Achey mengakui sedang menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum membuat prosedur selanjutnya.

Jelas Achey, berdasarkan pemeriksaan awal makmal, kadar kandungan hormonnya rendah ekoran terlalu kuat bekerja.

Buat Pemeriksaan Kesuburan, Doktor Maklumkan Tahap Hormon Achey Rendah. Tak Boleh Stres!“Saya dan isteri masih lagi melalui proses-proses ujian makmal tetapi ia bukan untuk jangka masa pendek.

“Kami tak perlu terkejar-kejar, misalnya kalau minggu ini kami buat ujian bulan depan baru doktor akan panggil untuk keputusan.

IKLAN

“Setakat ini, kami melalui ujian makmal membabitkan pemeriksaan kadar kandungan hormon dan saya dimaklumkan tahap hormon saya rendah.

Buat Pemeriksaan Kesuburan, Doktor Maklumkan Tahap Hormon Achey Rendah. Tak Boleh Stres!“Doktor cakap saya bekerja terlalu banyak dan selalu tidur lewat. Nasihat doktor, saya tidak boleh terlalu tertekan dan perlu lebih relaks,” katanya.

IKLAN

Achey juga memberitahu dia tidak membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk kos pemeriksaan itu.

“Setakat ini kos pemeriksaan tak mencecah puluhan ribu ringgit pun sebab baru ujian makmal,” tambahnya.

IKLAN

Buat Pemeriksaan Kesuburan, Doktor Maklumkan Tahap Hormon Achey Rendah. Tak Boleh Stres!Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya telah mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu namun belum dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan itu dianugerahkan seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah pada Jun lalu.

Sumber: astro gempak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI