Achey mengakui sedang menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum membuat prosedur selanjutnya.
Jelas Achey, berdasarkan pemeriksaan awal makmal, kadar kandungan hormonnya rendah ekoran terlalu kuat bekerja.
“Kami tak perlu terkejar-kejar, misalnya kalau minggu ini kami buat ujian bulan depan baru doktor akan panggil untuk keputusan.
“Setakat ini, kami melalui ujian makmal membabitkan pemeriksaan kadar kandungan hormon dan saya dimaklumkan tahap hormon saya rendah.
Achey juga memberitahu dia tidak membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk kos pemeriksaan itu.
“Setakat ini kos pemeriksaan tak mencecah puluhan ribu ringgit pun sebab baru ujian makmal,” tambahnya.
Bagaimanapun, pasangan itu dianugerahkan seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah pada Jun lalu.
Sumber: astro gempak