jenis amukan kanak-kanak yang biasa kita lihat di tempat awam atau pun apabila berkunjung ke majlis-majlis atau rumah rakan dan saudara-mara
1. Amukan kerana tidak mendapat apa yang diingini. Ini adalah ‘tantrum’ yang sering kita alami dan lihat berlaku kepada anak orang lain juga.
2. Amukan kerana anak terlalu terbeban dengan pelbagai stimulasi di persekitaran seperti terlalu ramai orang, terlalu bising, terlalu berwarna-warni ataupun suhu tempat yang tidak sesuai.
Ini dikenali sebagai ‘sensory melthdown’ yang berlaku apabila sensori atau deria anak terlalu terbeban dengan stimulasi berlebihan.
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda melihat anak orang lain mengamuk di depan mata anda.
Apa yang anda lakukan? Adakah anda hanya berlalu seolah-olah tidak nampak? Adakah anda memberi nasihat? Adakah anda membantu? Adakah anda senyum? Atau adakah anda bersyukur itu bukannya anak anda yang mengamuk?
APABILA ANAK ORANG LAIN MENGAMUK
1) Tidak perlulah memberi nasihat kepada ayah atau ibu anak tersebut jika anda tidak tahupun sebab anak itu mengamuk.
Jangan membuat andaian. Jika anak kita sering mengamuk kerana inginkan sesuatu, anak orang lain mungkin mengamuk kerana stimulasi yang berlebihan. Memberi nasihat seperti “Jangan beri muka sangat pada anak tu!” mungkin tidak berkaitan langsung dengan asbab amukan anak tersebut.
Nasihat seperti “Anak ini mengantuk ni. Tidurkanlah dia.” adalah sama sekali tidak releven kiranya anak tersebut cukup tidurnya tetapi amukannya disebabkan oleh lapar. Andaian anda mungkin tidak betul.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Berilah nasihat hanya apabila diperlukan. Jangan menambahkan tekanan yang sedia ada dengan nasihat berbau kritikan, sindiran atau ‘holier-than-thou’.
Amukan anak bukanlah disebabkan kegagalan ‘parenting’ semata-mata, ia berlaku kerana anak belum atau tidak pendai meluahkan kekecewaan dengan cara yang betul.
2) Tidak perlulah merenung (stare) anak beranak tersebut sehingga mewujudkan perasaan tidak selesa mereka
Cukuplah sekadar memandang sekali lalu. Jika bertentang mata secara tidak sengaja, senyumlah kepada ayah atau ibu yang sedang berhempas pulas itu dengan senyuman memahami bukannya dengan senyuman sinis atau senyuman lega “Alhamdulillah itu bukan anak saya!”
Tidak perlu juga memandang dengan pandangan “Oh comelnya anak itu mengamuk” kerana Tuhan saja yang tahu comel atau tidak situasi sebegini kepada kedua ayah dan ibu anak tersebut.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Jika ayah atau ibu tersebut memerlukan bantuan bersifat fizikal contohnya kerana air tertumpah, atau barang terlalu banyak untuk dibawa atau perlu bantuan menolak stroller atau perlu bantuan membuka pintu dan sebagainya, hulurkanlah bantuan tersebut.
Atau mungkin ketika di rumah rakan atau saudara-mara ayah atau ibu tersebut memerlukan seseorang untuk tengok-tengokkan anak yang tidak mengamuk sementara menguruskan anak yang mengamuk, anda mungkin boleh membantu.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Sumber: ragamanak.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Nampak Faham, Tapi Sebenarnya Tak Faham” Terapi Pertuturan Kongsi Nasihatkan Bawa Anak Untuk Penilaian
Memang ada kanak-kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap, tetapi ramai sebenarnya masih belum bercakap disebabkan oleh kurang kefahaman. Tapi mereka bijak dengan tingkahlaku mereka hingga membuatkan parents sangka anak-anak ini faham.
Ok, saya akan terangkan macam mana yang dikatakan kanak-kanak nampak macam faham, tapi sebenarnya tak faham.
MEMBUAT PILIHAN
Bila kita memberi pilihan pada kanak-kanak, mereka biasanya memang akan ambil tak kisah samaada mereka nak atau tak nak.. Ini membuatkan parents percaya yang anak boleh faham dan membuat pilihan. Untuk mengenalpasti samada anak betul-betul faham atau tidak, perhatikan betul-betul perkataan yg anda gunakan.. sebab biasanya kanak-kanak akan mengambil perkataan terakhir yang anda sebut. Oleh itu, cuba tukar kedudukan perkataan setiap kali memberi pilihan.. contohnya “nak lego ke puzzle?” Anak mungkin akan menjawab “puzzle” kerana ia adalah perkataan terakhir yg mereka dengar. Kemudian tanya semula “nak puzzle ke lego?” Sekiranya anak menjawab “lego”, mmg jelas lah anak tak faham soalan tersebut.. tapi hanya menyebut perkataan terakhir yang didengarnya saja..
TUMPUAN BERSAMA
Kanak-kanak mungkin menggunakan tumpuan bersama ini untuk berpura-pura menunjukkan mereka faham. Ini terjadi bila parents melihat ke arah objek dan kanak-kanak juga melihat ke arah objek yang sama. Contoh bila ibu bertanya, “mana kasut” dan tanpa disedari, ibu memang sedang melihat ke arah kasut.
Oleh itu, pastikan anda TIDAK melihat ke arah objek yang anda sebutkan.. contohnya bila anda memberi arahan “bagi mama kasut”, anda melihat ke arah kanak-kanak atau lihat ke arah objek lain.. Jika anak mengambil kasut, bermaksud mereka faham.. tapi sekiranya mereka mengambil objek lain yang anda tengok, itu menunjukkan yang mereka masih tidak faham.
MENGIKUT RUTIN
Kanak-kanak memang bagus dalam mengikut rutin.. ada kalanya kita akan nampak anak boleh mengikut apa yang cikgu di sekolah arahkan. Contohnya apabila cikgu meminta semua kanak-kanak untuk beratur, jika anak anda seorang yang ‘observer’, mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain dan meniru pergerakan mereka.
Di rumah, mereka akan dapat lakukan sesuatu yang rutin tanpa perlu memahami arahan dari parents.. Sebagai contoh, sudah menjadi kebiasaan yang diajar oleh parents, lepas makan kanak-kanak perlu meletakkan pinggan ke singki.. atau pun selepas membuka gula-gula, kanak-kanak perlu membuang plastik gula-gula ke dalam tong sampah. Jadi bila parents memberi arahan “buang sampah ni”, anak akan terus bawa ke tong sampah walaupun anak tidak faham arahan kerana situasi itu yang biasa terjadi.
MENGGUNAKAN OBJEK MENGIKUT KEGUNAANNYA
Contoh yang mudah untuk kita faham adalah, anda beri arahan “Baling bola” semasa sedang bermain bola dengan anak. Nampak seperti anak betul-betul faham arahan tersebut kan. Tapi jika difikir semula, memang itu fungsi bola: untuk dibaling. Jika anda beri arahan “duduk atas bola” dan anak boleh buat, boleh kita cakap yang mereka betul-betul faham, sebab sangat pelik bola digunakan untuk duduk.
GUNAKAN KEDUDUKAN DALAM ARAHAN
Biasanya parents jarang atau kurang memberi perhatian kefahaman pada kedudukan, kerana selalunya anak boleh je buat arahan yang melibatkan kedudukan. Sebagai conoth “buang sampah dalam tong sampah” dan anak memang buang dalam tong samaph.. kerana sampah memang kita akan letak di dalam tong.. tapi jika anda memberi arahan “letak sampah di luar tong sampah” mungkin akan berbeza, kerana adalah pelik dan tak biasa untuk kita letakkan sampah di luar tong sampah.
Jadi, untuk bertul-betul kenalpasti sama ada anak faham arahan yang melibatkan kedudukan (atas, bawah, luar, dalam, depan, belakang), anda boleh cuba memberi arahan yang tak masuk akal atau diluar kebiasaan, seperti “letak mainan bawah kotak” atau “letak patung bawah katil”.. Atau untuk periksa samaada anak faham dalam dan luar, anda boleh lakukan aktiviti seperti gunakan kotak atau bas yang boleh dibuka pintu / bumbung.. kemudian letakkan beberapa blocks di luar dan di dalam kotak/bas.. dan beri arahan.. “letak block dalam bas” dan “keluarkan block dari bas”.. jadi kita boleh tahu yang anak betul-betul faham atau tidak konsep tersebut.
JADI MAKSUDNYA APA?
Maksudnya, kita kadang-kadang “assume” yang anak faham, tapi sebenarnya , mereka sedang melakukan perkara yang biasa dilakukan.. dalam erti kata lain “common sense”. Tapi perlu diingat juga, kita perlu lihat umur anak dan keupayaan untuk mereka memahami arahan.. sebab setiap peringkat umur ada kebolehannya tersendiri..
Tetapi, jika anak sudah melebihi usia 18 bulan tapi masih belum juga bercakap, dan kerap kali parents mengatakan “anak saya faham semua arahan tapi tak bercakap”.. di sini lah perlunya penilaian yang lebih terperinci untuk kefahaman mereka.. Jangan takut dan risau untuk berjumpa Speech Therapist berhampiran anda untuk penilaian.. Tak rugi untuk anda tahu kan.
Sumber: Aishah Kassim
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI